Bab 5

Romance Series 15787

Selesai menunaikan solat Maghrib bersama Asyraf.Dia bangkit melipat telekung tanpa menghiraukan Asyraf.Lelaki itu seperti ada sesuatu ingin diperkatakan.

"ermmm,kau taknak salam aku ke?" tanya Asyraf.

Salam?aku tak salah dngarkan??knapa dengan dia harini?

Bertubi2 soalan masuk kedalam benaknya.

Syirah menghampiri Asyraf lalu tunduk menyalami Asyraf.Lelaki itu balas dengan mengusap kepalanya yang dilapik tudung.Ya,Asyraf pernah nmpak rambutnya sekali sahaja.Itupun sewaktu dia di ruang tamu tadi.Memikirkan hal itu,Syirah termalu sendiri.

Lantas dia meletakkan belakang tapak tangan di dahi lelaki itu.Panas!

Demam rupanya,patut la perangai tak macam selalu.Asyraf pula memandang dengan seribu satu tanda soal.

"Apa?" kata Syurah setelah lihat Asyraf tenung dia begitu,tak betah diperhatikan dia melangkah keluar dikuti Asyraf.Tetapi langkah lelaki itu menuju ke biliknya.

"dia ni demam ke?.Muka pucat semacam aje aku tengok."Syirah mengambil ubat demam dari kabinet dapur.Langkah diatur ke bilik Asyraf.

tok tok!mengetuk beberapa kali,masih tiada jawapan.Dia meredah masuk.Bilik itu kelam.Isyhh,dia ni tak reti bukak lampu ke??

suis lampu dibuka,terang benderang bilik yang tadinya kelam.Dia terpandang Asyraf yang terbaring lemah diatas katil.

Dia membangunkan Asyraf." wei,bangun makan ubat.Kau demam kan?"katanya sambil tangan sibuk menggoncang bahu Asyraf.

Dia membuka mata,pedih matanya ditusuk cahaya terang."isyy,kau nk apa?".

"Nah,makan ubat ni." Syirah meletakkan ubat diatas meja disebelah katil.Dengan pantas dia bangun dan melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience