Bab 86 (Final Chapter)
Jam menunjukkan pukul 4pm.
Nurlisa berjalan beriringan melewati kaunter pembayaran di Prince Court Medical Centre. Hospital mewah itu menjadi kisah manis mereka berdua, kisah penamat untuk kelukaan mereka yang berpanjangan selama hampir 6 tahun.
Nurlisa memandang suaminya mesra, apabila tangan suaminya memaut tangannya dengan mesra. Dia merasa sangat di lindungi dan disayangi.
“Abang, first time kita jalan kat public as husband and wife. Sofea happy sangat. Thanks Abang,” Nurlisa memeluk lengan suaminya manja, dia merasa sangat bahagia, bahagia yang penuh cinta.
“Sama lah, abang baru nak cakap tadi. Abang rasa nak jerit kat semua orang, sayang adalah wife abang. Rasa excited sangat nih sayang, dia punya happy tu tak pernah rasa,”
“Sayang , abang love u so much,”
“Sofea cintakan abang juga, love you more and more,”
Mereka berhenti di pintu hadapan dan Syed Arman memeluk Nurlisa kemas dan padat, dengan penuh cinta.
Petugas yang bertugas di pintu hadapan itu tersenyum melihat kemesraan mereka.
“Arman, Tuan Syed minta Pakcik untuk bawa Arman balik dengan isteri. Tuan Syed nak jumpa menantu kat rumah PJ, boleh kita gerak sekarang,” Pembantu Peribadi ayahnya menyapa mereka di ruangan lobi itu.
Syed Arman menyalami Pak Akob, lelaki yang berada di samping ayahnya selama bertahun tahun.
“Pak Akob, kenalkan ini isteri Arman, Nurlisa Sofea. Sayang, ini Pak Akob, PA Babah,”
“Assalamualaikum Pak Akob, saya Nurlisa,” Nurlisa memandang manis ke arah Pak Akob.
“Kita tunggu driver ambik kereta. Tuan Syed minta Pak Akob bawak ke rumah PJ dulu, lepas tu Arman dengan isteri boleh balik kondo. Sebab Babah dah minta Mak Zah masak malam ni, lepas Arman call tadi kata Puan Nurlisa dah boleh keluar,” kata Pak Akob ramah, tumpang gembira melihat anak majikannya bahagia bersama isterinya.
“Panggil saya Nurlisa sahaja Pak Akob, saya mengikut sahaja suami saya, mana mana rumah pun ok,” Nurlisa memandang manja kea rah suaminya.
Syed Arman mencuit hidung isterinya. Dia bahagia melihat dunia yang segar, bersama damai yang pasti bersama mereka.
“Abang, Sofea nak call kaklong boleh? Rindu sangat dengan Eiman, kita boleh video call dengan Eiman,” Nurlisa mencapai teleponnya di tas tangan dan mula laju mendail nombor kakak iparnya, tetapi kecewa apabila teleponnya tidak di angkat.
Syed Arman memandang mesra dengan keterujaan isterinya, tapi tersenyum apabila melihat kerutan di wajah isterinya.
“Tak jawab la abang, kaklong solat kot, later kita try lagi,” kata Nurlisa yang kelihatan teruja melihat kota batu di Kuala Lumpur, sambil menguap manja di sisi suaminya.
“Kalau sayang mengantuk, tidur dulu, sampai nanti abang kejut. Baring kat peha abang,” Syed Arman mencapai bahu isterinya dan menidurkan lembut ke pehanya.
Tanpa membantah, Nurlisa menurut dan tidak sampai 10 mins, terdengar denguran halus dari isterinya.
“Pak Akob, sebelum masuk ke lorong rumah tu, ada florist kan? Nanti Pak Akob stop ya, Arman nak pick up bunga for Nurlisa, tadi Ameena dah orderkan” arahan Syed Arman itu didengar jelas oleh Pak Akob dan mengangguk tanda faham.
~Mak Zah, tolong tukar cadar Arman, guna warna putih, lepas tu Mak Zah tengok bilik air, make sure takde air atas lantai. Arman akan sampai dalam 45 minit. Terimakasih Mak Zah, jumpa kejap lagi~
~Ibu, Eyad dah otw balik, Babah minta singgah kat PJ dulu. Mungkin esok lagi balik kondo then baru pergi jumpa ibu. Sampaikan salam Eyad untuk adik and Uncle Lee. Eyad sayang ibu~
~abang, Lisa dah discharge dah, aku dah otw balik ke PJ, malam nanti tidur sana agaknya. Kau kat mana? Lepas Lisa sihat sikit, aku ke Terengganu jumpa kau. Salam untuk Umi~
~Adik, abang otw balik PJ. Abang dah minta Mak Zah tukar cadar bilik abang. Adik tolong check nanti ya, make sure bilik abang wangi ya, thanks adik, jumpa nanti~
Selesai menghantar text kepada semua yang terlibat, Syed Arman juga terlentok kerana mengantuk setelah beberapa hari tidak cukup tidur.
“Arman, dah sampai, Pak Akob dah ambik bunga kat florist tadi,” Perlahan Encik Yaakob menyentuh bahu Syed Arman agar tidak mengejutkan Nurlisa.
“Dah sampai? Alhamdulilah, lama sangat Arman tak balik sini,” Syed Arman meraup wajah mengantuknya dan membetulkan duduknya. Terlihat wajah polos isterinya masih ketiduran di pehanya.
“Sayang manja abang, kita dan sampai sayang. Babah dah keluar dah tu, sayang bangun,” Syed Arman membelai pipi lembut isternya yang terlihat mengeliat perlahan.
“Sayang ok tak? Atau nak abang dukung?,” Syed Arman membetulkan tudung isterinya yang terjatuh ke dahinya.
“Janganlah abang, Sofea boleh jalan sendiri, ,malulah kat Babah,” Nurlisa membetulkan wajahnya dan mencapai handphone dengan penuh bersemangat. Dari kereta dia dapat melihat rumah yang mewah dan ruang hadapan yang santai dan nyaman.
“Sayang, hati hati, pegang tangan abang, jangan degil nak jalan sendiri,” Syed Arman membuka pintu kereta dan menghulur tangan kepada isterinya. Tangan kirinya mencapai handphone isterinya dan memasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Assalamualaikum menantu Babah, dah sihat dah? Babah excited sangat ni, pertama kali ada menantu,” Syed Awaludin menyapa Nurlisa yang terlibat tersipu sipu malu dengan kemesraan yang di pamerkan suaminya.
“Babah….,” Nurlisa menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan bapa mertuanya. Syed Awaludin lantas menarik tangan Nurlisa dan memeluknya kemas. Tangannya menepuk perlahan belakang Nurlisa, penuh sifat kebapaan.
“Babah, Arman pun nak peluk juga,” Syed Arman menepuk lengan Syed Awaludin dengan wajah yang sangat bahagia.
Sesungguhnya dia sangat bahagia, bibirnya menyuntum senyuman tanpa pernah berhenti sedari tadi.
“Syed Arman anak Babah, Babah bersyukur dengan semua rahmat Allah untuk anak Babah. Jom kita masuk. Mak Zah masak sedap sedap tu,” Syed Awaludin mendahului langkah ke pintu utama.
“Akob, masuk sekali nanti, ajak pak driver tu makan sekali. Zah dah kemas bilik tetamu, malam ni tidur sini lah, esok pagi saya ada outstation. Kita kena gerak pagi,” Syed Awaludin membuka pintu utama dan melangkah masuk ke dalam rumah, di ikuti oleh Syed Arman dan Nurlisa yang masih erat berpegangan tangan.
Sampai Syed Arman dan Nurlisa ke pintu, terdengar suara yang kuat daripada ramai orang yang bergabung menjadi satu.
“SURPRISEEEEEEEEEEEEEEE,”
Serentak dengan itu, mereka merasa ada yang membalingkan bunga ke arah mereka, yang ternyata semua ahli keluarga berkumpul di rumah PJ itu.
“Mommy, Eiman missing you,” entah daripada mana, Eiman datang dan memeluk Nurlisa kemas, tidak berganjak daripada muka pintu.
Nurlisa sekali lagi terkejut, apatah lagi Syed Arman, dia terkesima apabila melihat figura anak kecil yang berusia 5 tahun yang seperti dirinya, memeluk peha isterinya kemas.
Syed Arman menahan sebak, bibirnya bergetar apabila melihat Eiman yang sangat sempurna.
“Sayang Mommy, Allahukbar, Mommy sihat sayang. Rindunya kat anak teruna mommy,” Nurlisa menundukkan badannya dan memeluk Eiman kemas.
Nurlisa melihat sekeliling, dia sekali lagi terkejut apabila semua orang yang penting di dalam hidup berdiri memandangnya.
Kak long bersama Abang long
Ibu bersama Ziyad
Dr Malik bersama isterinya
Syed Adam
Sharifah Teha
Beberapa figura yang dia tidak kenal, tetapi mereka semua tersenyum penuh bahagia.
“Mommy minta maaf sebab tak dapat dukung Eiman sebab tangan mommy sakit. Tetapi ada seseorang yang mommy boleh dukung Eiman, supaya apabila mommy berdiri, Eiman sama tinggi dengan mommy,” Nurlisa mencuit Syed Arman yang sedang mengelap airmatanya.
Eiman mengangguk sambil tersenyum penuh bahagia.
“Abang, ini kenalkan Eiman Naeem, buah hati kita,” Nurlisa mengengam tangan suaminya apabila tangisan Syed Arman kedengaran dia setiap ruang rumah.
“Mommy, Eiman kenal lah, must be daddy kan? Sebab Eiman pernah nampak gambar dalam bilik Mommy, dalam laci mommy,” Eiman lantas menghampiri Syed Arman dan menghulurkan tangan untuk di dukung.
Syed Arman lantas mencapai badan Eiman dan memeluknya di dalam tangisan yang menggila. Seluruh rumah mengesat airmata sendiri apabila terlihat Eiman sangat matang dan mampu mengenali ayahnya sendiri.
“Daddy, don’t cry, Mommy pesan apabila kita besar, tak boleh nangis, kena kuat,” Syed Arman sekali lagi memeluk Eiman dan tiada suara yang keluar dari bibir Syed Arman. Dia masih lagi memeluk Eiman sambil menangis tersedu sedu.
Nurlisa juga turut sama menangis bahagia melihat pertemuan mereka.
“Eiman pernah jumpa gambar daddy dalam bilik mommy? Tak baik tau selongkar barang mommy,” Nurlisa cuba bergurau untuk memberi nafas kepada suasana yang janggal dan hiba.
“Daddy, nanti kita boleh solat sama sama. Eiman ada bawak pelikat,” Syed Arman menganguk, dah terlihat jelas bibirnya bergerak gerak menahan sebak.
“Boleh sayang, Daddy pun ada pelikat, later after makan, we solat together. Malam ni Eiman tidur dengan daddy. Daddy ada banyak cerita for you,” Syed Arman memeluk anaknya, dan kakinya mula melangkah untuk menyalami tetamunya.
Anak kecil itu terlihat sangat gembira, berada di dalam keluarga besar ayahnya.
“Papa mama, can Eiman stay here with Daddy and Mommy?,” anak kecil yang petah untuk bertanya dengan mata yang sangat bahagia.
“Of couse boleh sayang, Eiman kena jaga mommy later ya, sebab Daddy nak rehat. Daddy dah jaga mommy kat hospital, now your turn,” Melissa membalas permintaan Eiman sampai menyapu perlahan airmatanya.
Nurlisa juga mula menyalami mereka yang meraikannya. Dia terasa sangat bahagia.
Sangat bahagia
Tersangat bahagia.
Bahagia itu tidak boleh di ungkap dengan perkataan pun.
BAHAGIA..
“Bila Eiman sampai? Kaklong kata Eiman tak dapat ikut that day?,” Nurlisa menyalami kakak iparnya dan memeluk penuh mesra.
“Eiman dah lama sampai la mommy, tapi atuk ask me to stay here. Atok kata anak kecil tak boleh datang ke hospital. So Eiman stay here with Atok,” terdengar suara Eiman menjawab bagi pihak Melissa.
“No wonder lah, thank kaklong and abanglong, adik nak say thank, untuk semua yang abang dan kakak buat untuk selama ni, sampai mati adik terhutang nyawa dengan kakak dan abang,” Nurlisa memegang tangan abang dan kakaknya, lantas memeluk mereka.
“Kaklong, abanglong, Arman pun sama. Terimakasih sebab menjaga isteri Arman dan Eiman, terima kasih untuk semuanya, kalau takde kaklong dengan abang long, Arman tak tahulah apa akan terjadi kepada kami,” Syed Arman menyalami abang iparnya, memeluk dengan penuh syukur.
Kelihatan Eiman yang sudah bertukar tangan, kini di peluk oleh Syed Adam yang sedari tadi melihat bahagia adiknya dengan airmata.
“Thanks Uncle and Mama sebab jaga Lisa selama bertahun tahun. Bersabar dengan Lisa, percaya Lisa boleh sihat, tak jemu nasihatkan Lisa, Uncle sanggup tak ikut Mama ke Rusia, sebab nak jaga Lisa. Tiada kata untuk Uncle, melainkan terimakasih banyak banyak Uncle. Lisa akan terhutang budi dengan Uncle dan Mama sampai kehujung nyawa Lisa,” Nurlisa menyalami Dr Malik dan isterinya juga memeluk mereka berdua dengan kemas.
Hanya mereka yang tahu kisah duka Nurlisa Sofea.
“Uncle bahagia untuk Lisa dan Arman. Dalam cerita kamu berdua, mastermind adalah Melissa dan Adam. Last year mereka plan macam macam, then uncle cuma sebahagian daripada rancangan mereka. But, Uncle tahu Lisa akan sihat, sebab Lisa anak yang baik, isterinya yang baik juga mommy yang baik. Lisa yang berusaha untuk sihat, Uncle cuma menolong sahaja,” Dr Malik menyambut huluran tangan Syed Arman yang juga menghampirinya.
“Thanks Uncle, masa Abang Adam cakap dengan Arman yang seorang doctor hebat nak tolong sembuhkan Arman, Arman happy sangat, sebab dah banyak Doktor yang Arman jumpa, Allah tidak mengizinkan Arman sembuh. Uncle yang beria cakap yang mungkin Arman ada hubungan istimewa dengan figura di dalam mimpi Arman, rupanya Uncle dah tahu. Arman percaya dengan Unlce, sebab itu Arman tahu suatu hari nanti, semua akan terjawab, and now we are here,” Syed Arman sekali lagi memeluk Dr Malik dengan penuh kesyukuran.
“Maaf sebab Uncle tak boleh beritahu, sebab uncle nak Arman ingat Nurlisa sendiri. Alhamdulilah, semua ini takdir Arman, Uncle cuma menjadi sebab dalam cerita Arman dengan Lisa,” Dr Malik kembali memeluk Syed Arman, jejaka tampan yang sangat merendah diri, tetapi terjerat di dalam takdirnya sendiri.
“Babah, abang Adam and Teha juga, thanks juga for being here for me. Lisa terasa sangat disayangi masa kerja kat Endah Holdings. Abang Adam always support Lisa, kalau pun masa tu kena buli dengan suami sendiri,” Nurlisa tersenyum apabila melihat mata bahagia mereka.
Dia juga mempunyai mata bahagia, sama seperti mereka.
“Ibu, Ammar, terimakasih juga sebab ada dengan Lisa semasa Lisa memerlukan. Terima kasih untuk semua kasih sayang untuk Lisa,” Nurlisa memeluk ibu mertuanya, menyapu airmata jernih mengalir di pipi ibu mertuanya.
“Eyad, come here, Ibu nak kenalkan seseorang yang penting dalam hidup ibu dengan Ammar,” Puan Embun memanggil anak pertama dengan suara ibu yang penuh kasih sayang.
Terlihat Syed Arman sedang mencium anaknya, setelah selesai menyalami semua tetamunya.
“Eyad, kenalkan Uncle Lee, bapa saudara Eyad,”
“Abang, ini Syed Arman, anak saudara abang,”
Syed Arman menyalami bapa saudaranya yang membawa wajah Chinese yang tebal.
“Uncle, maaf sebab tadi Eyad tak nampak Unlce. Terimakasih Uncle sebab jaga ibu, jaga Ammar,” mereka berpelukan, Syed Arman merasa kasih sayang bapa saudaranya mengalir laju di dalam dirinya.
“Ok…jom kita ke ruang tamu dulu, sementara tunggu Mak Zah siapkan dinner. Lepas maghrib kita solat Jemaah, lepas tu boleh dinner,” Syed Awaludin yang bersuara apabila sessi meluah perasaan selesai.
“Mommy, this is for you, from Daddy,” Eiman menghulurkan jambangan bunga untuk Nurlisa, seperti yang di arahkan oleh Syed Arman.
Nurlisa terkejut melihat huluran bunga dari anaknya, sementara itu dia melihat suaminya tersenyum gatal di sisi anaknya.
“Malam nanti, boleh Eiman tidur dengan mommy? or Daddy also tidur dengan mommy?,” Eiman mengambil tempat di sisi ibunya sambil memeluk lengan Nurlisa.
Syed Arman tersenyum melihat kekalutan isterinya untuk menjawab pertanyaan anaknya. Wajahnya isterinya membakar menahan malu.
“It’s ok, Eiman can sleep with Mommy, Daddy tidur kat sofa, or we can sleep together in the same bed. Is that ok?,” Syed Arman menduga anaknya, tetapi suaranya sangat gentleman.
Semua mata tertumpu kea rah Eiman, menunggu balasan dia kepada dadddynya.
“Boleh Daddy, kena ask permission from mommy first. Eiman tak nak Daddy tengok Mommy nangis malam malam nanti. Daddy need to know how to calm down mommy. Later Eiman boleh teach Daddy how to pujuk Mommy, don’t worries,” Anak kecil yang tidak tahu apa apa itu berkata dengan petah.
Dia berada di tengah tengah ibu dan bapanya, dah terlihat dia sangat bahagia.
Perkataan telus daripada anak kecil itu mengundang sebak kepada Syed Arman dan yang lain, tetapi Nurlisa kelihatan sangat tenang. Dia tahu ada ketika dia tewas dengan rindunya kepada suaminya, dia menangis di dalam solatnya, tetapi dia mengejutkan anaknya.
Dia ingat bagaimana Eiman memeluk daripada belakang, menyuruhnya bersabar, menasihatinya jangan menangis, menanyakan sakitnya di mana supaya dia boleh meletakkan ubuat di tempat sakitnya.
Anak kecil itu sangat petah.
Syed Arman memeluk anaknya kemas, dia terlibat sebak sekali lagi, airmatanya deras mengalir di pipinya.
Semua di ruang tamu itu memandang sambil menyapu airmata, mereka turut sama sebak.
“Sayang, mana ada mommy nangis, that time mommy selsema, then Eiman dengar macam nangis, Eiman dah janji nak simpan rahsia dengan mommy, nanti mommy nak denda la Eiman, tak boleh simpan rahsia ni, jangan nanti mommy cerita rahsia Eiman pulak,” Nurlisa mencubit pipi anak kecil itu dengan penuh sifat keibuan, dia menahan diri daripada menangis, walaupun airmata sudah berkaca.
“Sorry mommy, jangan cerita pasal Eiman please, and jangan la denda Eiman……Daddy, please cakap mommy, jangan denda Eiman,” Anak kecil itu memeluk Syed Arman dengan ketawa yang sangat bahagia.
“Eiman, kalau mommy denda Eiman, cakap Tok Babah, nanti Tok Babah cakap dengan Mommy,” Syed Awaludin menyambuk bagi melegakan suasana yang tenggelam di dalam kesedihan.
“Same here, Eiman boleh cakap dengan tok ibu, nanti tok ibu cakap dengan mommy,” Puan Embun juga menyambuk apabila melihat anak kecil itu kelihatan bersalah.
“Eiman, nanti tidur bilik Pak Long lah, bilik Pak Long besar, nanti kita boleh main game dulu sebelum tiudr, pak long ada game baru,” Syed Adam juga bersuara, supaya kesedihan adiknya dapat dikurangkan.
“Boleh la Pak Long, malam ni Eiman tidur dengan Pak Long,” Eiman menunjukkan tanda bagus kepada Syed Adam dengan mata yang galak, tanpa dia tahu Daddynya tenggelam di dalam kesedihan.
“Ouh, one more thing, Papa and Mama cerita kat Eiman pasal Mommy and Daddy. Mama kata sebelum Eiman lahir ke dunia, Eiman tinggal dalam perut Mommy for 9 months, jadi Mommy adalah ibu kandung Eiman, and Daddy work kat UK, and now baru Daddy balik, Papa kata Eiman kena tinggal with Mommy and Daddy after this. Boleh ke Daddy?,” suara petah itu sekali lagi mengonyang jiwa Nurlisa dan Syed Arman.
Syed Arman memandang Abang ipar dan isterinya, dia terpaku apabila mendengar cerita Eiman.
Begitu juga dengan Nurlisa, dia memandang Melissa dan Abangnya dengan airmata yang berlinang.
Edrus dan Melissa mengangguk perlahan, kelihatan Melissa menutup bibirnya menahan sebak.
“Ofcouse Eiman boleh tinggal dengan Daddy, Daddy more than happy sayang,” akhirnya esakan Syed Arman sekali lagi kedengaran. Dia memeluk Eiman dan Nurlisa, melindungi mukanya di belakang isterinya, tetapi esakan jelas kedengaran.
Puan Embun bangun dari duduknya dan memeluk Syed Arman kemas, sebak dia melihat anaknya menangis tersedu sedan.
“Terimakasih Kaklong, Terimasih abang long, adik tak tahu nak cakap apa lagi. Adik bertuah kan? Abang dan kaklong sanggup berkorban apa sahaja untuk adik. Adik berhutang nyawa dengan kaklong, adik berhutang nyawa juga dengan abang long,” Nurlisa bangun dan memeluk Edrus dan Melissa kemas.
Seluruh isi rumah menangis sebak, termasuk Uncle Lee yang masih di sofa, dia menyapu airmata perlahan, sebak melihat anak saudaranya yang menderita disebabkan oleh dengki manusia. Dia sendiri mengikut kisah anak saudara dan memastikan adiknya mendapat pembelaan yang baik. Dia juga punya sebab untuk melindungi Embun daripada Syed Awaludin.
“Daddy, Eiman tak bawak banyak baju. Nanti kita kena shopping baju Eiman ya, tapi kalau ada masa, Eiman nak visit tokdaddy and tokmommy kat Jakarta. Eiman missing them so much,” sekali lagi anak kecil itu bercakap dengan mata yang bersinar.
“Boleh sayang, kalau Daddy and Mommy busy, Aunty Teha pun boleh bawak Eiman ke Jakarta, with Uncle Ammar sekali. Kan Uncle Ammar?,” Sharifah Teha sedari tadi menjadi CCTV bersuara, kerana dadanya hampir pecah menahan sebak, basah tisu di tangannya dengan airmatanya.
“Mestilah, Uncle Ammar nak pergi shopping jugak kat sana. Nanti Eiman bawakkan Uncle jalan jalan ya,” Syed Ammar bersuara, juga melepaskan sebak di dadanya.
“Abang Lee, jomlah kita berjemaah dulu, Zah dah siap masak tu,” Syed Awaludin mengampiri bekas abang iparnya, dengan penuh sopan.
“Daddy, boleh kita baca Yassin for Arwah Sharifah Sakinah, kita buat doa selamat untuk umi jugak,” Nurlisa bangun dari duduknya sambil menghulurkan tangan kepada suaminya.
“I love you,” dia dapat melihat bibir suaminya mengucapkan cinta padanya, dengan mata yang masih basah.
“I love you more and more,” Nurlisa membalas dengan gerakan bibir yang juga masih basah dengan airmatanya.
“Boleh sayang, siapa yang lead doa selamat ni? Syed Ammar lah ya, Babah tak pernah lagi dengar Syed Ammar mengaji ni, boleh anak teruna Babah?,” sedari semalam semua sudah mula memanggil Ammar dengan panggilan Syed Ammar, dan Syed Ammar sangat bahagia dengan panggilan itu.
“Boleh Babah, Insyallah,” Syed Ammar sudah biasa dengan sekolah tahfiz, jadi menjadi imam atau mengetui tidak menjadi isu besar kepadanya.
*********************************************************
Selesai makan malam, mereka sekali lagi berkumpul di ruang tamu, gelak ketawa mereka menjadi saksi bahagia mereka.
“Eiman ngantuk lah Daddy, Eiman nak tidur kat riba Daddy boleh,” Syed Eiman sekali lagi bersuara, apabila melihat Daddnya memeluk Mommynya.
“Boleh sayang, come here, atau Eiman nak tidur dalam bilik?,” Syed Arman mencapai badan kecil anaknya dan memeluknya kemas.
“Tak nak, nak tidur sini,” Syed Eiman mencapai tangan Nurlisa dan mencium perlahan.
“Good night mommy, Eiman ngantuk sangat ni,” Nurlisa bahagia melihat Syed Arman tidak merenggang dengan Syed Eiman.
“Lisa, kaklong nak beritahu something. Semua dah tahu kecuali Lisa dengan Arman,” Melissa bersuara apabila melihat Eiman sudah terlelap di ribaan Syed Arman.
“Apa tu kaklong, jangan buat Lisa takut,” Nurlisa menumpukan perhatian kepada kakak iparnya, dengan penuh kerutan di dahinya.
Melissa memandang suaminya meminta izin dan suaminya mengangguk perlahan.
“Kaklong pregnant, dah 12 minggu, anak kembar, IVF kaklong berjaya dik,” Nurlisa terus bangun dan memeluk kakak iparnya.
“Ya Allah kaklong, congrats kakak, adik happy sangat for kakak, congrat abang long,” Nurlisa juga memeluk abang nya dengan kesyukuran yang tidak putus di bibirnya.
“Tahniah abang long, Tahniah kaklong,” Syed Arman bangun dan menmeluk abang iparnya dan dia akan berhutang nyawa sampai bila bila.
“Eiman dah tahu ke kaklong?,” Nurlisa bertanya apabila melihat lena anaknya di sofa mewah itu.
“Dah, dia yang first tahu sebab kaklong muntah teruk, kaklong minta dia rahsiakan from Lisa. Nasib baik dia menurut jer, kaklong bukan tak nak Lisa tahu, tapi Lisa sendiri tengah struggle masa tu, jadi kaklong nak biar Lisa settle semua dulu,” Melissa kembali duduk di samping suaminya.
Akhirnya Allah mendengar doanya agar memberi zuriat kepada kakak ipar dan abangnya.
******************************************
Mereka sambung berborak, bercerita tentang kisah silam yang menyakitkan, saling meminta maaf untuk semua khilaf mereka.
“Ibu, Adam nak cakap sikit boleh?,” Syed Adam menghampiri Puan Embun dan melabuhkan punggungnya.
“Kenapa Adam, jangan minta izin, Adam boleh bercakap apa sahaja dengan ibu,” Puan Embun memandang Syed Awaludin kehairanan.
“Adam nak pinang ibu untuk Babah, sudi ke ibu bernikah semula dengan Babah. Umi Adam meminta Adam menyempurnakan pinangan ini, kerana Umi ingin menebus semua dosanya kepada ibu,” Syed Adam mengeluarkan cincin permata yang sangat mewah dan menghulurkan kepada Puan Embun.
“Cincin ni Umi yang pilih kat Terengganu, kerana menurut Umi, masa nikah dulu, Babah tidak beli cincin untuk Ibu. Jadi umi nak Adam sempurnakan apa yang kurang masa ibu menjadi isteri Babah dulu,” Syed Adam melutut di hadapan sambil menghulurkan cincin itu.
Semua di ruang tamu itu terkejut dengan tindakan Syed Adam kecuali Uncle Lee.
“Terimalah Embun, Adam dah bincang dengan Abang semalam. Semasa dia sampai dari Terengganu semalam, dia dah cerita kat abang. Jadi abang izinkan. Abang minta maaf kerana selama ni abang kongkong hidup kamu, jauhkan kamu dari Awal dan Arman. Kali ini abang nak kamu bahagia,” Lee bersuara apabila melihat sebak di mata Puan Embun.
Syed Awaludin juga terkedu melihat tindakan Syed Adam. Dia menjadi kaku di sofa, yang kedudukan dekat dengan Lee.
“Adam minta maaf sebab tak discuss dengan Babah, tapi Adam tahu apa di dalam hati babah,” Syed Adam menambah kata apabila melihat sebak di mata Babahnya.
“Terimalah Babah ibu, Umi pasti punya sebab untuk berbuat begitu,” Sharifah Teha menyampuk apabila melihat Puan Embun masih berkesima.
Puan Embun sudah memegang tangan Syed Adam untuk duduk di sofa disebelahnya.
“Ibu jangan risau pasal umi. Umi sudah melupakan hal dunia. Umi tidak lagi seperti dahulu. Umi ingin menebus semua salah dia kepada semua orang, jadi Adam harap ibu sudi maafkan umi dengan menerima pinangan ini,” Syed Adam mengeluarkan cincin itu dan menghulurkan kepada Sharifah Teha.
“Teha sarung cincin kat tangan ibu ya, no need to say yes, ibu cuma senyum kat Teha, that one tanda setuju,” Sharifah Teha melihat senyuman di bibir Puan Embun dan dengan penuh santun, dia menyarungkan cincin itu ke jari Puan Embun yang menjadi ibu tirinya.
“Alhamdulilah, Tahniah ibu,” mereka semua bersama sama mengucapkan syukur dengan persetujuan Puan Embun.
“Tahniah Ibu, Arman dengan Lisa tumpang happy untuk ibu, untuk Babah jugak,” Syed Arman memandang wajah bahagia ibunya, tetapi di dalam masa yang sama dia mencari sayu di dalam wajah Syed Adam, tetapi kesayuan itu tidak kelihatan.
“Abang, thanks kepada bahagiakan ibu, aku terhutang budi dengan abang dan umi,” Syed Arman memeluk abangnya dengan penuh rasa hiba.
Syed Adam membalas pelukan adiknya yang selama ini banyak menderita kerana uminya. Dia akan berbuata apa sahaja untuk membahagiakan adiknya.
“Kamu berhak bahagia dik, abang sanggup berbuat apaa sahaja untuk kebahagian kamu,” Syed Adam berbisik ke telinga Syed Arman.
“Tahniah Tuan Syed, saya dan isteri tumpang bahagia,” Dr Malik menghampiri Syed Awaludin dan kelihatan teruja dengan adegan yang di wujudkan oleh Syed Adam.
“Babah dan umi jangan risau pasal majlis. Adam dengan Teha dah plan, PA Babah dengan PA Adam akan tolong uruskan. Cuma tak sure Babah dengan umi kena pergi kursus kahwin tak, will check with Pejabat Agama nanti. We plan in 3 weeks, majlis akan berlangsung kat Janda Baik, Uncle Lee minta Adam buat majlis kat sana,”
“Adik yang akan buat baju Babah dan Umi nanti, Adik juga akan make sure majlis akan sempurna,” Sharifah Teha juga nampak bahagia.
Syed Arman cuma mencari derita di dalam senyuman Syed Adam dan Sharifah Teha, tetapi tidak terlihat di mata mereka.
“Babah ikutkan sahaja kata anak anak, terimakasih Embun sebab sudi terima abang semula, abang berjanji akan tebus semua salah abang,” Syed Awaludin bersuara perlahan sambil memandang bakal isterinya.
Seisi rumah mendengar kata kata Syed Awaludin dan mereka juga bahagia.
*******************************************
Jam menunjukan pukul 1 pagi
Selepas tidurkan Nurlisa, Syed Adam menapak ke bilik Syed Adam. Dia perlu bercakap empat mata dengan abangnya.
“Abang, boleh aku masuk,” Syed Arman tidak menunggu suara abang menjawab, dia terus masuk dan duduk di sofa abangnya.
“Abang, apa khabar umi? Kenapa abang buat begitu kalau itu akan menyakitkan hati umi. Abang kena fikrikan hati umi jugak, umi pun menjadi mangsa kat sini,” Syed Arman meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Syed Adam bangun dan bersama sama duduk di sofa dengan Syed Arman.
“Sudah hampir 4 tahun rasanya babah bercerai dengan umi, jadi Ibu tidak merampas sesiapa. Abang tak nak kamu fikir yang bukan bukan, abang cuma nak kamu tahu, abang buat semua ni untuk umi. Hati umi tidak tenang, dia teringat semua dosa dosa dia, jadi dia sedang membayar semua kesalahannya. Abang nak kamu faham,”
“Kejap, Babah bercerai dengan Umi? Bila? Kenapa?,” Syed Arman terkejut mendengar cerita cerai itu
“Ada banyak yang umi ceritakan pada abang, tetapi some of the story tu adalah membuka aib umi. Abang akan simpan semua aib umi dalam hati abang. Abang nak kamu tolong abang hilangkan resah umi. Kita semua kena setuju dengan umi, dalam masa yang sama kita bahagiakan Babah dan Ibu,”
Syed Adam berkata perlahan, dia juga sudah mengetahui tentang taraf dirinya, juga juga sudah mengetahui sisi gelap uminya, dia tahu kesemuanya. Sepanjang berada di Terengganu, dia memberi ruang kepada ibu yang melahirkan untuk bercerita, dari sudut hatinya, supaya dia dapat faham apa yang sebenarnya berlaku.
Dia juga sudah berjumpa dengan Babahnya, meminta maaf kerana selama ini dia berlagak seperti anak kandung tanpa dia ketahui kisah sebenarnya.
Permintaan Babahnya agar merahsiakan daripada semua orang. Selamanya dia akan menjadi anak kepada Syed Awaludin, abang kepada Syed Arman dan Syed Ammar juga Sharifah Teha Delina.
Syed Arman berlalu setelah dia dapat memastikan bahagia abangnya apabila berbuat begitu.
*******************************************
Sebulan berlalu
Majlis perkahwinan Syed Awaludin dan Puan Embun berlangsung dengan penuh meriah. Majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat untuk memberi makna yang sangat besar kepada mereka sekeluarga.
“Babah akan tinggal dengan ibu kat Janda Baik, jadi Adam kena tolong Babah jaga syarikat ya. Arman dan Nurlisa akan tinggal kat Arau, monitor Sekolah Tahfiz and Yayasan Endah. Rumah banglo yang syarikat beli untuk jadikan office tu akan siapkan dalam masa 4 bulan lagi. Jadi sementara tu boleh tinggal kat banglo Arau. Ammar tunggu panggilan houseman, sementara tu boleh tolong ibu uruskan resort. Babah dengan ibu tak nak kerja dah, kami nak honeymoon,”
Itu kata ayahnya semasa mereka makan malam di resort Janda Baik.
**********************************************
Suasana hijau di resort itu mengudang jiwa romantic kepada Syed Arman dan Nurlisa.
“Sayang, Eiman dan tidur tu, jom lah kita bersiap untuk appointment kita. Dari semalam sayang tak layan abang, sebab busy dengan majlis babah, sayang hutang 2 hari dengan abang. Abang nak kiss sayang pun tak sempat,” Syed Arman seperti biasa merengek dengan jiwa cinta yang menggila dengan isterinya.
Setiap masa dia melihat wajah seksi isterinya, yang mengundang jiwa jantannya tidak keruan.
“Sayang dengar tak abang cakap ni? Abang nak kiss, lepas tu uhmm uhmm dengan sayang, please….,” Syed Arman mencapai tangan isterinya yang menjeling manja sambil mengigit bibirnya.
“Abang, Sofea penat ni, abang tu dah kenapa, setiap hari nak uhmm uhmmm dengan Sofea, lepas ni tak cukup satu kali, abang kesianlah kat Sofea ni, lepas tu goda Sofea dengan dada abang tu, dengan bibir abang tu, yang jadi mangsa Sofea ni, bukan abang,” Nurlisa bangun dan mendekati suaminya dengan penuh manja.
“Eleh, sayang pun suka goda abang. Abang dah kata kalau pakai bra, jangan depan abang, sayang pakai depan abang juga, dengan half cup, canne abang tak terliur. Tengok pun dah hampir sasau, itu belum pegang lagi,” Syed Arman menarik isteri ke dalam pelukannya.
Dia mengomoli isterinya dengan nafas yang menggila.
“Jom kita appointment kat bilik air, abang takut Eiman terjaga, sat gi terbantut pulak macam hari tu,”
Mereka menjalani hidup dengan penuh bahagia. Tempoh 6 tahun yang derita sudah mereka lupakan, apabila pelangi yang muncul tidak dapat mereka nafikan kecantikannya.
Allah itu Maha memberi Bahagia, derita itu bukan selamanya milikan mereka.
TAMAT
Nota Penulis,
TERIMAKASIH UNTUK PEMBACA YANG SETIA MENUNGGU, SAYA SAYANG ANDA SEMUA.
Alhamdulilah, saya berjaya labuhkan tirai untuk GH. Chapter 1 di upload pada 30 June 2020 and chapter penamat [bab 86] adalah pada July 2021 – GENAP setahun GH berada di NP.
Perasaan saya?
Saya menangis apabila menaip bait bait dalam bab yang terakhir. Kisah yang sangat sebak untuk diakhiri.
Bersyukur, sangat bersyukur kerana saya mendapat feedback yang baik, kata kata semangat, comment yang baik dan penuh damai. Sesungguhnya Allah menyatukan kita di sini, di NP dengan GH.
Untuk yang sedang struggle untuk mencari bahagia, jangan pernah putus asa.
Derita itu bukan milik kita selamanya. Allah pasti memberi jalan untuk kita mengapai bahagia.
Jangan pernah berniat untuk menamatkan nyawa anda dengan jalan yang salah.
Kalau penat, berhenti sekejap, ambil kekuatan dan bergerak lagi.
Semoga Allah memberi bahagia kepada kita semua.
Jangan lupa untuk komen dan donations ya, bukan sahaja untuk GH, tapi untuk semua novel online yang kalian baca, donations is appreciation untuk penulis yang telah memberi jiwa kepada setiap novelnya.
Penulis GH
Cik Syid
Share this novel
tq for a very interesting story
best gilee novel ni...tahniah ciksyid... saya lambat membaca tapi...tak tahu nak kata apa novel ni memang bast..
Alhamdulilah...terima kasih ciksyid..happy ending..boleh senyum sampai ke pipi