Rate

BAB 3

Drama Completed 588

Namun demi tidak menghampakan Atok nya, Ozeer segera menuju ke sungai buat kali ketiganya. Kali ini dia bertekad untuk tidak gagal lagi. Bakul tadi diisi dengan air sungai sehingga penuh sehinggakan ada sedikit yang melimpah. Dengan tekad yang kuat, Ozeer memilih untuk berlari. Dia sangat yakin bahawa dia akan sempat sampai ke rumah sebelum bakul itu menjadi kering semula. Namun dia kecewa lagi… bakul itu kering semula. Si Atok hanya tersenyum memerhati gelagat cucunya yang kelihatan sangat kecewa itu.
“Ozeer dapat tak ambil air sungai yang Atok minta tadi?” Si Atok memulakan bicara.
“Tak dapat la Atok !” Jawab Ozeer dengan wajah yang mencuka.
“Atok suruh Ozeer ambil air guna bakul yang berlubang. Macam mana Ozeer nak bawak air tu datang rumah? Habis semuanya keluar ikut lubang tu. Atok saja nak kenakan Ozeer ea..? Si Atok tersenyum lagi mendengar syarahan panjang dari cucunya itu…
“Cuba Ozeer tengok apa yang dah jadi pada bakul arang tu. Ada perubahan tak?”
“Hmmm…takde beza pun.”
“Cuba tengok betul-betul. Atok nampak bakul tu dah jadi lain dah. Ozeer perasan tak?”
“Owh…Ha’a! Bakul tu nampak bersih la Atok . Tadi Ozeer tengok bakul tu hitam dengan arang je. Sekarang dah cantik sebab dah bersih. Tapi kenapa Atok ?” Si cucu tadi masih belum dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Atok nya.
“Hmm… bagus la Ozeer dah perasan yang tu. Baik, sekarang Atok nak jawab soalan Ozeer tadi. Dengar tau…
…Hati manusia ni Ozeer , sama la macam bakul arang itu tadi. Bila kita isi hati kita dengan benda yang boleh mengotorkannya maka kotor lah hati kita tu. Sama macam bakul yang Ozeer ambil tadi. Bakul tadi jadi hitam sebab Atok selalu isi arang ke dalamnya. Tak cantik kan bakul yang hitam? Ozeer tak suka kan? Atok pun tak suka tengok bakul yang kotor tadi tapi Allah lagi tak suka jika hati kita yang kotor dan hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience