Rate

BAB 2

Drama Completed 402

Kacak betul si Hairi ni..mahu cair hati aku yang satu ini, tapi untuk aku mengahwininya terasa jauh panggang dari api.
“Kenapa ya..Jane sekarang menjadi seorang yang begitu pendiam!!” Aku telan air liur..Mana pula dia tahu aku ni jenis yang pendiam..Lagaknya..macamlah dah kenal aku lama.
“Tak sangka bila dah lama tak bertemu dengan Jane ..Jane jauh berubah..semakin ayu….cantik..sejuk mata memandang”
Sepatah demi sepatah pujian yang Hairi berikan cuma membuatkan aku semakin sesak nafas..
“Mana Hairi tahu tu semua..Hairi memang dah lama kenal dengan keluarga Jane ?” potongku supaya nafasku yang tadi sesak tidak semakin sesak..
“Dulu..lama dulu..tapi Hairi lebih kenal Jane daripada keluarga Jane ..Jane yang dulu selalu berlagak macam budak lelaki dan selalu buli abang!!”
‘Aduh!!Bila masa pulak aku jadi kaki buli ni..tapi….Buli? Abang? Takkanlah dia…
“Tapi sekarang abang akan pastikan Jane takkan buli abang lagi!!”
“abang Iz..” itulah nama panggilannya dulu..Hairi Izham..
“Ingat Jane dah tak ingat dah pada abang!!”
‘Mana mungkin aku lupa pada budak lelaki yang selalu temankan aku main bola sepak..masuk hutan!! Ingat-ingat balik, buat malu aje. Ye la..mainnya lasak mengalahkan budak lelaki!!’
“Sekarang main bola sepak lagi ke?atau sering paksa orang masuk hutan??”
“Sekarang dah tak boleh…lama dah tak buat macam tu, ibu marah!!tapi kalau masuk hutan tu..ada jugaklah…tapi ramai-ramai”
“That’s my girl..I miss it so much..nanti-nanti kita masuk hutan sama-sama ya!”
“Tak boleh!!nanti ibu marah” dan dia ketawa senang
“Jane …abang ikhlas mahu ambil Jane sebagai isteri..Jane macam mana?”
“Se..sebenarnya semua ni datang mendadak aje..Terus terang Jane katakan, Jane belum bersedia..Malah Jane yang abang kenal dulu dan Jane sekarang jauh berbeza”
“Tapi bagi abang..Jane tetap Jane ..”

Setelah yakin dengan keputusan yang akan kuambil..akhirnya aku nekad menerima Hairi sebagai teman hidupku. Bagiku, pilihan mama dan papa adalah keputusan yang tepat untukku. Dan Kak Zayniah nyata gembira dengan keputusanku ini walaupun impiannya baru sahaja hancur. Tidak kusangka selepas itu kunjungan keluarga Aazief yang tiba-tiba itu membuatkan hidupku huru-hara malah semua rahsia aku dan Aazief terungkai sudah. Nyata ia mengejutkan mama,papa serta Kak Zayniah ..malah tempiasnya sampai juga pada tunanganku… Puas mama dan papa memarahiku kerana berahsia..kuingatkan hidupku akan dilanda gelap segelapnya namun, jauh dari jangkaanku…mama dan papa lebih menerima penjelasanku dari segala-galanya malah Kak Zayniah pula menyalahkan dirinya kerana merampas Aazief padaku..namun..Kak Zayniah bukan perampas..dia adalah mangsa keadaan..Papa dan mama pula kini meletakkan segalanya kepadaku sama ada aku mahu Aazief sebagai teman hidupku atau Hairi…

“Jane minta maaf sekiranya kisah silam Jane mengecewakan abang Iz..Jane tak salahkan abang Iz sekiranya abang Iz marah atau berdendam dengan Jane ”
“Abang tak kisah tentang kisah silam Jane ..Cuma abang ingin tahu, adakah abang ada di hati Jane …atau abang sekadar penyelamat keadaan??”
“Abang Iz mahu tahu yang benar??”
“Ya..walaupun ia amat menyakitkan…abang akan terima”
“Ya..abang sekadar penyelamat keadaan..”
“Cukup!!”
“Jane belum habis lagi!!”
“Abang penyelamat, abang pelindung..dan abang jugalah yang ada di hati ini”

Ya..itulah kebenarannya..Semuanya kerana Aazief ..Jika tidak kerana Aazief aku tidak akan menyedari hakikat ini..Ternyata Hairi Izham tercipta untukku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience