Rate

Prolog

Romance Series 1872

9 Tahun yang lepas...
Matahari yang menyinari bilik tidur anak gadis Datin Sri Faridah dan Datuk Sri Farid membuatkan lenanya terjaga. Walaupun matahari sudah tegak meninggi tapi gadis itu masih belum mahu untuk bangun gara-gara membuat kerja sekolah sehingga lewat malam.
Syatilla segera bangkit dari tidurnya apabila sinaran matahari itu benar-benar mengganggunya. Dia cuba membuka matanya yang masih layu itu kemudian dia mengesat sedikit. Jam sudah menunjukkan hampir pukul satu tengahari. Terlalu lewat dia bangun.
Seperti biasa setiap kali bangkit dari tidur di hujung minggu ini mesti dia kena menghadap ibu tirinya dan abang tirinya yang lembut macam sotong?! Dua makhluk itu sering menganggu hidupnya setiap masa. Mak kaki buli anak macam sotong mengalahkan perempuan.
Ibu kandungnya sudah meninggal sejak syatilla berumur 5 tahun lagi. Selepas beberapa tahun ayahnya keseorang hadirlah seorang gadis yang berjaya membuka pintu hati Datuk Sri Farid dan lelaki itu bersetuju menikahi ibu tirinya. Bahagia yang dinanti tetapi.
Setiap kali ayahnya ke luar negara atau negeri pasti Datin Sri Faridah akan membulinya. Samalah dengan Roslan anak kandung Datin Sri Faridah. Ada juga dia mengadu pada ayahnya tetapi ayahnya buat tak endah sahaja. Akhirnya dia redha.
Tapi tidak pula Datin Sri Faridah memukul atau menderanya paling teruk pun suka menghinanya dengan kata-kata yang agak kesat dan menyakitkan hati. Kenapa lah mamanya terlalu cepat meninggalkannya terlalu cepat kalau tidak pasti hidupnya bahagia sekarang.
Syatilla tidak mahu menyekat kebahagiaan ayahnya itu. Dia hanya mahu ayahnya itu sentiasa bahagia. Gadis itu berharap suatu hari nanti dia bakal ditemukan seorang lelaki yang baik seperti ayahnya. Pasti hidup ini akan menjadi indah setiap masa.
Sehingga kini syatilla sudah berumur 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Roslan juga sebaya dengan syatilla jadi mereka akan sama-sama menduduki peperiksaan. Peperiksaan akan bermula bulan depan. Tidak sabar dan takut juga terselit.
Syatilla sudah bercadang mahu belajar jauh dari keluarganya itu. Tidak sanggup mahu duduk di rumah ini dengan perangai ibu tirinya dan roslan. Kadang-kadang roslan takut juga dengannya. Dia bukan gadis seperti 'cinderella' redha sahaja. Syatilla masih mampu melawan.
Syatilla turun dari katilnya dan mengemaskan semula katilnya yang bersepah dengan buku dan pen. Kalau tidak dikemas pasti ada 'mama naga' datang dan bising. Tak sanggup gadis itu mendengar bebelan yang tak berbayar itu. Letih tahu.
Setelah mengemas Syatilla melihat dirinya di cermin dan segera mengambil tuala di dalam almari dan bergegas ke tandas untuk membersihkan diri. Rasa malas mahu duduk di rumah tapi apakan daya hujung minggu begini selalunya dia duduk di rumah sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience