Rate

2

Short Story Series 2857

"Mak Cik, bangun. Hari nak hujan ni jom kita balik." Bakri, penjaga kubur mengejutkan Normah yang sangkanya terlena sambil memeluk batu nisan arwah suaminya.

"Bangun Mak Cik." Bakri cuba membantu Normah berdiri. Badan tua itu ternyata sangat lemah. Dia cuba memapah Normah keluar dari tanah perkuburan.

"Saya hantarkan Mak Cik pulang ya." Bakri menawarkan diri tetapi Normah menolaknya dengan sopan. Bakri akhirnya akur. Dia tahu Normah tidak suka menyusahkan orang begitu juga dengan arwah suaminya dahulu semasa hayatnya.

Sampai di rumah, Normah basah kuyup. Walaupun jarak tanah perkuburan dengan rumahnya tidak jauh, tetapi dengan keadaannya yang lemah membuatkan langkah yang di susun agak lambat. Hujan turun saat tubuh tua itu dalam perjalanan. Dengan kudrat yang tersisa dia cuba memanjat anak tangga rumahnya satu persatu.  Dia mengensot kesejukkan menuju pintu utama setelah sampai keatas.  Cuba digapai tombol pintu dan memutarnya tetapi hampa. Pintu rumah berkunci dari dalam. Berkali-kali diketuk dan memanggil nama Saadah tetapi tetap sunyi. Seingat Normah, pintu tidak berkunci saat dia keluar pagi tadi. Badan menggigil kesejukan. Hujan masih turun dengan lebatnya dan tiada tanda-tanda lagi hendak reda. Normah duduk merapatkan badannya kedinding sambil memeluk kedua lututnya. Gigilan badan semakin rancak seiring dengan curahan hujan di atas zink.

Perlahan-lahan mata dibuka. Kelihatan Fauzi duduk di sisi sedang memandangnya. Normah tidak ingat apa-apa. Badannya benar-benar lemah. Selimut tebal menyelimutkan badan tuanya.

"Ibu dah sedar? Kita pergi hospital ya bu." Fauzi cuba memujuk ibunya. Dia tahu jawapan yang sama akan dia perolehi, tetapi Fauzi tetap memujuk agar ibunya bersetuju menerima rawatan di hospital. Normah tetap menggeleng.

"Tapi bu, badan ibu lemah sangat," tutur Fauzi lembut. Tetapi Normah tetap degil. Dia khuatir melihat keadaan ibunya. Petang semalam apabila dia balik dari Melaka, dia terkejut melihat ibunya terbaring menggigil memeluk lutut di tepi dinding beranda. Badan ibunya sangat panas.  Hampir tercabut daun pintu dia ketuk baru kelihatan kelibat Saadah muncul.

"Kenapa ibu ada di luar dalam keadaan basah kuyup?"

"Mana Idah tahu. Dah ibu abang suka merayau, tak kan Idah nak larang pula," jawap Saadah tanpa rasa bersalah langsung. Malas bertengkar dengan Saadah, Fauzi terus mengangkat tubuh ibunya yang menggigil kesejukan waktu itu. Selesai menggantikan pakaian ibunya dia berlalu ke dapur menanak bubur. Saadah telah berlalu ke dalam bilik sambil membelek-belek telefon pintarnya. Dalam hati bersorak gembira melihat keadaan ibu mertuanya. Ingatannya kembali saat Normah memanggil-manggil namanya dalam hujan lebat tadi.

"Saadah... Saadah... buka pintu ni nak. Ibu sejuk ni." Sayup-sayup kedengaran suara Normah saat itu kerana hujan lebat mencurah di luar. Waktu itu dia berada di sebalik pintu ketawa mengekek mendengar rayuan ibu mertuanya. Kebetulan saat itu dia baru keluar dari dalam bilik ingin ke dapur kerana haus. Dari jendela dia sudah melihat ibu mertuanya memanjat anak tangga dengan payahnya tapi tiada sekelumit pun belas kasihan yang terbit di hatinya. Yang ada hanyala kebencian.

Kini sudah dua hari Normah terbaring lemah. Selera makannya mati. Fauzi buntu memikirkan keadaan ibunya. Begitu juga dengan Noraini yang turut berada di sisi ibunya sejak semalam. Dia terus bergegas balik dari Sarawak apabila abangnya mengabarkan keadaan ibu mereka. Tubuh tua di hadapannya ditatap. Insan mulia yang telah menjaga dirinya dengan Fauzi sejak mereka kehilangan kedua orang tua dalam kemalangan.

Tangan tua di hadapannyalah yang memimpin tangan kecilnya yang ketika itu berusia enam tahun dan abangnya sembilan tahun. Jemari tua inilah yang melap tiap tetes air matanya dan badan tua yang lemah inilah yang mendakapnya tiap detik dia dalam kesedihan. Air mata Noraini tidak dapat ditahan lagi. Dia membiarkan esak tangisnya pecah mengenangkan peristiwa lama. Setahunya pasangan Normah dan Amirul dikurniakan tiga orang cahaya mata tetapi dua dari tiga anak mereka meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan. Anak ketiga lahir sahaja mereka terpaksa serahkan kepada orang untuk dijaga kerana mengikut kepercayaan orang dulu-dulu dengan berbuat begitu anak mereka akan hidup. Tetapi sehingga kehari ini Noraini tidak tahu siapa yang memelihara anak kandung wanita dihadapannya. Normah dan Amirul sahabat baik ayah kandungnya dan sebab itulah juga mereka dua beradik di amanatkan oleh ibunya sebelum meninggal dunia di hospital.

"Abang....” Normah meracau lagi.

"Bu... ni Ani bu. Ibu nak minum?" Lamunan Noraini terhenti apabila Normah meracau. Sejak semalam tidur ibunya tidak lena.

"Abang... tunggu Mah bang." Noraini sedih melihat keadaan ibunya.

Azan Subuh jelas kedengaran dari Surau Al-Hikmah. Fauzi bangun bersiap hendak pergi ke surau. Sebelum turun dia menghampiri ibunya yang sedang lena tidur. Semalam ibunya makan bubur yang Noraini masak. Walaupun sedikit sekurang-kurangnya dia sudah mula makan. Hatinya cukup gembira. Setelah mengejutkan Noraini dia pun beredar ingin pergi ke surau. Hari ini dia bercadang ingin pergi menjemput Saadah di rumah mertuanya di bandar. Selesai solat dan mendengar tazkirah dari Imam Ahmad, Fauzi terus berjalan kaki bersama jemaah yang lain menuju rumah masing-masing.

Sampai di simpang menuju ke rumahnya, dari jauh lagi dia sudah melihat Noraini tergesa-gesa menuruni anak tangga menuju ke arahnya. Perasaan Fauzi terasa lain. Lagi teruk dia rasai bila melihat Noraini menangis dan dia seolah dapat mengagak apa yang sedang terjadi.

"Bang! Cepat bang. Ibu..."

" Kenapa dengan ibu?" Tanpa menjawab soalan Fauzi, Noraini terus menarik tangan abangnya mengikut langkahnya yang seakan berlari menuju tangga. Beberapa jemaah lain turut serta di belakang mereka. Fauzi bergegas ke bilik ibunya. Melihat ibunya kaku dia terus memeriksa denyutan nadi ibunya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.” Fauzi terus mencium dahi ibunya. Pemergian ibunya sama dengan pemergian ayahnya di subuh yang hening. Noraini menangis sambil memeluk tubuh tua di hadapannya. Kini tiada lagi tempatnya mengadu kasih. Tiada lagi yang selalu memeluknya bila dia dalam kesedihan. Kasih yang tiada galang gantinya. Esak tangis Noraini semakin jelas dan pelukannya semakin erat.

Semua keluarga sudah dimaklumkan oleh Fauzi termasuk keluarga mertuanya. Suasana yang sayu tiba-tiba bertukar riuh apabila Saadah terus meluruh ke arah arwah Normah. Semua mata tertumpu ke arahnya kerana terkejut.

"Ibu!!! Maafkan Idah bu. Maafkan Idah. Bangun bu...,” laung Saadah sambil cuba menggerakkan tubuh Normah.

Noraini berserta orang kampung yang berada di dalam bilik tersebut berpandangan dan masing-masing pelik.

"Jangan macam ni Dah. Tak baik buat orang yang sudah pergi macam ni." Sadiah cuba memujuk Saadah tetapi pujukannya hanya sia-sia. Raungan Saadah semakin kuat sambil mencium wajah pucat Normah.

"Bangun bu... maafkan Idah. Idah banyak dosa dengan ibu. Idah yang sepatutnya mati bukannya ibu!" Tangisan Saadah semakin menjadi-jadi. Beberapa orang cuba menenangkannya. Dia menyesal dengan segala perbuatannya. Kata-kata ayahnya semalam terngiang-ngiang di mindanya.

"Idah, esok kita pergi melawat mak Fauzi."

"Idah tak nak ikut. Idah benci tengok muka dia." Tuan Zakaria dan Puan Saadiah terkejut mendengar kata-kata Saadah.

"Idah cakap apa ni? Mak dan ayah tak pernah ajar Idah membenci orang."

"Idah benci dia. Dia lah sebab Idah buta. Nasib baik ada orang kesian dermakan matanya untuk Idah melihat kembali." Tuan Zakaria tidak menyangka apa yang dia dengar dari mulut Idah. Puan Sadiah sudah menangis di sebelah suaminya.

"Idah tahu tak siapa orang yang Idah benci tu?" soal Tuan Zakaria geram

"Idah tahu dan Idah masih ingat. Dia adalah orang gaji yang tak sedar diri. Dia juga yang telah menyebabkan Idah buta..."

Panggg!!!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Saadah.

"Dan dia juga la insan mulia yang berikan Idah penglihatan kembali walau bukan salah dia. Kalau Idah nak tahu lagi, dia adalah ibu kandung idah. Yang melahirkan Idah dan yang sanggup menyerahkan Idah kepada kami supaya Idah hidup."

Semuanya bersilih ganti di layar minda Saadah. Saat dia ingin pulang meminta maaf, saat itu juga Fauzi memberitahu ibunya telah pergi buat selamanya. Dia tidak sempat untuk meminta maaf. Dia anak yang derhaka. Kalaulah dia tidak membiarkan ibunya kesejukan di luar hari itu mungkin dia sempat untuk meminta maaf. Dia kesal dengan semua perbuatan jahatnya selama hayat ibunya.  Dia teringat, pernah menyuapkan ibunya dengan makanan ayam kerana ibunya asyik dengan ayam-ayam peliharaan ayahnya. Dia juga turut terbayang dirinya pernah menyuapkan mulut ibunya dengan nasi yang panas sehingga mulut ibunya luka hanya kerana makan bersepah di atas meja walaupun dia tahu penglihatan ibunya terbatas dengan sebelah mata sahaja. Tangisnya semakin kuat mengenangkan semua itu.

"Ibu... maafkan Idah bu. Idah banyak dosa dengan ibu. Idah anak derhaka."

Akhirnya Saadah pengsan di sisi arwah ibunya.

"Bersabarlah Encik Fauzi, kami akan cuba merawat Puan Saadah semampu kami," kata-kata Doktor Pakar Sakit Jiwa Hospital Bahagia jelas di halwa telinga Fauzi. Kini sudah tiga bulan Saadah dirawat di hospital itu. Semenjak kematian Normah keadaannya  teruk sehingga memaksa Fauzi membawanya berjumpa pakar. Kini setiap saat dia meraung meminta maaf sambil menatap sekeping gambar lusuh milik arwah ayah dan ibu kandungnya. Fauzi dan ibubapa angkat Saadah simpati dengan keadaannya.

"Ibu!!! Ayah!!! Maafkan Idah. Idah anak derhaka," raung Saadah sayup-sayup kedengaran mengiringi langkah Fauzi dan kedua mertuanya pulang setelah habis masa lawatan.

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience