BAB 4

Romance Series 2421

Isaac terus berdiri dan Sara mengecam muka Isaac yang dia pernah berjumpa dengannya sebelum ni. "Kat mane saya jumpa awak ehh?" kata Sara menanyakan soalan itu sekali lagi. "Nama awak sape?" Isaac terus bertanyakan nama dengan nada yang saspen. "Saya Sara dan ni sahabat saya Rina",Sara memperkenalkan dirinya dengan Rina. "Saya Isaac,ini kad saya,kalau awak ingat di mana kita pernah jumpa,telefon je nombor saya ni",kata Isaac dengan tenang.

Isaac terus beredar dari tempat kemalangan yang menimpa dia. Lalu,Sara menghantar Rina ke rumah dengan segera kerana terlambat untuk makan tengah hari. Dia sudah berjanji dengan Mak Leha untuk balik awal sebelum makan tengah hari. Tibanya di rumah,dia segera naik ke atas untuk menukar pakaian. Mak Leha baru keluar dari biliknya melihat karenah anak majikannya itu.

Setelah selesai makan tengah hari,Sara menolong Mak Leha mencuci pinggan mangkuk yang ada kat sinki. Mak Leha berasa senang hati kerana anak majikannya rajin menolong membuat kerja² di rumah. Sara memikirkan perkara yang membuat dia keliru sehingga dia tertidur hingga malam. Pada malam itu, Mak Leha mengejutkannya bangun dari tidur untuk mandi dan makan malam. Setelah selesai makan bersama Mak Leha, dia terus naik ke atas.Semasa hendak naik ke atas, Mak Leha ingin menanyakan something kepada Sara.
"Sara?"sapa Mak Leha dengan nada yang rendah. "Ade apa Mak Leha?"tanya Sara yang tengah saspen sekarang ni. "Kenapa Sara balik lambat dan laju naik ke atas? "tanya Mak Leha. Sara diam seketika. "Sara berjumpa dengan sahabat lama Sara". "Siapa? "tanya Mak Leha yang ingin tahu. "Rina anak Pak cik Osman tu..,"kata Sara kepada Mak Leha. "Rina anak Pak cik Osman.., ohh anak Pak cik Osman yang sekelas dengan Sara semasa sekolah menengah tu ke?". "Ye Mak Leha, Rina tu lahh, "kata Sara dengan penuh yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience