Rate

Putus 2

Romance Series 15983

Aku Syah. Aku baru lepas berhenti kerja dan bekerja di kawasan yang lain untuk rawat luka aku. Luka yang sendiri aku toreh dan berdarah.

Alis dan aku dah nak masuk 10 bulan kami bersama sebagai pasangan kekasih. Aku suka dia yang ceria dan sering buat aku rasa selesa dan tenang bila bersama dia. Hari-hari aku penuh ceria.

Aku pemandu bas di kawasan perumahannya. Dia pergi kerja menaiki LRT dan bas yang aku bawa selalu dinaiki oleh dia. Dan di situ bermula perkenalan kami. Macam mana boleh bersama. Biarlah antara aku dan dia.

Setiap kali dia naik bas dan touch card dia akan selalu pandang aku dan senyum penuh bahagia sampai aku boleh tergelak. Bila dia turun bas dia selalu lambai dan cakap terima kasih serta suruh aku jaga diri. Aku akan sentiasa ingat sebabkan itulah aku selamba badak mengorat dia.

"Sayang awak dah makan?"
"Sayang awak dah rehat?"
"Sayang awak kat mana?"
"Sayang tunggu kejap saya nak jumpa."

Tu semua ayat dia.
Aku ingat lagi satu peristiwa ni yang mula merubah semuanya.

Alis dan Syah berjalan dalam mall. Alis masuk ke dalam butik pakaian yang bagi Syah agak mahal.

"Sayang lawa tak?" Alis tanya.
Syah membelek. "Cantik. Sayang nak beli ke?"
Alis angguk dengan ceria. "Kejap saya pergi bayar."
Syah membelek harga pakaian di situ sambil geleng kepala.

Mampus aku kalau dia suruh aku bayar. kata Syah dalam hati.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"Kau tak kisah ke kalau kahwin dengan perempuan lagi kaya dari kau? Lagi banyak duit dari kau?" tanya Usop.
Syah yang tengah mengilatkan kasut kerjanya berhenti kejap.
"Kenapa kau tanya macam tu?" balas Syah.
"Kau ni tulah lain kali baca sikit berita kat twitter ke fb ke ig ke. Ni asyik kerja je. Kau tahu tak kalau kahwin dengan perempuan berduit dari kita ni. Payah nak jaga. Dorang ni ada sikap sombong sikit. Yelah dah ada duit kan." terang Usop.
"Apa maksud kau?" Syah tak faham.
"Okay. Aku bagi contoh. Kau keluar dengan awek kau siapa belanja?"
"Dia suka belanja aku."
"Ha tengok. Hahahaha. Sikit hari bro. Kalau korang gaduh dia akan ungkit semua tu. Lepastu bila kau kahwin dengan dia. Confirm dia tak kisah pasal kau. Mesti nak maid. Sebab dia busy kerja. Kau pun takde orang layan. Perempuan macam tu dorang nak lepaskan diri dari digelar andartu je." Usop membalas.
"Eh, Alis tak macam tu. Dia pandai jaga hati aku. Aku okay je."
"Aku tak kata Alis. Aku cuma bagi gambaran je. Aku taknaklah kemudian hari kau menyesal. Okay aku nak uji kau. Alis tu manja tak orangnya?"
Syah berfikir sekejap dan geleng. Usop berdecit.
"Dia kalau susah dia cari kau tak?" Usop menyoal lagi.
Syah geleng.
"Kau pernah jalan-jalan pergi mana-mana, lepak bawak dia. Macam biasa kau buat dulu sebelum kau jumpa dia. Sampai kau lupa kawan-kawan kau."
Syah tersentak.
"Sorrylah Sop kalau aku jarang lepak. Alis tak suka aku melepak lewat sangat." balas Syah.
"Tengok. Dia dah ubah kau Syah. Lagipun dia kan tua dua tahun dari kau. Dia nak control semua benda. Pleaselah bro jadi jantan sikit. Aku tengok kau je ikut telunjuk dia."

Syah terdiam dan berfikir sedalamnya.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Selepas kejadian berborak dengan Usop. Syah mula dingin dengan Alis. Lambat juga Alis mengesan perubahan sikap Syah. Syah jadi sakit hati. Alis pujuk pun macam tak serupa nak pujuk.

Dan, mereka putus.

Alis sedih.
Syah bahagia.

Benar kata Usop dia dapat kembali seperti dulu. Selepas seminggu berpisah. Syah couple dengan seorang pelajar kolej yang dikenalkan oleh Usop. Benar kata Usop bila lelaki lebih menguasai dan lebih daripada seorang perempuan. Baru terasa dia jantan.

Alis tetap naik bas macam biasa. Cuma tidak senyum seperti dulu hanya senyum menyapa. Dan masih mengucapkan terima kasih sebelum turun bas.

Syah dan Sofia bercinta dan bergaduh. Saling memujuk. Syah suka sebegini. Namun lama kelamaan dia menjadi rimas. Sofia selalu meminta duit dari dia. Dan setiap kali keluar Syah selalu ingin menjaga air muka dan terpaksa belanja dan berhabis duit untuk Sofia. Syah mula terfikir semasa dengan Alis dia tak pernah gaduh. Bukan tak pernah. Tapi kurang. Sofia dan Alis masing-masing ada kelebihan. Tapi Syah rindu Alis.

Sofia secara tiba-tiba mintak putus.
Syah reda.

Syah fikir Syah nak pujuk Alis. Sebab Alis masih melayannya dengan baik. Syah nekad. Sebelum Alis turun bas, Syah akan pergi dekat dia.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Aku ingat lagi malam tu bila Alis naik bas aku. Dia tersenyum seperti biasa. Aku ingin menegur dia tapi dia sedang bercakap dalam telefon. Aku senyum. Aku nekad. Aku akan dapatkan Alis.

Alis menekan loceng untuk bersedia turun. Selalunya Alis di perhentian bas yang terakhir. Aku berhentikan bas. Ada sorang penumpang naik. Aku biarkan dulu penumpang tu naik. Dan, aku terdengar.

"You buat apa kat sini? Ya Allah." Alis ketawa dengan ceria. Dan turun dari bas.

Tanpa...

Tanpa ucapkan terima kasih. Macam selalu dia buat.

Dan itu adalah kali terakhir dia menaiki bas yang aku bawa. Malam tu aku sempat menoleh ke cermin sisi. Seorang lelaki menunggunya dengan memegang sejambak bunga. Aku nampak Alis dan lelaki itu bahagia jalan beriringan.

Dan masa itu dapat aku rasakan, putus cinta tu tak sakit. Yang sakit bila putus masih cinta.

Share this novel

Lala Black
2020-03-11 17:20:54 

bagus kah ceritanya? @melodi

Melodi Narasi
2020-03-11 17:18:06 

tolong baca novelku ya kak seperti yg dibilang @grup novel

Juminten Prakasa
2020-03-11 17:10:38 

nah loh yg biasanya suka bucin bisa dibaca


NovelPlus Premium

The best ads free experience