Dia menunggu ayahnya menjemput dia di KLIA2, bertapa dia merindui suasana di Malaysia setelah hampir 2 tahun menetap di Swiss untuk menghabiskan Master nya. Akhirnya, dia dapat menghabiskan Master nya dengan berjaya dan dapat pulang ke pangkuan keluarga. Sehabisnya dia menyiapkan thesis dan menghantarnya kepada professor, tanpa membuang masa dia terus menempah tiket kapal terbang. Segala pembetulan untuk thesisnya akan diberitahu melalui e-mail sahaja, jadi dia boleh menghabiskan masa dengan keluarganya di Malaysia dan hanya membuat pembetulan thesis lalu hantar melalui e-mail sahaja.
Dia melihat sosok tubuh yang amat dia kenali itu sedang tercari-cari seseorang barangkali mencari keberadaan dia.
Aku melambai-lambai dia, "Ayah !!" aku menjerit kegembiraan sambil berlari kearah ayah. Sekeliling ku hanya memandang gelagat ku yang kurang siuman. Encik Luth hanya menepuk dahi. "Haih, anak dara ni terjerit-jerit pula, malu kat orang tu..." sambil mengeleng-geleng melihat telatah anak perempuan nya itu. Sepanjang dua tahun ni masih tak berubah perangai anak dara nya itu, masih keanak-anak kan baginya, tetapi dia tidak mengeluh malah gembira dia masih boleh mamanjakan anak bongsunya yang seorang itu.
"Hehe maaf la, ayah rindunyaaa, mana ibu?" tanya ku sambil melihat ke kiri kanan, rasanya dia tidak melihat lagi sosok tubuh wanita yang paling dirinduinya itu, selama berada di Swiss, wanita itu yang banyak memberi dorongan dan semangat walaupun melalui panggilan video sahaja, tetapi itu sudah cukup untuk dia berasa kuat untuk menamatkan Masternya dengan berjaya. "Ibu tunggu kamu dekat rumah jer, banyak tempahan kuih talam dia, harini pun ada orang menempah." Kata Encik Luth. Ya ibunya, mempunyai perniagaan kuih talam yang berjaya, setiap hari tidak lekang ordernya kerana kelembutan dan kesedapan kuihnya itu membuatkan ramai yang menempah sehingga dia tidak cukup kaki tangan untuk membuatnya, Insyaallah, dengan keberadaan dia di rumah dia akan membantu ibu untuk menyiapkan tempahan supaya ibu tidak terkejar-kejap menyiapkan tempahannya itu. "Kesian ibu, jom kita balik Sara rindu ibu, along, angah eh semua la." Encik Luth hanya mengeleng-geleng melihat puteri bongsunya. " Ok, jom ibu pun dah rindu tu." Kata Encik Luth sambil menolong anaknya untuk mengangkat luggage.
Sorry kalau cara penulisan sis terabur, baru nak berjinak-jinak , sekadar hobi sahaja
Share this novel