Rate

BAB 1

Drama Completed 402

Di mana ingin ku melarikan diri sekiranya dia sejak kebelakangan ini sering wujud di depanku..Suratan hidup menemukan aku dengan Aazief sebagai kekasih..dan sekarang dia bakal menjadi tunangan saudara terdekatku…darah dagingku sendiri..kakakku..Zayniah Azure .

Memang kalau hendak dibandingkan antaraku…bagaikan langit dengan bumi bezanya..perwatakannya penuh dengan kesopanan dan tatasusila seorang perempuan..namun tidak aku..Kakakku terdidik dengan perilaku lembut..sopan, berbudi bahasa dan lengkap pakejnya sebagai seorang perempuan manakala aku sebaliknya..Kerana kelemahanku inilah aku ditolak mentah-mentah oleh keluarga Aazief …..Kukira dengan perpisahan antara aku dengan Aazief akan melenyapkan dia dari diari hidupku sekaligus menjarakkan hubungan yang tiada makna ini tetapi betapa terkejutnya aku bila aku tahu tunang kakakku adalah Aazief ..Salahku juga kerana aku tidak mengambil tahu siapa bakal iparku..yang nyata sekarang sudah terlambat untuk aku terangkan segalanya..Lantas kudiamkan diri ini..dan kerana itu jugalah aku selalu mengelakkan diri sekiranya ada acara keluarga yang melibatkan keluarga Aazief dengan keluargaku…

Aku mengasingkan diri dan perlahan-lahan aku merubah diriku untuk lebih baik..dan sekarang penampilanku juga berubah..tiada lagi baju dan seluar yang tidak cukup kain..dan auratku terjaga kini..
Aku berubah kepada kebaikan atas dorongan teman rapatku..
Sudah lama berlalu dan nyata aku tidak selamanya dapat mengelak dari bertemu Aazief …
“Jane ..”
“ Aazief ..apa khabar?” Kuajar diriku menjadi insan yang berhemah, berkat nasihat daripada rakan baikku sendiri yang selalu mendorongku malah ahli keluargaku sendiri terkejut dengan perubahanku yang sedrastik ini..
“Macam mana hidup you sekarang Jane ?”
“saya baik..alhamdulillah.. Aazief apa khabar?” mungkin kata-kataku membuatkan dirinya terkejut..kalau dulu sudah jenuh dia menasihatiku supaya berlemah lembut..nyata tak berhasil..
“You look different”
“Semua berubah..saya berubah..awak pun berubah..Asalkan untuk kebaikan..tak salah kan??”
“You tak sedih..kita berpisah begitu sahaja dulu?”
“Sedih…memang sedih. Mungkin itu dugaan untuk kita..jodoh, pertemuan..hidup, mati..semua di tangan yang maha Esa..Jane harap Aazief bahagia dengan hidup Aazief sekarang.. Aazief bertuah mendapat tunang sebaik Kak Zayniah ..”
“You kenal..Zayniah ??”
“Lebih dari kenal..Jane doakan Aazief bahagia..Jane ikhlas…kisah dulu, biarlah kita kuburkan sahaja..baik untuk kita semua”
“You nampak semakin tabah sekarang..”
“Ya…seharusnya Jane ucapkan terima kasih pada Aazief kerana memutuskan hubungan kita dahulu..Bukan niat Jane untuk memerli Aazief ..jauh sama sekali..Ya, tipulah kalau Jane cakap Jane tidak terasa apa-apa..tapi sekarang Jane redha…malah terasa tenang kini”
“I..I sebenarnya masih sayangkan you Jane ”
“Sayang tak semestinya bersatu…Jane sedar itu selepas kita berpisah..Jane pinta, hilangkanlah rasa sayang itu dan berikanlah kepada insan yang layak menerimanya daripada Aazief ..”
“apa kata kita kahwin Jane ” lantas saje pandangan mataku tepat ke mukanya..dengan kata lain..terlalu terkejut..
“ Aazief ..cukuplah Aazief mainkan perasaan Jane ..cukup!! Jane sekarang sudah lain..Masa yang berlalu tak boleh diputarkan balik..Terimalah kenyataan bahawa antara kita sudah lama berakhir..”
“Tapi I tak sayangkan dia..I sayangkan you!!”pedihnya hatiku mendengarkan kata-kata daripada Aazief ..Sekarang aku lebih sedih kerana ‘dia’ yang dimaksudkan itu adalah kakakku sendiri..
“ Aazief ..kenapa pendirian awak selalu berubah? Jika awak melakukan perkara ini, akan banyak perasaan yang akan terluka nanti!! Dulu awak boleh putuskan hubungan kita dalam sekelip mata..Saya akur dan terima walaupun sakit.tapi sekarang kalau awak kata menyesal pula? Awak memang tak patut buat macam ni. Ingat sikit yang awak tu tunangan orang. Dan kalau awak nak tahu lagi, tunang awak tu adalah kakak saya!! My own blood..Awak boleh sakiti saya, tapi bukan Kak Zayniah !!”
Aku menangis!!kenapa harus jadi begini!!

Kukira..ceritaku dan Aazief akan tamat begitu saja..tetapi mengapa dia sengaja menoreh kembali luka lama itu..Tanpa aku sedar, ia membawa kepada terputusnya pertunangan Kak Zayniah …Lelaki senang dalam membuat perhitungan..dan mangsanya..seorang wanita!!
“Jane ..ada orang datang merisik Jane seminggu yang lepas” Aku yang waktu itu sedang menonton terasa kepalaku dihempap batu besar..
“Merisik..un..untuk Jane ?”
“Em..ibu ingat majlis kahwin yang tak jadi tu kita ganti dengan majlis Jane ya!! Sebab ibu dan papa dah terima!!”
Adakah ini yang perlu aku tempuhi sebagai penyelesaian untuk mengelak dari Aazief .. Aazief kini selalu mengejarku..tetapi bagiku..antara kami sudah tidak mungkin bersama.
“Ibu..mana mungkin Jane macam ni..Jane muda lagi!!Lagipun Jane mana kenal pun!!”
“Ibu dah minta pun mama Hairi pertemukan kamu berdua..Esok Jane keluar dengan Hairi ya!!”
Siapa pulak Hairi ni!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience