Rate

BAB 4

Drama Completed 588

Allah itu Maha Penyayang…Dia tak suka bila hati hamba-Nya kotor, jadi Allah pun turunkan kepada manusia ‘ubat pembersih hati’ untuk membersihkan kembali hati kita yang dah kotor tu. Kalau Ozeer nak tau, itu lah Al-Quran! Dengan membacanya hati kita akan sentiasa dibersihkan dari kekotoran yang kita lakukan seharian. Ozeer suka kan bila bakul tadi dah bersih? Cantik kan? Macam tu lah Allah pun sukakan hati hamba-hamba Nya yang bersih. Cantik…
Baca Al-Quran ni sama lah macam Ozeer ambil air dari sungai tadi. Makin banyak Ozeer baca makin bersih la hati Ozeer .

Macam Ozeer ambil air tadi. Masa Ozeer mula-mula ambil air tadi bekas arang tu masih nampak kotor kan? Tapi bila Ozeer ulang dan ulang ke sungai mengambil air, bekas tu pun jadi bersih dan cantik. Betul tak?
Jadi…sebab itu lah Atok selalu baca Al-Quran kerana Al-Quran itu Nur. Kalau boleh Atok nak baca Al-Quran ni setiap hari sebab Atok harap hati Atok nanti bersih. Ozeer pun kena lah selalu baca Al-Quran setiap hari. Ozeer suka kan kalau hati Ozeer sentiasa bersih dan cantik? Tidak mengapa jika Ozeer masih belum faham maksudnya. Yang penting Ozeer teruskan membaca Al-Quran ini setiap hari supaya???…supaya???
“…supaya hati Ozeer bersih!!! Macam bakul arang tadi kan”
Pesan Atok nya lagi, “Walaupun Ozeer rasa kerja mengangkat air dengan bakul nampak macam tak ada faedahnya, tetapi Ozeer tak sedar yang ia telah membersihkan bakul Ozeer …”
“Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
“betul…betul…betul!” Hehe…
Ayuh banyakkan membaca Al-Quran!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience