BAB 7

Romance Series 2421

Dari pagi lagi Isaac dah tercegat di pintu pagar rumah Sara. Mak Leha yang menyiram pokok bunga di halaman rumah,hairan melihat lelaki itu berdiri di pintu pagar rumah tersebut. Mak Leha terus menuju ke arah lelaki itu. "Encik? Encik cari siapa?",kata Mak Leha. Isaac yang berdiri di situ tengah termenung. "Encik?" sapa Mak Leha kedua kali dan Isaac terkejut sebab Mak Leha di depannya sekali.

"Encik cari siapa?" tanya Mak Leha sekali lagi. "Saya cari Sara" kata Isaac dengan spontan. "Encik ni siapa pula?" kata Mak Leha yang tak puas hati. "Ish..mak cik ni,dh macam polis nak siasat aku" bisik hati Isaac. "Saya kawan lama Sara semasa kolej dahulu. Nama saya Isaac anak Hassan" Isaac terus memperkenalkan dirinya supaya Mak Leha tidak memberinya soalan yang banyak lagi. "Sara dah bangun ke mak cik?" tanya Isaac yang dah lama tunggu si Sara ni.

"Dah bangun dah, tadi semasa Mak Leha naik ke atas, dia sedang mandi. Mungkin belum siap agaknyee. Encik Isaac tak nak masuk ke dalam?" kata Mak Leha yang menjemput Isaac masuk ke rumah untuk menunggu Sara di dalam. "Boleh juga kalau mak cik izinkan saya masuk",kata Isaac sambil senyum tersipu malu. Mak Leha menghidangkannya segelas kopi sambil menunggu Sara bersiap.

"Mak Leha naik atas kejap nak panggil Sara, yang encik sedang menunggu di bawah",kata Mak Leha. "Baiklah mak cik". Mak Leha terus naik ke atas untuk memberitahu yang seseorang sedang menunggunya di bawah. Tibanya Mak Leha di pintu bilik Sara, lalu Sara membuka pintu biliknya dan terkejut melihat Mak Leha berada di depan pintu biliknya. "Kenapa Mak Leha ada di depan pintu bilik Sara?" kata Sara yang masih terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience