"Ha??! Kahwin???" terkejut Maisara baru jer dia nak bermanja-manja dengan ibunya , dia diberi perkhabaran yang aneh sebegitu rupa. Bukannya apa, sangat drastik ya perancangan itu. Dia baru sahaja menyelesaikan tanggungjawab nya iaitu menghabiskan study nya di Swiss, setibanya di Malaysia, dia di suruh berkahwin pula, dengan siapa-siapa entah ibunya mahu jodohkan dia ni.
Encik Luth disebelah hanya mendiamkan diri, dia sendiri baru tahu menahu tentang rancangan isterinya itu semalam. Dia seperti biasa, hanya menasihati isterinya itu untuk tidak mengaturnya sebarangan dan meminta izin anak bongsunya itu untuk sebarang perancangan berkenaan masa depannya.
"Sara, umur kamu tu dah 27, dah boleh mendirikan rumah tangga, lagipun calon pilihan ibu ni anak kawan baik ibu sendiri, Aunty Fiya tu...rasanya anak dia tu pernah satu sekolah dengan kamu masa sekolah menengah...haa namanya Zafriel Adham, setahun tua daripada kamu anak aunty Fiya tu." Kata ibu. Zafriel Adham, nama yang meniti di bibir ibu tu cukup membuat dia kaget sebentar. Masakan tidak, nama itu la yang membuatkan hati nya berbunga-bunga setiap kali menjejakkan kaki ke sekolah. Seorang ketua pengawas yang di hormati oleh pelajar, bukan sahaja dihormati oleh pelajar sekolah, malah guru-guru juga menganggap Zafriel pelajar harapan sekolah nya itu disebabkan kepandaian Zafriel dalam bidang akademik. Dia malah aktif dalam bidang sukan dan selalu mewakili sekolah untuk pertandingan.
"Ibu biar betul dia nak dekat Sara ni, Sara ni siapa jer nak dibandingkan dengan dia ibu, aunty Fiya ni pun Sara tak pernah jumpa lagi macam mana boleh berkenan dengan Sara yang macam kentang ni." Adu Maisara. Yelah dia tidak mahu aunty Fiya tu menyesal menjodohkan anaknya yang serba serbi hebat itu dengan dia seorang yang latar belakang biasa jer. Dengar cerita Zafriel itu, selepas menamatkan Masternya, dia mengambil alih syarikat keluarganya dan memegang jawatan CEO.
"Kamu boleh kenal-kenal dulu, esok aunty Fiya ajak kita makan-makan dekat rumah dia, boleh la kamu kenal-kenal dengan dia, dengan anak dia juga." Tersenyum-senyum Puan Maya. Berjaya juga dia memujuk anaknya itu, harap-harap anaknya terbuka hati untuk menerima rancangannya itu, mengenali anak bongsunya itu, dia tidak pernah membantah malah selalu taat dan akur akan perintahnya.
"Hm, okay la, Sara nak naik dulu ya, Sara rasa macam jetlag lagi, nanti Sara fikirkan." Serabut dia memikirkan perkara ni. Walaupun lelaki itu lah yang dia minati semasa sekolah, tetapi semua ni terlalu cepat berlaku, dia sendiri tak tahu tentang perkhabaran lelaki itu setelah tamat sekolah. Apakah lelaki itu boleh menerima diri dia dalam hidupnya? Pening dia memikirkan.
Puan Maya dan Encik Luth menghantar anak bongsu mereka dengan pandangan. Puan Maya tahu anaknya rungsing memikirkan perkara ini, bukannya dia tak kesian akan anak nya itu, tapi rakan baiknya itu selalu mengutarakan perkara ni sampai dia tidak sampai hati mengecewakan hati sahabatnya itu. Encik Luth hanya mengeluh pelahan, dia tidak mahu memaksa anaknya, tetapi dia tidak mahu membuat isterinya sedih. Dilemma juga menjadi orang tengah.
Share this novel