Bab 60

Romance Completed 1276668

Setelah Nurse berlalu pergi, Nurlisa pantas menyediakan lempeng untuk Syed Arman, dia meletakkan lempeng itu di pinggan yang diambil di pantri bilik VVIP itu.
Kelihatan Syed Arman ralit memerhati perlakuan Nurlisa. Dia sangat berharap jodohnya akan sampai bersama gadis cantik ini, tetapi terlalu banyak perkara yang dia harus selesaikan terlebih dahulu.
Dalam satu satu masa, dia sangat berharap takdir akan mengheret dia kepada Nurlisa. Dia berdoa yang gadis yang sangat istimewa ini akan sanggup menunggunya.
“Kenapa abang senyum pandang Sofea? Macam nak terkam jer,” Nurlisa menyapa Syed Arman setelah dia sudah tidak tahan dipandang oleh jejaka yang melekat di hatinya.
Syed Arman tersenyum melihat bibir seksi itu mencebik malu.
“Sofea bawak 3 lempeng ni, abang makan dulu, Sofea dah kenyang,” gadis manis itu menghulurkan sudu dan garfu kepada Syed Arman.
“Abang nak makan dengan tangan, makan lempeng kena guna tangan, atau sayang suapkan abang boleh?,” Syed Arman menciut hidung Nurlisa yang berada di sebelahnya.
Nurlisa hanya tersenyum, dia pantas mencubit lempeng itu dan memasukkan ke dalam mulut Syed Arman. Dengan penuh rasa cinta, lempeng itu di kunyah dengan jiwa yang sarat dengan pertanyaan.
Kelihatan dengan jelas muka Syed Arman berkerut dan dia memegang tangan Nurlisa.
“Sayang, mana sayang dapat lempeng ni? Rasanya sama dengan lempeng yang abang selalu makan masa kecil dulu. Sayang buat ke?,” Syed Arman memegang tangan Nurlisa daripada menyuap lempeng ke mulutnya.
Nurlisa terkedu, dia tidak menyangka kotak ingatan Syed Arman begitu tajam hanya dengan lempeng itu.
“Sayang, sayang buat ke?,” dia bertanya lagi setelah melihat Nurlisa mendiamkan diri. Nurlisa hanya memandang Syed Arman sayu, dia sudah berjanji tidak akan menceritakan kewujudan ibu kandungnya.
“Aah abang, Sofea buat tadi, Sofea bosan makan nasi, rasa nak makan lempeng,” Sofea terkejut apabila melihat Syed Arman mencapai pinggan di tanganya dan menyuap sendiri lempeng itu.
“Sofea nak dengar cerita abang?,” Syed Arman kelihatan sudah terheret ke dunia silamnya

“Lempeng yang abang makan ni mengingatkan abang kepada seseorang, yang mencampak abang di tempat sekarang. Lama abang tunggu dia datang selamatkan abang, tapi sehingga sekarang dia tidak pernah muncul,” suara itu sangat sayu, Nurlisa sendiri tidak sanggup memandang wajah Syed Arman apabila dia mendengar tonasi suara Syed Arman sudah berubah.
“Abang ceritalah, Sofea sudi dengar semua cerita abang,” Sofea mendekatkan badannya dengan Syed Arman dan memeluknya agar Syed Arman merasa kewujudannya.
“Cerita ini abang tidak pernah ceritakan kepada sesiapapun, walaupun dengan Adam atau Teha, mereka juga tidak pernah bertanya, tiada seorang pun dalam rumah itu yang bertanya tentang wanita yang melahirkan abang ke dunia,” Syed Arman mula bercerita, dia meletakkan pinggan yang masih berisi lemoeng itu di meja coffee dia tengah kedudukan sofa itu.
“Abang dah ingat semua tu?,” Nurlisa bertanya, dia juga mengambil peluang untuk memeriksa ingatan suaminya.
Syed Arman mengangguk perlahan, sambil menyapu airmatanya yang bergenang.
“Abang cuba berdamai dengan takdir Allah, abang terlalu berusaha untuk ingat asal kejadian kepada permasalahan abang, jadi ingatan abang lebih tertumpu kepada wanita itu, jadi banyak perkara yang abang belum boleh ingat,” suaranya tersekat sekat, terlihat dia sangat tertekan.
“Wanita itu ibu abang, dia yang melahirkan abang, abang ada bersama dia di saat dia diperlakukan tidak baik oleh Babah, abang lihat semuanya. Ingatan abang start dari umur abang 4 tahun, abang boleh ingat Babah tampar ibu kerana ibu bertanya kenapa Babah tidak pulang ke rumah. Abang juga menjadi saksi apabila Umi datang ke rumah dan menangis minta ibu tinggalkan Babah. Dari situ abang tahu rupanya ibu merampas suami orang, dan wanita yang datang itu adalah umi. Umi menunjukkan surat doctor yang dia depression, hampir membunuh diri kerana wanita itu,”
“Abang tidak tahu kenapa abang ingat semua ni, tapi abang mengakui ibu tidak pernah mendesak Babah, ibu sangat bertabah, ibu sayangkan abang lebih dari nyawa dia sendiri,”
“Semasa Babah merampas abang daripada Ibu, ibu berjanji akan datang untuk ambik abang, tetapi sehingga sekarang dia tidak pernah muncul. Dia juga hilangkan semua jejak. Sudah hampir 22 tahun abang terpisah, hidup abang seperti taufan, tidak pernah dia peduli. Nasib abang sangat kasihan,”
“Semasa abang hilang semua ingatan, abang dapat meneka abang lahir dari rahim orang lain kerana rupa dan physical kami berbeza. Abang tidak sama langsung dengan Adam dan Teha, juga Babah. Tapi Mak Zah keep repeat cerita yang abang anak Babah dan Umi. Abang tak bodoh,”
Dia berhenti seketika, mencari nafas untuk bercerita.
“Abang pernah jadi model, tujuan abang nak sesiapa yang lahirkan abang untuk munculkan diri, sesiapa yang pernah menjadi suri hati abang juga muncul, tetapi tiada, langsung tiada yang datang mengaku,”

Nurlisa terkesima apabila mendengar perkataan dari Syed Arman.
“Ya..abang berdendam dengan ibu abang, kerana abang harus memikul semua kesalahannya, semua kesalahannya, kerana dia abang jadi seperti sekarang. Yang ada dalam hati abang cuma menamatkan cerita yang dia mulakan, supaya orang yang terluka akan berpuas hati. Tidak ada yang akan faham apa yang abang rasa, apa yang abang tanggung, bagaimana derita abang apabila nasi di rodok ke mulut abang, apabila ada kaki yang menyepak punggung abang semasa abang turun tangga, banyak lagi sakit abang yang tidak mungkin sesiapa dapat bayangkan,”
Kali ini dia berhenti lagi, menarik nafasnya dan memegang tangan Nurlisa dengan kejap. Pegangan itu memberi isyarat yang dia sangat perlukan sokongan.
Nurlisa memeluk Syed Arman dengan kemas. Dia masih ingat tentang cerita ini 5 tahun dulu apabila Syed Arman mula membuka mulut bercerita tentang perasaan deritanya. Bagaimana dia menderita kerana 100% hidupnya di kawal oleh uminya.
“Abang rindukan ibu abang, dalam masa yang sama abang bencikan dia. Setelah sekian lama, abang dapat merasa makan lempeng yang sama seperti ibu abang buatkan. Wanita itu hebat sangat memasak. Abang rindukan ubi kayu tumbuk goreng yang dia buatkan, lepas tu bubur jagung dengan mentega dan susu. Semua itu adalah racun pada abang apabila abang teringatkan dia,”
“Abang akan cari dia selepas semua selesai, abang akan tanya kenapa dia tidak pernah mencari abang selama bertahun tahun,”
“Maaf kalau cerita abang buat sayang tidak selesa, abang cuma berlaku jujur, sebab abang tidak selesa bercakap jujur dengan family abang,” Dia mengosok tangan Nurlisa, perlahan dan lembut.
Nurlisa mengangkat wajahnya memandang tepat ke mata Syed Arman. Dia tersenyum penuh semangat. Kalau ikutkan hati, ingin dia membuka semua ceritanya, tapi terlalu banyak peraturan yang harus dia ikuti.
“Abang bertahan ya, Allah menulis takdir abang, Insyallah suatu hari nanti abang akan berjumpa dengan ibu abang. Allah tidak izinkan pertemuan sebab mungkin abang sedang marah. Selepas abang bertenang nanti, Allah akan izinkan. Abang juga akan pulangkan semula semua ingatan abang, Sofea doakan abang,” Nurlisa melepaskan pelukan dan mengambil botol mineral dan hulurkan kepada Syed Arman.
“Sofea cuma nak abang positive. Kita mungkin tidak tahu derita ibu abang selepas semua yang berlaku. Abang tidak boleh berbuat tidak adil kepada ibu abang. Tidak ada ibu di dunia ini yang sanggup berpisah dengan anaknya. Sebaik abang berjumpa ibu dahulu, dengar versi ceritanya. Selepas itu abang boleh buat keputusan. Abang jangan banyak fikir, nanti sakit kepala, process nak ingat semua nanti akan ambik masa,” Nurlisa menyusun kata katanya, agar tidak berbekas di hati Syed Arman.
“Sofea minta maaf sebab katakan sesuatu yang pahit, yang bercanggah dengan naluri abang. Sofea cuma nak abang mendengar dari pihak ibu pulak,” Nurlisa mencapai tangan Syed Arman dan mencium pundak tangan itu.
Dia melihat wajah keruh Syed Arman.
“Sayang, abang nak panadol. Kepala abang macam pusing, tak selesa. Sayang call jer counter atau tekan button merah tu, nanti nurse datang. Abang baring dulu ya, badan abang rasa tak selesa,” Syed Arman bangun dari sofa dan menapak ke katilnya.
“Sayang, nanti gi counter depan lah, abang tak nak nurse masuk bilik ni, abang tak selesa,” dia terus membaringkan badannya dan menyelesakan dirinya.
“Ok abang, nanti Sofea ke counter, abang rehat dulu. By the way, kepala abang sakit sangat ke?,” Sofea mendekati Syed Arman yang kelihatan lemah. Dia cuma mengangguk dan mula memejam matanya.
“Abang nak tidur sekejap, sayang letak ubat tepi katil ya, selepas ni sayang terus tidur, tak perlu tunggu abang. Abang tak nak sayang penat,” Syed Arman tidak lagi membuka matanya, Nurlisa percaya dia di dalam kesakitan yang amat sangat.

Nurlisa terus menapak ke counter, yang jaraknya Cuma 10 meter. Semasa sampai di counter, dia mendengar perbualan nurse dia kaunter itu, dan tidak menyedari kehadiran mereka.
“Apa yang aku tahu, Sharifah Sakinah yang akan kahwin dengan Syed Arman. Sebab that day Sharifah Sakinah yang pesan kat aku jaga tunangnya elok elok,”
“Lepas tu siapa perempuan tu, dia peluk sakan, macam takde maruah jer, kalau tak silap aku, perempuan tu dalam Instagram Eusoff Andika kan? Bukan dia dengan Eusoff ke? Banyak kali juga Eusoff post pasal dia,”
“Biasalah, perempuan zaman sekarang, asalkan ada lubuk duit, maruah dengan agama letak tepi, sanggup serah diri kat Syed Arman. Malu aku tengok masa depa duk peluk, rasa nak muntah jer,”
“Lepas tu nak masuk bilik Syed Arman, kena minta izin dulu, tak ke susah kita nak buat kerja, rupa cantik, tapi otak tak cantik,”
Nurlisa mendengar satu persatu, matanya berkaca, mendengar tohmahan itu membuatkan jiwanya sebak.
“Assalamualaikum cik, Syed Arman nak Panadol, dia sakit kepala,” itu perkataan yang keluar daripada bibir Nurlisa. Dia dapat melihat nurse itu berkejut dengan kehadirannnya.
“Syed Arman nak saya ambik Panadol tu sekarang, maaf ya kalau saya menyusahkan,” Nurlisa kembali bersuara selepas tidak mendengar suara nurse berdua itu.
“Maaf, Cik dah lama ke berdiri kat situ?,” Nurse yang sedikit tinggi itu bangun dan menuju ke troli ubat di tepi kaunter itu.
“Agak lama, saya mendengar cik berdua mengata saya, jelas dan terang,” Nurlisa berkata selamba, wajahnya memandang ke lantai. Dia tidak sanggup melihat wajah nurse itu.
“Maafkan saya cik, kami berdua meminta maaf, harap cik tidak bercerita dengan Syed Arman ya,” Nurse yang sedikit rendah itu menghampiri Nurlisa.
Nurlisa berlagak selamba, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
“Saya cuma nak pesan, kalau tidak tahu hujung pangkal, tidak perlu mengulas cerita yang bukan datang dari kain anda, maaf kalau Bahasa saya sedikit kesat,”Nurlisa mengambil ubat dan berlalu pergi.
Dia penat, dia juga perlukan rehat.
Dia meletak ubat di tepi katil Syed Arman dan mula bersiap untuk tidur. Dia juga perlu rehatkan jiwa dan otaknya.
Dalam 15 minit, dia sudah bersiap untuk tidur. Dia teringin untuk tidur di sebelah Syed Arman, tetapi dia tidak mahu mengejutkannya.
Sebelum tidur, dia memeriksa teleponnya, dan dia juga perlu menghantar pesanan kepada Puan Embun untuk memberitrahu keberadaannya.
Tiba tiba matanya tertacap dengan text baru daripada Syed Arman, beberapa minit yang lepas.
~sayang, abang tidur dulu, esok pagi kita sambung borak ya, abang ada sesuatu nak beritahu sayang. Good night angel~
Nurlisa mengira masa yang Syed Arman menghantar text itu, pasti semasa dia di kaunter hadapan semasa mengambil ubatnya.
*******************************************
Nurlisa tidak tahu pukul berapa, tetapi dia mendengar suara Syed Arman di dalam tidurnya. Kebetulan dia berbaring membelakangi Syed Arman.
“Ada beberapa perkara yang abang nak cerita pada sayang, sayang perlu dengar dan faham. Abang perlu sokongan sayang untuk semua perancangan abang, supaya ada pengakhiran yang baik. Abang perlu buat ini semua, sayang kena percaya pada abang,”
Nurlisa terkedu, dia tidak mengerakkan badannya. Dia tahu, pastikan ceritanya akan melukakannya, dia tahu..
“Abang belum ingat rantai tu kepunyaan siapa? Abang belum ingat apa yang berlaku sebelum abang accident 5 tahun dulu, siapa yang langgar abang, kenapa abang berada di Fraser Hill?,” kata kata itu jelas sampai ke telinganya.
“Abang tak ingat lagi pasal tu, abang tak boleh cerita pada sayang. Pasti rantai tangan itu milik gadis yang dalam mimpi abang tu, abang mimpikan dia setiap hari semasa abang tidur, tapi rambutnya masih menutup wajahnya, abang tak nampak, tapi entah kenapa abang rasa berdosa pada dia, mungkin 5 tahun dulu abang buat sesuatu yang membuat dia terluka,”
“Abang dah check, nama abang tiada di dalam record perkahwinan, jadi abang masih belum suami orang, tapi gadis itu siapa? Pasti dia istimewa kerana abang selalu mimpikan dia,”
“Abang minta maaf sayang, beri abang masa untuk halalkan sayang, abang perlu mencari diri abang dulu, abang nak cari sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain” suara itu tegas dan Nurlisa masih membatukan dirinya.
Dia tidak mahu berbual dengan Syed Arman ketika ini, kerana perbualannya mungkin membuatkan sakit kepala Syed Arman akan kembali .
Dia memujuk dirinya untuk berhadapan dengan Syed Arman keesokkannya. Dia masih punya 6 atau 8 jam seperti yang Syed Arman janjikan.
Dia akan ceritakan permulaannya, mungkin dapat membantu Syed Arman untuk ingat sisi mereka berdua.
*******************************************
Nurlisa bangun tepat jam 6.30 pagi, dia berniat untuk berjemaah dengan Syed Arman. Dia perlu mandi dan bersiap sebelum mengejutkan suaminya.
Sedang dia mengosok giginya, dia mendengar suara riuh dari bilik luar.
“You ingat I buta ke? You simpan perempuan murah tu kat sini. You buat I macam I terhegeh hegeh kat you kan? You tak appreciate apa yang I buat kat umi you,” suara itu keras dan kuat, jelas masuk ke pendengarannya.
Nurlisa mengigil dan dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
“Umi, Kinah nak umi tengok sendiri apa yang anak umi buat kat Kinah. Baru beberapa hari lepas, dia confirmed nak kahwin dengan kinah, tapi today dia bersama dengan perempuan tu,” Sharifah Sakinah menarik kerusi roda Puan Siti Zaliha dan meletak di hadapan Syed Arman.
Syed Arman terpana melihat umi berada di hadapan matanya. Dia terkejut dengan wajah uminya yang cengkung dan kelihatan sangat tua. Seingat dia baru 2 minggu dia tidak berjumpa dengan uminya.
“Umi apa khabar? Maaf Arman tidak sihat, nanti dah sihat, Arman akan jaga umi,” Syed Arman turun dari katilnya dan menghulurkan tangannya untuk memeluk Puan Siti Zaliha.
Puan Siti Zaliha menolak tangannya Syed Arman dengan keras dan matanya juga mencerlung Syed Arman dengan pandangan yang sangat tajam.
Syed Arman berhenti, dia memandang Puan Siti Zaliha dengan pandangan yang seribu pertanyaan.
Bagaimana uminya boleh lepas ke hospital?
2 minggu lepas dia melihat ketidak dayaan uminya untuk mandi dan bersiap, bagaiman Sharifah Sakinah boleh membawa uminya ke sini. Setahunya, sudah bertahun Uminya tidak keluar daripada biliknya.
“I dah cakap kan? Umi tak suka you dengan perempuan itu. Sebelum I hancurkan dia, better you minta dia keluar and get out from here,” Suara Sharifah Sakinah keras, dan Syed Arman pasti suaranya boleh di dengar dari luar biliknya.
Syed Arman melihat jam tangannya, pukul 6.45 pagi. Nurlisa tiada di sofabed itu, dan dia pasti Nurlisa berada di bilik air.
Syed Arman menekan button merah itu, memanggil Nurse untuk kebiliknya.
Tidak sampai seminit, Nurse sudah berada di biliknya.
“I nak minta tolong you periksa kat bilik air. Kalau ada sesiapa yang bukan family I, I nak dia keluar from here. Dalam bilik I cuma accessible for my family jer. Then I nak request Doktor datang ke bilik for checkup,” suara Syed Arman itu sampai ke bilik air dan Nurlisa dapat mendengar satu persatu.
Dia faham, apa juga tindakan daripada Syed Arman, dia berusahan untuk faham. Kalaupun demi kebahagian Syed Arman, kalau harus dipijak maruahnya pun dia sanggup.
Nurlisa tidak menunggu Nurse mencarinya di bilik air, dia sendiri keluar dan mula meletak dirinya dia dunianya.
“Maafkan saya,” itu perkataan yang keluar dari bibirnya, dia mengambil tas tangannya, terus keluar daripada bilik itu. Walapun dia berasa dirinya tidak beradap kerana tidak menyapa ibu tiri Syed Arman, tetapi dia perlu menghilangkan diri seperti yang di minta oleh Syed Arman.
“Perempuan, tunggu situ, I nak cakap sikit dengan you,” suara Sharifah Sakinah membuatkan langkahnya berhenti. Dia tidak memusingkan badannya mengadap Sharifah Sakinah, tetapi dia berhenti untuk mendengar apa perkataan yang keluar daripada mulut Sharifah Sakinah.
“I nak you tahu, perkahwinan kami akan berlaku di dalam masa 4 bulan. Umi Syed Arman yang minta majlis di percepatkan. Jadi I nak you jangan muncul di hadapan Syed Arman. Syed Arman perlu beri semua perhatian kat I, jadi I nak minta tolong you berambus. Dia boss, and you cuma staff dia, not more than that,”
“Kalau I nampak you menempel lagi, you jangan salahkan I sebab musnahkan you, ingat tu… perkataan I dah habis, you boleh pergi,”
“Takper sayang, you tak sampai hati nak tendang dia, I dah tolong you buang dia. Lepas ni kalau dia kacau you lagi, cakap dengan I, tahulah I ajar dia,”
Nurlisa mendengar patah demi patah, dia tidak tahu harus memahamkan dirinya seperti apa, tetapi kakinya melangkah keluar dengan penuh pantas.
Dia tidak perlu hinaan lagi, cukuplah..
Di dalam keriuhan itu, Syed Arman menjawab panggilan daripada Sye Adam.
“Arman, Umi ada sana ya? Abang dengan Babah keluar solat Subuh kat masjid besar, balik rumah Mak Zah kata Umi takde,”
“Arman, abang tanya ni,”
“Arman…..,”
BERSAMBUNG
j

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-01-31 15:32:34 

tq update

YAZNI-ERNIE
2021-01-31 03:03:30 

morning dear. tqvm. lama i'm waiting, tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience