Bab 26 Bangun Pagi

Drama Completed 216239

Pagi ini Haziq bangun lebih awal dari Izara. Haziq bangun lalu cuba untuk mengejutkan Izara dari tidurnya. Kerana sudah masuk waktu subuh,azan di surau yang tidak jauh dari rumah Izara pun sudah selesai bergumadang.

"Hei,lasak juga isteri aku ni tidur...Zara bangun dah subuh ni" kata Haziq sambil tanganya mengoyang tubuh isterinya itu.

"Orang mengatuk la" kata Izara sambil matanya masih tertutup dan tangan Izara tak sengaja menolak tangan Haziq yang memengang tubuhnya.

"Zara bangun kita sembahyang subuh jemaah sama-sama," kata Haziq sambil tangannya masih menyentuh tubuh isteri halalnya itu perlahan-lahan.

"Yalah,orang nak bangun la ni" kata Izara sambil tangannya mula mengosok-gosokkan matanya dengan mulut yang menguap kerana masih mengatuk.

Selesai mengosok matanya Izara mula membuka matanya. Izara agak terkejut dan tergamam kerana orang yang mengejutkan dirinya dari tidur adalah Haziq suaminya.

Adui malunya habis hilang keayuan aku ni,mesti Haziq akan fikir yang bukan-bukan tentang aku ni,bisik hati Izara.

"Maaf bang, Zara tertidur mati tu tak sedar abang kejut Zara dari tidur. Selalunya Zara boleh bangun awal tapi sebab semalam letih sangat tu tak sedar", kata Izara cuba cover dirinya dari di anggap yang bukan-bukan oleh Haziq.

"Tak pa,abang tak kisah yang penting Zara bangun juga walau pun tangan abang sakit juga kena cubit dengan Zara tadi. Cepat la bangun dan ambil wuduk terus.Nanti kita sembahyang subuh jemaah sama-sama"kata Haziq pada isterinya itu yang masih mamun kerana baru bangun dari tidur.

"Maaf,tak sengaja tercubit tadi. Okay Zara pergi bilik air dulu" kata Izara dengan perasaan malu.

Pagi ini Haziq dan Izara sembahyang subuh berjemaah bersama. Hati Izara berbunga-bunga dan bersyukur dapat menjadi isteri Haziq. Ada juga perasaan malu kerana Haziq sudah tahu dirinya susah bangun pagi. Selama ni Izara selalu terbangun dan sembahyang subuh di hujung-hujung waktu.

Usai sembahyang subuh pada mulanya Izara ingin tidur kembali kerana masih awal lagi. Baru je Izara ingin baring kembali diatas katil tiba-tiba terdengar suara Haziq.

"Heh,takkan nak tidur balik. Pergi la bantu ibu tu dekat dapur,lagi pun tak elok tidur lepas sembahyang subuh ni" kata Haziq pada Izara.

Izara yang mendengar teguran dari Haziq membuatkan mukanya agak merah menawan malu.

"Heh,tak la...Izara saja je nak rehatkan badan dulu bukan nak tidur balik", kata Izara sambil ia pun bangun dan ingin berjalan keluar dari bilik.

Adui malunya kenapa aku pergi gatal nak tidur balik tadi. Tak pasal-pasal dah kena tegur,bisik hati Izara.

Haziq hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Haziq tahu Izara masih muda.Kerana dirinya dulu pun semasa sebaya Izara selalu je bangun lewat. Sampai kena tendang pintu bilik baru ia akan terbangun.

Setelah kejadian yang menimpa dirinya bersama sepupu dan abang kandungnya menyebabkan Haziq berubah.Haziq semakin berubah dengan mendekati diri pada yang isa.

Pagi ini Izara membantu ibu tirinya membuat sarapan. Izara di minta oleh ibu tirinya supaya membancuh air teh-o didalam jag. Izara pun segera mengambil jag air lalu meletakkan ucang teh di dalamnya. Selepas itu Izara menuang air panas di dalam jag tersebut. Kemudian barulah Izara meletakkan gula lalu mengacau dengan senduk.

"Dah siap bancuh air tu nanti Zara pergi lah panggil suami kamu tu ajak sarapan" kata ibu tiri Izara.

"Dah siap dah, Zara nak pergi panggil abang Haziq sekarang la" kata Izara dan mula melangkah kakinya menuju ke arah biliknya.

Izara membuka pintu biliknya tapi tidak ada Haziq di dalamnya.

"Kemana pula dia pergi ni?" kata mulut Izara. Izara pun keluar dari biliknya dan mencari kelibat suaminya itu.

" Ibu nampak abang Haziq tak? Dekat dalam bilik tak dak pun" tanya Izara pada ibu tirinya.

"Pergi tengok dekat luar tu. Ibu nampak tadi Haziq jalan keluar masa kamu tengah bancuh air tadi", kata ibu tiri Izara.

Mendengar kata-kata ibu tirinya itu Zara terus berjalan ke arah pintu untuk keluar mencari suaminya itu. Keluar dari rumah Izara melihat suaminya itu sedang berada di halaman rumahnya. Izara melihat mata suaminya itu asik memadang ke arah sawah padi yang terbentang luas di depan rumahnya.

" Abang, sarapan dah siap masak. Jom la kita sarapan dulu"kata Izara sambil menghampiri suaminya itu.

"Oo okay. Nanti lepas sarapan abang akan bawa Zara balik rumah Wan. Zara dah siap ke buh baju dalam beg, sebab esok pagi kita akan terus balik ke rumah orang tua abang di Selangor," kata Haziq pada Izara.

"Zara dah kemas dah baju Zara yang nak bawa buh dalam beg. Sekarang ni jom kita sarapan lepas ni baru la pergi rumah Wan" kata Izara pada Haziq.

Haziq dan Izara pun jalan beriringan ke dalam rumah dan menuju ke dapur. Di meja makan sudah ada Kamal ayah Izara dan ibu tiri Izara.

"Adik lelaki Izara yang dua orang tu tak makan sekali?"tanya Haziq bila melihat kedua orang adik iparnya itu tidak ada untuk sarapan pagi.

" Diaorang berdua tu memang akan bangun lambat bila tak sekolah. Nanti bila diaorang rasa lapar pandai la diaorang tu bangun,"kata ibu tiri Izara.

Mendengar kata-kata ibu tiri Izara,Haziq tersenyum saja. Lalu mereka berempat pun sarapan bersama pagi ini. Ibu tiri izara membuat nasi goreng untuk sarapana pagi ni. Selesai sarapan Haziq meminta izin ingin membawa Izara ke rumah Wannya. Dan ia juga memberitahu tahu malam ini akan tidur di rumah Wan dan esok ia akan membawa Izara pulang ke rumah orang tuanya di Selangor.

Selesai meletakkan beg pakaian Izara ke dalam bonet kereta. Haziq dan Izara bersalaman dengan semua ahli keluarga Izara.Kerana esok mereka akan terus pulang ke Selangor tidak akan singgah ke rumah keluarga Izara lagi.

"Zara kamu tu dah jadi isteri orang kena dengar cakap suami," kata Kamal pada anaknya itu.

"Baiklah,maafkan Zara jika Zara ada buat salah dengan ayah dan ibu" kata Izara dengan agak sebak.

"Ayah maafkan, Haziq kamu tolong la jaga Zara baik-baik. Ayah dah serahkan dia dekat kamu. Harap kamu boleh melindungi dia tak kira apa terjadi. Kalau Zara ada buat silap tegurlah baik-baik ya. Sebab Zara ni usia dia muda lagi",kata Kamal pada menantunya itu.

" Baiklah,saya janji akan jaga Izara ni sebaik-baiknya"kata Haziq.

Haziq dan Izara pun masuk ke dalam kereta untuk pergi ke rumah Wan. Tak sampai sepuluh minit kereta Haziq sudah sampai di perkarangan rumah Wan.

Melihat kereta cucunya sudah masuk ke halaman rumahnya,Wan segera keluar menyambut cucu dan menantu cucunya itu.Mak Su yang kebetulan berada di rumah Wan pun segera berjalan keluar.

"Zara nanti boleh la tolong Mak Su masak untuk makan tengahari," kata Mak Su bila melihat Haziq dan Izara keluar dari dalam kereta.

Izara telan air liur bila Mak Su mengajak dirinya untuk masak bersama. Dengan terpaksanya Izara mengukir senyuman pada Mak Su.

"Baiklah,tapi Zara tak pandai sangat nak masak-masak ni. Tapi kalau suruh potong bawang atau potong sayur tu retilah. Siang ikan dengan goreng ikan Zara reti la juga,yang lain Zara tak reti sangat", kata Zara mengaku ketidak pandaian dirinya untuk memasak.

"Tak pa,Mak Su akan ajar Zara nanti. Lagi pun ibu Zara pun dah bagitahu dekat Mak Su tentang Izara tak berapa cekap masak" kata Mak Su sambil tersenyum pada Izara.

Mereka berempat pun masuk ke dalam rumah. Izara mengikut Mak Su ke dapur untuk memasak makanan tengahari nanti. Manakala Haziq melepak berdua dengan Wannya di ruangtamu sambil bersembang.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience