Rate

2

Fantasy Series 478

       Daeyeol lihat tubuhnya. Berpakaian dunia dia. Baju yang dia pakai sebelum masuk ke dunia ni. T-shirt pendek ungu dan seluar legging hitam.

Keadaan agak samar kerana dilitupi pepasir bercampur angin.

Daeyeol aturkan langkah. Bebola mata diputarkan melihat sekeliling. Kosong dan sunyi.  Tiada apa!  Cuma berpasir seperti tiada berpenghujung.

Kepala didongakkan ke atas. Langit biru diselangi awan-awan putih. Cantik!  Seperti di dunianya.

"Ah, tempat apa ni?"

Minda daeyeol bingung. Dimanakah dia sekarang.

Tiba-tiba tanah bergegar. Tubuh dia jadi  tidak seimbang. Mujur sempat dia menahan diri.

Ada sesuatu lompong besar terhasil di hadapannya. Uh!  Hampir menjatuhkannya.  Daeyeol segera berlari, kakinya hampir tergelincir setiap kali masuk ke dalam disebabkan lompong yang terus bergerak membesar.

Warghzzz!

Melopong luas mata dia saat melihat seekor raksaksa biru berfizikalkan naga muncul.

Kaku terus tubuhnya.

"Aish, takkan  stage awal dah ada rasaksa besar. Aku kan pemula!  Amateur pun tak sampai lagi."

"Hiyah!"

Shrink!

Bunyi libasan pedang dan jeritan bersatu.

Melopong luas mulut daeyeol melihat seseorang melompat di udara lalu membelah rasaksa tadi sehingga menjadi dua.

Warghzzz! Teriakan kuat raksaksa itu sebelum lenyap bergema.

Daeyeol menutup telinga kerana  jeritan itu terlalu kuat hingga menghasilkan gelombang.

"Kau okay?"

Daeyeol mengangguk tenang.

Atas bawah tubuh lelaki itu dilihat.

"Aku mingyu!" Tangan dihulurkan

"Eh, ulgo sipji anha..."

Blur terus mingyu dengar nyanyian Daeyeol.

Dah kenapa budak ni?

Menyedari dirinya mengundang pelik. Daeyeol cepat cepat kembali menjadi dirinya.

"Aku Daeyeol!" huluran disambut.

"Kau mesti masih baru kan?"

Daeyeol melihat arah mata Mingyu. Bajunya?

"Ye!"

"Budak baru akan pakai baju dari dunia real.  Apapun..selamat datang.  Aku akan bimbing kau untuk kenal dunia ni."

"O..." Daeyeol masih dengan riak biasanya. Tenang sentiasa!

"Kau bertuah tau, sebab dapat bimbingan. Aku dulu main redah je..."

Sambil bercakap Mingyu berjalan, Daeyeol turuti langkahnya.

"Beberapa kali jugaklah aku hampir mati dalam pertempuran. Tapi disebabkan  skill hebat aku. Jadi aku masih bertahan kat sini.  Kali ni bertuah sikit sebab mereka tengah cari ahli beta tester."

"Mereka tu siapa?  Beta tester?"

"Mereka tu adalah yang terlibat program ni.  Kim Namjoon.  Dialah pengasas bagi game ni."

"O..." tiada apa mahu diperkatakan. Daeyeol di dunia nya juga banyak diam dari bercakap.

"Jom ikut aku  ke kafe."

Mingyu menyentuh udara di depan. Menekan sesuatu lalu ada sebuah  papan skrin muncul. Daeyeol di sebelah terkebil-kebil. Apa benda dia buat tu?

"Aku dah hantarkan peta. Kau rujuk peta tu nanti supaya kau takkan sesat.   Cek kau punya portal skrin."

"Ha?"

Mingyu memejamkan mata mengeluh. Blur daeyeol macam tak boleh bawak bincang.

"Kau tekanlah udara bro. Setiap player ada portal screen. Dunia ni virtual. Semua benda diprogramkan.  Macam dunia kita, kat sini kau boleh hidup macam kehidupan biasa. Cuma beza sini game kena lawan. "

Daeyeol turuti saja kata mingyu. Cempera dia melihat papan skrin miliknya. Wah!  Ada 6 petak. Setiap petak bertulis,  "Barang peribadi,  senjata, chat, friend list, sword skill, status level dan upgrade."

"Dalam personal matter kau aku letakkan peta. Btw, aku tahu nama kod dan username kau. Aku ada skill scanning. Sorry  bro. "

Daeyeol kekal blur.

Aish!  Mingyu kemurungan.

Tbc...

Vote dan comment amat dialu-alukan. ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience