PD 17-Honeymoon pilihan Siska

Mystery & Detective Series 4610

Siska: ish, tak sabar nak jejakkan kaki ke Korea. Kalau nak ikutkan, semua tempat nak pergi. Tapi, ada masa 4-5 hari saja.
Aleef: ada 7 hari sayang. Kita dah spend 1 minggu utk honeymoon pilihan abang dan seminggu untuk pilihan Ad.
Siska: tak cukup la abang satu minggu. Kita tinggal di sini 2 minggu boleh tak. Ad dah sediakan itinerary untuk 2 minggu.
Aleef: ok, nanti abang tambah cuti.
Siska : yes, I love you hubby.
Aleef: I love you more.
Siska : but I love you most.
Aleef: ok sekarang abang nak Ad cerita kemana Ad nk bawa abang.

Siska:baiklah abang tahu tak Korea adalah salah satu tempat percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan sekadar budaya K-pop yang menjadi alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim panas mahupun musim luruh.

Memang ‘rambang mata’ bila nak berjalan-jalan di Seoul, Korea Selatan. Pelbagai tempat menarik dan ikonik yang berada di sekitarnya. Kalau kita berjalan tanpa tourist guide terutamanya, inilah antara tempat yang perlu kita masukkan dalam senarai ‘wajib’.

Nak tahu kenapa?
Aleef: ya, abang nak Ad cite pada abang sayang.

Siska: hahaha, tak sabar rupa - rupanya. Antara tempat menarik di Seoul dan sekitarnya. Rugi kalau kita ‘missed!’.

1. Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.
Dari ketinggian 236.7m, kita boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak juga terdapat pelbagai cenderahati ekslusif untuk dibawa pulang.
Sayang juga nak tinggalkan tanda kenangan kita di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Disini juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.

2. Dongdaemun

Disinilah terletaknya tersergam megah rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan ini telah terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Rekaannya yang sofistikated ini ialah merupakan pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan pameran.LED rose garden adalah salah satu spot yang paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam. Sekali pandang, memang kagum!

Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.

Jangan tak tahu, dekat Dongdaemun juga ada tempat bagi yang menggilai ikon Kpop seperti Bigbang dan 2NE1. Di K-Live, Dongdaemun Lotte FitIn, kita boleh membeli pelbagai official merchandise daripada artis-artis kesayangan dan, mengambil gambar secara virtual di photobooth serta konsert hologram bagi yang ingin mengalami kehangatan suasana di konsert.
Kita juga tak boleh lepaskan peluang untuk ke Krunk Kafe, sebuah kafe bertemakan artis Korea yang digayakan oleh beruang biru terkenal iaitu Krunk. Comel sangat!
Aleef: so ini jer reason sayang nak datang ke korea.
Siska: amboi nak berkira dengan isteri ke?.
Aleef: tidak sayang. Abang sanggup berhabis duit untuk sayang.
Siska: siapa lagi nak habiskan duit abang kalau bukan isteri abang yang comel lagi cantik jelita ni. Betul tak.
Kemudian kita perlu pergi ke

3. Myeongdong & Namdaemun

Memang rugi kalau tidak singgah ke Myeongdong sesudah sampai ke Seoul. Kawasan ini ada tempat membeli-belah terbaik jika kita ingin mencari skincare dan produk mekap dari Korea. Kedai pakaiannya juga tidak kurang hebatnya. Harga juga agak berbaloi dan boleh ditawar.

Kalau ke sini, tak sahlah kalau tak singgah ke kafe-kafe unik di sini seperti Cat Café dan Hello Kitty Café. Tentunya ia memberi pengalaman yang baru bagi kita. Selain itu, bagi penggemar Kpop, kedai menjual CD dan merchandise Kpop ada di serata tempat.
Berdekatan Myeongdong, kita boleh pergi ke satu lagi tempat membeli-belah yang popular iaitu Namdaemun.

Aleef: jangan lupa beli luggage besar 5, nak sumbat barang barang shopping tu nanti.

Siska: tak perlu nak perli Ad macam tu. kita hantar balik dengan courier pun boleh.

4. Insadong

Secara peribadinya, Insadong adalah salah satu tempat yang Ad paling gemari. Tempat ini sedikit sebanyak mengingatkan Ad kepada Jonker Street di Melaka dan juga street art serta kafe-kafe di Penang. Insadong adalah ibarat street art di Seoul yang nostagik, padat dengan pelbagai acara seni dan festival yang sering diadakan di sepanjang jalan. Ia menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang seni dan kebudayaan tradisional Korea.

Di sini juga terdapat cenderamata yang lebih berkualiti dan cantik hasil kerja tangan pereka-pereka tempatan. Selain keychain,beg, dan patung-patung comel, ada juga kedai-kedai tembikar, galeri, kedai coklat, dan teh. Di sini juga terletaknya banyak restoran tradisional dan tea houses.

Ianya dibuka Setiap Sabtu dari 2 petang – 10 malam dan Ahad dari 10 pagi – 10 malam, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan ekslusif pejalan kaki bagi mempamerkan budaya Korea.

Siska: next, nombor 5.pulau Nami.

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut kita lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, kita boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah terletaknya lokasi penggambaran drama terkenal Winter Sonata.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, kita boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.
Aleef: ok kita cuba semua aktiviti tu di pulau Nami.
Siska: then kita buat parody drama winter sonata ok. Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’atau dosirak.

6. Istana Gyeongbokgung

Hayati sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Menariknya, di sini kita boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok dan bergambar di sekitar istana.

Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi korea. Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. kita juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.
7. Itaewon
Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung.
Che da : kat sinilah che da nak buka My Cafe(kedai makanan traditional Malaysia.) Siska: terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.

Itaweon juga menempatkan beberapa kafe terkemuka yang menghidangkan pastri dan kek yang menarik. Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.

Siska:tempat yang seterusnya ini tempat yang paling Ad nak pergi.

8. Lotte World

Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun 1989, taman tema ini sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. Taman tema ini menjadi kunjungan dari berjuta pelancong setiap tahun.

Di dalamnya terdapat 45 jenis tarikan yang boleh dicuba seisi keluarga. Antaranya tarikan bertema seperti Sinbad, Egyptian dan Atlantis. Kegiatan lain juga pasti menarik perhatian seperti bermain ski, membeli belah, melawat akuarium dan muzium sejarah Korea.
Siska: abang tahu tak ada France Street di bukit tinggi berdekatan colmar tropicale bukit tinggi.
Aleef: ya, abang tahu.
Siska: di Seoul pula ada
9. Petite France
kita boleh merasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. kita berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.

Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut.  Terdapat pelbagai muzium, kafe, workshop dan guesthouse yang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.

Siska : abang tahu dari kecil Ad teringin nak main salji. Jadi kita akan pergi ke.

10. Yongpyong Ski Resort
@Apabila berkunjung ke Korea pada musim sejuk, tak sahlah kalau tak mencuba aktiviti ski di Yongpyong Ski Resort. Ski Resort terkemuka ini merupakan tempat terbaik untuk pengalaman aktiviti ski pertama kita.

Ada jurulatih yang akan mengajar teknik berski dengan betul terutamanya cara untuk meluncur dan mengimbangkan badan. Setelah penat berski, kita boleh menikmati hidangan hangat di restoran yang disediakan dan boleh mencuba aktiviti lain seperti memanah, berenang, membeli-belah dan sebagainya.

Aleef: orang suka datang korea sbb kpop jer.

Siska: abang salah tau, Korea Selatan Bukan Hanya Bagi Peminat K-Pop!
Korea Selatan bukan sahaja tempat bagi peminat Kpop, malah terdapat pelbagai tempat menarik dengan aktiviti unik yang pengunjung dapat alami. Malah, kita pasti tak puas melawati kota ini dalam 1 kali lawatan kerana ia menawarkan pengalaman yang berbeza-beza mengikut musim yang dikunjungi.
Aleef: ok jom kita pindah ke korea, nak?
Siska: mestilah nak but first kita balik belajar bahasa korea dulu.
Aleef: setiap minggu ngadap drama korea tak boleh nk cakap korea lagi?.
Siska : Ad baca subtitle jer.

Selain kotanya yang tak pernah tidur dan penuh dengan kedai dan kafe yang menarik, Korea juga pasti menambat hati anda dengan keramahan penduduknya, teknologi canggih, pengangkutan yang efisyen, kebersihan bandarnya, serta pemandangannya yang semulajadi yang indah pada setiap musim yang berganti.
Aleef: ok abang dah tak sabar nak peegi ke semua tempat Ad beritahu abang tadi.
Siska: abang memang dah tak sabar sebenarnya.
Aleef: ya, abang pun dah lama nk melawat korea.

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience