Bab 2 Izara Humaira

Drama Completed 216154

Namaku Izara Humaira Binti Kamal.Tahun ni umur aku 17 tahun dan aku akan mengambil ujian SPM. Aku ada 2 kawan rapat bernama Ardiana dan Darwisya.

Pulang dari sekolah aku ke bengkel motor kepunyaan Pak Ngah ku. Aku kerja sambilan di bengkel Pak Ngah. Walau pun ayah aku tidak setuju tapi aku tak peduli semua tu. Aku lebih rapat dengan Pak Ngah dari ayahku sendiri.

Ayah dan ibuku bercerai semasa umurku baru 4 tahun. Ayah dan ibu bercerai kerana ayah hendak berkahwin dengan wanita lain yang bernama Maisarah. Maisarah sekarang sudah pun menjadi isteri ayah aku dan menjadi ibu tiriku.

Akibat perceraian ayah dan ibu,aku tinggal bersama ayah.Manakala ibuku pula membawa abang ku tinggal sekali dengannya. Aku dan abang ku beza umur 4 tahun. Mula-mula dulu kerap juga ibu datang berjumpa denganku bersama abang.

Tapi semuanya berubah semasa umurku 9 tahun. Ibuku berkahwin untuk kali kedua bersama lelaki pilihannya.Dan lelaki tersebut bukanlah ayah aku. Ayah aku seperti marah bila mendapat tahu ibuku akan berkahwin lain. Sebulan selepas ibuku berkahwin lain tiba-tiba ayah memberitahu kami akan berpindah. Aku lihat ayah juga agak berubah sikapnya. Ayah selalu sahaja bergaduh dengan ibu tiriku.

Ayah membawa ku berpindah ke negeri lain bersama ibu tiriku.Selepas tidak tinggal satu negeri dengan ibuku. Ibu sudah tidak lagi datang untuk berjumpa denganku. Aku merasakan ayah saja nak menjauhkan diriku dan ibu. Aku mempunyai 2 orang adik lelaki yang lahir dari rahim ibu tiriku. Seorang bernama Haikal umur 13 tahun dan seorang lagi bernama Hairul baru berumur 8 tahun.

Aku merasa marah pada ayahku kerana sudah menjauhkan aku dengan ibu dan abangku. Abangku bernama Mohamad Ismail sekarang umurnya 20 tahun. Aku lihat di laman sosialnya dia sekarang sedang menyambung pelajaran di menara gading. Aku lihat kehidupan abang lebih baik dari diriku. Hatiku terasa sakit dan merasakan ibu ku telah mengabaikan diriku. Aku benci ibuku kerana telah melupakan diriku.

Aku juga tidak berapa suka berada di rumah kerana aku seorang sahaja anak perempuan. Adikku pula 2 orang yang lain lelaki,semua kerja kemas rumah harap dekat aku seorang sahaja. Jadi untuk lari dari tugas tersebut aku akan pergi ke rumah Pak Ngah. Aku juga akan mengikut Pak Ngah ke bengkelnya. Dari situlah aku mula berlajar membaikki motor. Mulanya aku hanya melihat sahaja Pak Ngah membetulkan motor yang ada masalah. Lama-lama aku meminta Pak Ngah mengajarku.

Pada mulanya Pak Ngah menyuruh aku membuka sekru di body motor sampai tinggal besi sahaja. Selesai membuka sekru dan body motor tersebut. Pak Ngah menyuruh aku pasang balik body pada motor dan sekru balik seperti asal. Agak berpeluh juga badan aku kerana buka senang dan sekejap je. Tapi bila nak pasang balik tu lambat dan pening sikit dengan sekru ada yang hilang. Tapi aku akhirnya berjaya juga pasang balik body motor tu seperti asal walaupun lambat juga la.

Esoknya Pak Ngah minta aku buka tayar dan ganti tayar dalam yang bocor. Masa buka tu senang la tapi masa nak masuk tayar dalam tu adui ambil masa. Dan tak sengaja tayar dalam yang baru tu terpecah. Aduh memang gelabah aku nak menjawab dengan Pak Ngah. Tapi nasib baiklah Pak Ngah tak marah. Pak Ngah suruh aku ambil tayar dalam yang lain lepas tu Pak Ngah tunjukkan cara yang betul padaku.

Hari ini sabtu jadi pagi dalam pukul 11.00 aku sudah pun berada di bengkel Pak Ngah. Pak Ngah membuka bengkel motornya dalam pukul 10.00 pagi. Pagi ini dalam pukul 11.30 pagi kelihatan seorang Pak Cik bernama Mohamad Haziq datang ke bengkel Pak Ngah.

Pak Cik Haziq adalah kawan Pak Ngah. Pak Ngah tua 3 tahun dari Pak Cik Haziq. Pak Cik Haziq umurnya 29 tahun manakala Pak Ngah umurnya 32 tahun. Aku memang agak terpikat dengan Pak Cik Haziq ni. Bila Pak Cik Haziq datang bengkel Pak Ngah mula la hati aku berdebar-debar tak tentu hala. Nak buat kerja pun rasa tak selesa. Aku mula la rasa nak control ayu depan Pak Cik Haziq ni. Mula la aku buka sekrul dengan lemah lembutnya dan lambat. Tapi aku perasan Pak Cik Haziq bukan nak padang aku pun. Ya siapa aku ni di bandingkan dengan Pak Cik Haziq.

Aku ni ibarat gagak di rimba dan Pak Cik Haziq pula merak kayangan. Pak Cik Haziq ni ada Syarikat pembinaan sendiri di selangor. Pak Cik Haziq kerap berada di Selangor dari di negeri tempat tinggal aku ni. Pak Cik Haziq jika balik di negeri sama dengan aku akan tinggal di rumah atuknya.

" Din kau tolong tengokkan motor ni mana yang rosak? Sebab dah lama sangat motor ni tak dak sapa bawa,sebab atuk aku dah tak sehat motor ni tersadai dekat tepi rumah je. Aku balik ni baru la aku nak guna"kata Pak Cik Haziq pada Pak Ngah.

Nama Pak Ngah aku Nordin,orang selalu panggil Din je dekat Pak Ngah.

"Ya lah nanti aku tengokkan. Izara kenapa dari tadi tak siap-siap lagi tukar minyak enjin tu?." Kata Pak Ngah padaku.

"Nak siap dah ni tukar minyak enjin ni" kataku sambil tersengih pada Pak Ngah. Habis hancur ke ayuan aku.

"Izara nanti tolong tukar bal lampu baru dekat motor ni. Nampak lampu bal ni tak menyala" kata Pak Ngah padaku.

"Ya lah,Izara pergi ambil bal lampu dulu" kataku sambil berjalan ke tempat barang untuk mengambil lampu bal baru.

"Izara ni anak saudara kau kan Din?" kata Pak Cik Haziq.

"Haah,Izara ni anak abang aku. Tahun ni dia nak ambil SPM" kata Pak Ngah.

Telingaku mendengarkan sahaja apa yang di bicarakan oleh Pak Ngah dan Pak Cik Haziq.

"Izara lepas SPM ni nak sambung belajar dekat mana?" tanya Pak Cik Haziq padaku.

"Entahlah, Izara tak fikir lagi sebab ujian SPM pun belum lagi." kataku.Dalam hatiku kalau boleh nak kahwin dengan Pak Cik je lepas habis SPM. Senang tak kenal bebel dengan mak tiri dan tak kena marah dengan ayah aku.

Sedih pula aku rasa bila Pak Cik Haziq tanya tentang aku anak saudara Pak Ngah. Macam dia tak berapa ingat tentang diri aku. Sedangkan ini bukan kali pertama Pak Cik Haziq datang ke bengkel Pak Ngah. Pak Cik Haziq memang akan ke bengkel Pak Ngah setiap kali dia datang ke rumah atuknya. Setiap kali datang mesti akan tanya soalan yang sama tentang diriku. Tentang diri aku ni adalah anak saudara Pak Ngah.Mudah sungguh Pak Cik Haziq lupa tentang diri aku ni. Sedangkan aku boleh ingat tentang diri Pak Cik Haziq. Selalunya aku akan bertanya tentang Pak Cik Haziq dekat Pak Ngah.

Motor kepunyaan ku yang selalu aku bawa pergi sekolah dan ke mana tu adalah pemberian Pak Ngah aku. Sebenarnya motor tu kepunyaan Pak Cik Haziq tapi Pak Cik Haziq beri pada Pak Ngah untuk di betulkan kerana sudah lama motor tu tak dak siapa bawa. Dan enjin motor tu pun ada masalah. Pak Cik Haziq kata kalau motor tu boleh hidup balik enjin dia,Pak Cik Haziq suruh Pak Ngah ambil je motor tu. Lepas Pak Ngah berjaya membaikki enjin motor tu Pak Ngah pun bagi dekat aku. Tapi Pak Ngah bukan ambil percuma motor tu dari Pak Cik Haziq. Pak Ngah ada juga beri duit dekat Pak Cik Haziq. Motor tu walaupun dah lama tapi enjin dia masih elok. Aku pun bukan ambil percuma tetap kena bayar juga dekat Pak Ngah. Aku membayar duit motor tu dekat Pak Ngah dengan mengunakan duit aku kerja di bengkel Pak Ngah. Sekarang motor tu dah jadi hak milik aku. Nama dalam gran pun dah tukar atas nama aku dah.

Sekarang ni aku dah tukar bal lampu motor depan dan belakang kepunyaan Pak Cik Haziq. Aku pun pun mula hidupkan enjin motor,lampu belakang bernyala tapi lampu depan tak bernyala.

"Pak Ngah lampu depan dia tetap tak bernyala walaupun dah tukar bal. Tapi lampu belakang benyala. Lampu sisi pun tak bernyala juga"kataku pada Pak Ngah.

"Agaknya wayar tu ada yang short la tu. Nanti Pak Ngah pebetulkan wayaring dia. Izara pergi ganti tayar motor tu sat"kata Pak Ngah sambil menunjuk tayar motor yang sudah kempis tak ada angin.

Aku kerja wayaring ni kurang pandai sebab serabut kena buka body dia balik nak pebetul wayar yang bermasalah. Kerja-kerja wayaring ni kena serah pada Pak Ngah atau pun pada pekerja yang lagi sorang. Sebenarnya Pak Ngah ada lagi seorang pekerja lelaki nama Amir.Amir ni cekap lagi pada aku kalau buat kerja. Sebab dia belajar dekat Giat Mara tentang masalah motor. Bukan macam aku yang belajar dengan Pak Ngah je.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience