Rate

Bab 1

Romance Series 2104

Kelas telah tamat pada waktu yang pertama iaitu menunjukkan waktu rehat tiba. Tiara keluar dengan hati masih tidak berpuas hati, Loretta sahabat karibnya hanya mampu melihat riak wajahnya yang lain. Sahabat karibnya itu ingin mengetahui hal sebenar, Tiara yang sudah jauh ke hadapan dikejarnya bagi mendapat penjelasan daripada Tiara. Sampai sahaja di kantin, Loretta mencari kelibat sahabat karibnya itu tiba-tiba mata terlihat sat susuk tubuh yang amat dikenali sedang duduk di pondok yang berdekatan. Tanpa membuang masa kaki terus melangkah ke arah pondok tersebut dan lalu melabuhkan punggungnya di sebelah susuk tubuh itu.

"Wei, aku peliklah dengan kau ni, start kelas bermula tadi sampailah habis waktu..." Belum sempat sahabat karibnya itu menghabiskan kata-katanya, Tiara telah memotong terlebih dahulu kerana dia faham akan apa yang sahabat karibnya itu cuba katakan."Tak de apa-apalah, aku ok je cuma aku rasa tak puas hati." Dengan nada yang agak kasar Tiara menjawab pertanyaan yang bertakhta di hati sahabat karibnya itu. "Kenapa kau rasa tak puas hati, mesti kau gaduh dengan orang kan. Eee, kan aku dah cakap kau ni janganlah nak gaduh-gaduh kalau gaduh dengan perempuan tak pelah, tapi yang ni gaduh dengan lelaki lagipun kau tu perempuan so ingat sikit." Tiara hanya sekadar mendengar sahaja bebelan yang diberikan oleh sahabat karibnya itu.

Waktu rehat telah pun tamat, Tiara dan sahabat karibnya itu pergi dari pondok itu bagi meneruskan pembelajaran yang seterusnya. Pertemuan yang tidak dijangka, akhirnya berlaku untuk kali kedua. "Eh, Lo aku nak tanya kau siapa lelaki yang selalu tenung kita dari tadi," sambil memuncungkan mulutnya ke arah pemuda tersebut. Mata sahabat karibnya itu lalu menghala ke arah pemuda tersebut. "Tiara, kalau kau nak tahu dia tu nama dia Jojo," sambil mengerling ke arah Tiara. Jojo? Kenapa nama dia pelik semacam je. Bisik Tiara di dalam hati apabila mendengar nama yang disebut oleh sahabat karibnya itu.

Masing-masing mengambil tempat duduk sendiri, Tiara seperti biasa dia akan lebih suka duduk berdekatan dengan tingkap dan sebelahnya pula sahabat karibnya. Sementara menunggu lecturer masuk, Tiara sempat melayan handphonenya. Tiara terkejut apabila satu kertas terjatuh di hadapannya dan dalam keadaan renyuk. Kertas itu diambil lalu Tiara bangun daripada tempat duduknya kerana ingin mengetahui pemilik kertas tersebut. "Siapa yang berani baling kertas ni kat aku, sengaja nak cari gaduh ke apa?" Nada suaranya agak lantang dan tegas.

Sungguh mengejutkan apabila Tiara terlihat orang yang melakukan kerja tersebut adalah Jojo iaitu pemuda yang telah melanggarnya dan memerhatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience