Rate

1

Fantasy Series 478

          Daeyeol masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka. Kaki terus melangkah ke rak makanan ringan berdekatan muka pintu.  Seplastik mister potato  dicapai.

Kemudian langkah diatur ke peti ais berpintu. Dia mengambil jus kotak berperisa strawberi. Semasa ingin melintasi ke kaunter bayaran,  dia terlihat ke sebuah rak yang penuh dengan kotak.

Dengan penuh tanda tanya dia mendekati.

Wangi! Baru masuk kedai agaknya.

Berkerut dahi dia saat mencuba perkataan yang tertera pada muka hadapan.

Hmm...

"Ini game yang popular tu kan?  Yang orang tergila-gilakan sangat tu?"

Daeyeol menjeling mengkritik. Game ini akan membuang masanya. Dia aturkan langkah kembali.

Tetapi ketika membayar, ada segerombolan remaja lelaki lingkungan umur 18 sepertinya masuk ke dalam kedai.  Mereka riuh berebut mengambil kotak game tadi,  sedangkan masih banyak kotak yang ada.

"Semuanya 100 yen (rm4.06)." (Kalau salah, marah google okeh)

"Hoi, tak dengar ke?" kasar butir bicara tapi nada yang rendah dan malas digunakan oleh si cashier lelaki muda itu.

"Ah, iye...?" Daeyeol tersedar dari lamunan melihat remaja-remaja tadi.

Duit dikeluarkan dari poket.

Kaki dibuka langkah untuk keluar, namun terhenti, saat bahunya berlaga dengan seseorang.

BUK!

Sebuah kotak jatuh. Daeyeol segera turun untuk mengambilnya. Sempat juga dia melihat muka hadapan kotak itu.  Ada gambar pedang bersinar!

"Ini..."

"Awak ni jalan tak tengok depan ke? Kalau rosak isinya siaplah ya!"

Daeyeol terkaku.

Dia yang dilanggar tapi dia pulak yang dimarahi.

Sigh for one second 

"Dah, dah mari pergi!"

Bebola matanya diputar melihat pemergian gadis itu dengan lelaki-lelaki yang lain.

"Macam kenal je perempuan tu."

Em,  yoojung?  Eh?

Tiba-tiba suara cashier itu memecahkan lamunannya.

"Hey, orang di sana!"

Dia menoleh.

"Kalau kau teringin permainan tu, beli sajalah.  Dijamin kau takkan menyesal."

Daeyeol melihat senyuman acah cool itu.  Name tag pada apron lelaki itu ditatap, "jackson wang."

"Cuba sajalah. Kau takkan rugi!"

  

Dalam banyak kotak, daeyeol hanya pilih satu.

Pulang ke rumah dia terus buka melihat isinya.

Kotak di belek-belek.

"Apa benda ni?  Macam mana aku nak aktifkan?"

Belakang kotak dibaca.

"Guna nerve gear."

Daeyeol terus berlalu ke arah almari. Laci ditarik lalu, keluar sebuah helmet yang hampir kesemua pelajar sekolah ada.

Apa kegunaannya?

Untuk belajar online pada masa tertentu.

Daeyeol mencucuk suis dari nerve gear menyambung ke komputer. Dalam komputer itu sudah terpasang VR game yang dibeli daeyeol.

Daeyeol baring atas katil. Helmet sudah terpakai pada kepala.

Log in.  Username,  daeyeol. Kod Black  sword dipilih. Pasword : ......

"Eh, kenapa tak ada apa berlaku? Game sword fight adventure mainkan aku ke__?!!"

Kelopak mata daeyeol seolah dipaksa tutup. Kemudian terasa dia jatuh dari tempat tinggi. Semuanya putih.

Argh!

Daeyeol jerit tiada berpenghujung.

Argh!

Buk!

Dunia terasa seakan tamat saat belakang daeyeol mendarat kasar pada lantai.

Bruck!

Bunyi tulang ibarat patah.

Penglihatan daeyeol kelam.

Namun,  dia terjaga semula sejenak.

Mata cuba mencerna  sekeliling.

  Welcome to Virtual World VRMMORPG,  Sword Fight Adventure .

Di sini adalah sebuah dunia anda perlu menghapuskan musuh untuk  mendapatkan sword skill dan diberikan kelebihan level up serta upgrade diri anda.

Setelah itu dia dijatuhkan lagi.

Argh!

Dia mendarat elok pada sebuah jalan berpasir.  Berdiri tegak.

Tbc....

Vote dan comment amat dialu-alukan. ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience