Rate

Bab 57 Kehidupan Baru

Drama Completed 203283

Esok majlis resepsi untuk Haziq dan Izara akan diadakan.Pagi ini ayah dan ibu tiri serta adik Izara sudah datang. Haziq telah menyewa sebuah homestay untuk keluarga Izara tinggal. Begitu juga dengan Ardiana dan Darwisya kawan rapat Izara.

Ardiana datang dengan menumpang kereta keluarga Darwisya. Ardiana juga tinggal satu homestay dengan keluarga Darwisya. Manakala keluarga Izara dari kampung tinggal di homestay lain. Homestay tersebut tidak berapa jauh dari rumah Haziq.Manakala Wan dan Mak Su pula tinggal di rumah Haziq saja.

Atas permintaan Izara,Haziq telah membawa 3 sekawan iaitu Izara,Darwisya dan Ardiana berjalan di Shopping Mall pada hari ini. Kerana mereka sudah lama tidak keluar bersama untuk senaman mata seperti dulu. Walau kali ini mereka bukan bertiga kerana ada Haziq yang sentiasa mengikuti mereka bertiga.

"Zara kau mengandung tak dak muntah-muntah macam orang lain ke? Sebab aku tengok kau ni biasa je"tanya Ardiana.

" Alhamdulillah aku tak alami alahan macam setengah orang. Tapi suami pujaan hati aku tu yang selalu muntah-muntah dan loya",kata Izara pada kedua orang kawannya itu.

"Oh,patut la dari tadi aku tengok Pak Cik Haziq tu asik makan asam boi. Rupanya untuk hilang rasa loya tu kot" kata Darwisya.

"Tapi sekarang ni suami pujaan hati aku tu dah kurang dah rasa loya nak muntah. Masa kandungan aku baru 2 bulan sampai 3 bulan je dia kena alahan tu," kata Izara menerangkan.

"Sayang,lama lagi ke nak pusing Shopping Mall ni? Abang tengok sayang tak ada beli apa pun dari tadi" tegur Haziq pada Izara isterinya.

"Ala,abang ni sayang masih nak berjalan lagi dengan Ardiana dan Darwisya. Nanti kalau ada yang berkenan barulah sayang beli,"kata Izara pada suaminya itu.

" Abang bukan apa, sayang tu ada bawa baby dalam perut tu.Risau je nanti malam kaki tu kenjang. Esok dah la majlis resepsi kita"kata Haziq cuba membuatkan isterinya itu faham.

"Baiklah Pak Cik,lepas ni kita orang nak makan dulu. Lepas tu baru balik," kata Ardiana pada Haziq suami Izara.

"Yalah,Pak Cik bukan apa risau dengan isteri Pak Cik ni je" kata Haziq.

Walau pun Haziq rasa sedikit tidak suka bila di panggil Pak Cik oleh kawan rapat isterinya. Haziq merasakan dirinya tidak la terlalu tua untuk di anggap Pak Cik oleh kedua kawan isterinya itu.

Selesai makan di restoran yang ada di dalam Shopping Mall tersebut,mereka berempat berjalan keluar dari Shopping Mall tersebut. Haziq mengantar Ardiana dan Darwisya ke homestay. Kemudian Haziq dan Izara pergi pula ke homestay ayahnya berada. Kerana Haziq telah membeli makanan di restoran untuk di berikan pada keluarga mentuanya itu. Haziq dan Izara duduk berbual dahulu di homestay tempat ayahnya itu berada. Lebih kurang setengah jam kemudian Haziq dan Izara mengundurkan diri untuk pulang.

Malamnya selepas menunaikan sembahyang isyak. Haziq dan Izara masuk ke bilik dan ingin tidur. Baru saja Izara ingin membaringkan badannya,kakinya tiba-tiba terasa kenjang.

"Ah! abang tolong kaki sayang kenjang" kata Izara sambil menahan sakit di kakinya.

"Kan abang dah cakap tadi. Mai sini abang urutkan" kata Haziq sambil tangannya mengambil minyak angin untuk di sapukan di kaki isterinya itu.

"Abang sakit! urut la perlahan-lahan sikit" kata Izara pada suaminya itu.

Haziq mengurut kaki isterinya perlahan-lahan seperti yang di kehendaki oleh isterinya itu. Sehinggalah isterinya itu mampu melelapkan matanya barulah ia berhenti dan baring di sebelah isterinya itu.

----------

Pagi ini rumah Haziq penuh dengan sanak saudara sebelah Haziq. Dalam pukul 10 pagi Izara dan Haziq telah pun pergi ke homestay tempat ayah Izara berada. Kerana Haziq dan Izara akan memakai pakaian pengantin di sini. Juru make up pun akan datang untuk make up kan Izara di homestay ni juga. Sedang Izara memakai baju jubah untuk majlis resepsinya. Ardiana dan Darwisya pun sampai dan masuk ke dalam bilik tempat Izara sedang di make up kan.

Melihat kedua sahabat baiknya itu telah datang,Izara memberikan senyuman pada kedua sahabatnya itu.

"Mana Pak Cik Haziq tak nampak pun?" tanya Ardiana pada Izara.

"Pak Cik Haziq ada dekat bilik sebelah tengah bersiap juga",kata Izara memberitahu.

" Korang tengok baju pengantin aku ni sesuai tak? Korang rasa nampak tak perut aku ni?"tanya Izara pada ke dua sahabatnya itu.

"Ala,tak nampak pun baby bump kau tu. Lagi pun baju pengantin kau ni jubah yang longar mana nak nampak" kata Darwisya pada Izara.

"Kalau nampak pun tak dak masalah la. Kau tu dah kahwin dengan Pak Cik pujaan hati kau dah hampir 6 bulan," kata Ardiana lagi.

"Yalah,memang aku dah kahwin hampir 6 bulan tapi sebelah Haziq tak ramai yang tahu" kata Izara.

"Jangan risau la, dekat baner depan tu abang dah suruh orang yang buat baner tu letak tarikh kita nikah. Gambar kita nikah pun ada sekali" kata Haziq yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik.

"Betul ke ni bang?" tanya Izara agak kurang percaya.

"Betullah,kenapa pula abang nak tipu" kata Haziq.

Dalam pukul 1.00 tengahari Haziq,Izara dan rombangan pengantin sebelah perempuan pun bertolak dari homestay ke rumah keluarga Haziq. Pengapit Izara adalah Darwisya,manakala Haziq pula Ikwan yang menjadi pengapitnya.

Hampir 2 minggu Ikwan berada di dalam wad psikiatri. Sekarang kedua orang tua Ikwan selalu memantau keadaan Ikwan. Cukup jam untuk Ikwan makan ubat mak Ikwan yang memberikan ubat tersebut pada Ikwan. Dan Ikwan akan makan ubat tersebut di depan orang tuanya itu.Kerana Ikwan sudah mengikuti nasihat doktor psikiatri dan memakan ubat seperti sepatutnya. Sudah ada perubahan pada diri Ikwan. Kerana itu Haziq meminta Ikwan menjadi pengapitnya pada hari ini.

Darwisya agak malu-malu bila terpaksa berdepan dengan Ikwan. Kelihatan Ikwan nampak tenang saja mendampingi pengantin lelaki. Lebih kurang pukul 3.00 petang tetamu pun sudah berkurangan. Keluarga Izara dan dua orang sahabatnya meminta diri untuk pulang ke homestay. Petangnya mereka semua akan pulang terus ke kampung.

Melihat orang semakin berkurangan Izara tiba-tiba mencubit Haziq suaminya itu. Menyebabkan Haziq mengaduh ke sakitan.

"Sayang dah kenapa cubit abang ni?" bisik Haziq pada isterinya itu.

"Kaki sayang kenjang" bisik Izara sambil menahan sakit di kakinya.

"Boleh jalan tak ni?" tanya Haziq agak risau.

"Boleh jalan tapi sakit la" jawab Izara.

Tanpa berlengah Haziq terus mendukung isterinya itu tanpa mempedulikan masih ada sanak saudara yang berada di rumahnya. Haziq mendukung Izara pergi ke arah bilik kerana ingin mengurut kaki isterinya itu.

-------------

Kandungan Izara sudah memasuki 9 bulan. Izara pun sudah agak susah untuk tidur kerana selalu saja ia merasa kurang selesa di kawasan perutnya. Tengah malam Izara sering terbangun kerana merasakan ingin membuang air kecil. Kaki Izara juga sudah agak bengkak.

Malam ini seperti biasa Izara terbangun dalam pukul 2.00 pagi untuk ke bilik air. Izara berjalan perlahan-lahan ke arah bilik air. Malam ini Izara merasakan perutnya Kadang-kadang akan mengeras. Masuk ke dalam bilik air,Izara perasan di farajnya seperti mengeluarkan sedikit darah. Keluar dari bilik air Izara segera mengejutkan Haziq suaminya.

"Abang,bangun la," kata Izara sambil tangannya mengoyang tubuh suaminya.

Haziq terbangun bila merasa badannya di goyang oleh isterinya.

"Ada apa ni sayang?" tanya Haziq.

"Perut sayang sakit dan ada keluar darah sikit masa sayang kencing tadi" kata Izara seperti kelihatan agak risau.

"Tak pa kita pergi hospital je" kata Haziq sambil bangun mencari baju untuk di pakai.

Selepas itu Haziq pergi ke arah bilik ibunya untuk memberitahu bahawa Izara sudah mengeluarkan tanda untuk bersalin. Samsiah juga bersiap untuk menemani anak menantunya itu ke hospital.

Mereka bertiga berangkat ke hospital dengan segera. Pada mulanya Izara tidak terlalu merasakan sakit sangat. Tapi di dalam kereta semasa perjalanan ke hospital Izara tiba-tiba merasa perutnya semakin sakit. Tanpa di duga air ketuban Izara pecah semasa berada di dalam kereta.

"Mak,abang ada banyak air keluar dekat kemaluan Zara ni," kata Izara agak lemah.

"Haziq cepat sikit bawa kereta ni. Air ketuban Zara dah pecah ni" kata Samsiah agak risau dengan menantu dan bakal cucunya.

"Ya la,Haziq dah bawa laju dah kereta ni" kata Haziq.

"Abang sakit sangat,sayang dah tak tahan" kata Izara sambil air matanya mula mengalir kerana merasa sakit.

Lebih kurang dalam 30 minit kereta Haziq sampai di perkarangan hospital. Haziq mendukung Izara untuk di bawa masuk di tempat ibu bersalin. Haziq juga telah memberitahu bahawa air ketuban isterinya sudag pecah. Izara terus di bawa masuk ke dewan bersalin di temani oleh Haziq.

Haziq setia menemani Izara dalam proses melahirkan anak sulung mereka. Habis kulit tangan Haziq di cakar oleh Izara kerana kesakitan yang di alami oleh Izara. Lebih kurang 2 jam juga Izara bertarung barulah ia berjaya melahirkan anak sulungnya.

Haziq memberi ciuman pada Izara,dan tanpa Haziq sedari air matanya gugur melihat bagai mana Izara bertarung nyawa untuk melahirkan anak perempuan sulung mereka. Selepas jururawat membersihkan anak perempuannya. Jururawat memberikan bayi perempuan tersebut untuk di azan dan Iqamat.

Selepas itu Izara di masukkan ke dalam wad bersama bayi perempuannya. Haziq sempat membisikkan ucapan terima kasih pada telinga isterinya itu.

"Terima kasih kerana telah melahirkan anak kita dengan selamat" bisik Haziq pada telinga isterinya.

Izara tersenyum mendengar bisikkan dari suaminya. Izara tidak pernah menyangka Pak Cik pujaan hatinya ini akan menjadi suaminya. Dan sekarang ia sudah pun melahirkan anak sulung mereka berdua.

"Sama-sama...Pak Cik, i love you alahai silap la pula. Abang ,i love you" kata Izara pada suaminya itu sambil mengukir senyuman pada suami pujaan hatinya.

++++++++++++Tamat++++++++++++

Terima kasih pada yang telah mengikuti cerita ini. Dan yang telah memberi komen dan support saya.

Share this novel

noryatizma Izma
2021-06-30 02:42:02 

ending yg bgus..memuaskn ati sya..membcanyer..tahniah terrbaikkk

esther marcus
2020-10-25 23:14:05 

syukur..akhirnya...dpt juga cahaya mata...kebahagiaan zara & haziq...ending yg bagus...tahniah autor


NovelPlus Premium

The best ads free experience