Dingin tapi Sayang

Romance Series 15787

"Papa minta satu je dari Syira,kahwin dengan Abang Asyraf?"
Terngiang2 kata papanya tiga minggu yang lalu.Akibat permintaan karut papa angkatnya itu,dia bakal dihijabkabulkan hujung minggu ni.Luluh hatinya,kerana dipaksa kahwin dengan orang yang tidak dicintai.Bukan setakat tidak berapa kenal malah benci adalah.

Asyraf Raiz.Abang angkatnya.Abangnya sangat benci akan dirinya sewaktu dia diambil oleh mama dan papa.Ibu dan ayahnya merupakan rakan baik serta rakan kongsi dalam syarikat yang diterajui bersama.Tetapi,apakan daya.Tuhan lebih menyayangi orang tuanya.Mereka kemalangan sebulan lalu dan kata doktor kecederaan mereka terlalu parah,tiada apa yang mereka dapat lakukan

Belum kering air matanya menangisi pemergian mereka,dia didugai dengan cabaran baru.Dia buntu.Mahu menolak dia tidak sampai hati melihat muka berharap papa,mahu terima,masalahnya dengan Asyraf belum selesai.Bagaimana mahu dihijabkabulkan jika tiada siapa yang rela.Ya,Asyraf juga seperti dia,tetapi Asyraf membangkang depan2,dia hanya menolak di dalam hati.

"Arghhh,serabut!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience