Rate

Bab 2

Romance Series 2104

Perasaan marah dan tidak puas hati masih dirasai oleh Tiara apabila mengingati kembali detik-detik pertemuannya dengan Jojo. Lelaki yang amat dibencinya. Tiara tidak mahu memikirkannya lagi, hari pun sudah larut malam. Baik aku tidur daripada fikirkan perkara tadi tu, fikir Tiara sebelum kakinya melangkah ke katil kesayangannya.

Tidur Tiara terganggu apabila handphonenya berbunyi yang berada di sebelahnya. Dalam keadaan yang masih mamai dan mengantuk, denga perlahan-lahan tangan menggapai handphone tersebut. "Hello, siapa ni call orang tengah-tengah malam macam ni." Tetapi malangnya tiada jawapan daripada panggilan tersebut. Tiara yang masih mamai, terus sahaja ibu jarinya menekan butang cancelled call. Mata cuba untuk dilelapkan semula tetapi fikirannya tiba-tiba mengingati kembali panggilan tersebut dan Tiara mendengus geram kerana disebabkan panggilan tersebut, dia tidak dapat untuk tidur malam ini. Tiara mengambil semula handphone yang telah diletakkan di sebelahnya. Mata mencari nombor telefon yang tidak diketahuinya sebentar tadi dan perasaan pelik mula muncul di benak fikirannya apabila melihat nombor panggilan itu tidak dikenalinya. Unknown number? Siapa ni, macam mana boleh tahu nombor aku? Fikir Tiara sambil mata melihat ke arah nombor tersebut.

Kejadian yang telah berlaku pada malam semalam telah mengganggu fikiran Tiara. Panggilan yang tak ada nama? Persoalan itu sehingga kini masih berada di benak fikirannya. "Woi, buat apa kat sini start dari tadi aku tengok kau ni termenung je. Kenapa? Ha ni mesti teringat kat mamat yang hari tu kan." Usik sahabat karibnya itu apabila menyedari Tiara tidak melayannya seperti hari-hari biasa. Namun Tiara tetap tidak bersuara.

Jawapan langsung tidak keluar dari mulut Tiara sehinggakan sahabat karibnya mulai rasa geram akan sikapnya yang tidak mahu melayannya. Haih minah ni aku tanya-tanya tak jawab, kau ingat aku ni tunggul batu ke. Bebel Loretta di dalam hatinya melihat akan perangai pelik Tiara. Selepas lama Tiara mendiamkan diri akhirnya suara mulai keluar.

"Lo, aku peliklah semalam ada orang call aku dalam pukul 2 pagi macam tulah then tiba-tiba when aku jawab dia senyap langsung tak de dengar suara." Sahabat karibnya yang berada di sebelahnya hanya sekadar mengganggukkan kepala selepas mendengar penjelasan daripada Tiara. Adakah itu yang difikirkan oleh rakannya yang membuatkan dia berdiam diri sahaja sebentar tadi? Fikir Loretta sehingga dirinya juga berasa pelik seperti Tiara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience