Rate

Putus 3

Romance Series 15985

PUTUS 3

“Lama gila kau ni.”

Aku menjeling tajam Fiq. “Kau ni dah nak kahwin kot. Pahal entah cari aku lagi?”

Fiq tersenyum dan mendekatkan diri ke arah aku. Sejujurnya aku berdebar, aku gugup. Aku kawal perasaan aku dan air muka aku.

Taufiq kawan baik aku sejak di universiti. Maksud kawan baik di sini memang kawan baik yang tiada perasaan. Kitorang memang kebal dengan gosip dan kitorang terus berkawan macam biasa sebab memang tak rasa apa-apa.

Ya, aku tipu. Aku jatuh hati dengan kawan baik aku. Aku pengkhianat. Khianat dengan hubungan sahabat baik ini.

===================================

“Aku memang bengang dengan kau ni?” Fiq duduk di hadapan aku sambil merengus tak puas hati. Aku buat bodoh sambil menyelak buku untuk ulang kaji.

“Kau dengar tak aku cakap ni, Cah?” Aku malas nak layan. Fiq dengan kasar tutup buku aku. Aku buat isyarat senyap sebab kami dalam perpustakaan.

“Ya, aku dengar. Dan aku rasa kau dah dengar gosip yang berleluasa pasal aku.” Aku mengeluh.

“Kenapa kau tak fight yang kau tak meniru? Kau boleh repeat paperlah bodoh!” Fiq bengang. “Aku dengar kau sebenarnya ada hati dengan jantan tak guna tu? Sebab tu kau biar je.”

Okay statement ni buat aku bengang. Tapi aku sabar.

“Penyampai berita kau ni tak bagitahu news yang terbaru ke?” balas aku dengan rasa menyampah.

“Apasal kau tak bagitahu aku pasal benda ni ha? Kau kawan aku kot. Aku tahu pun dari Mel.” Fiq nampak sangat kecewa.

Aku senyum. Aku tahu dia risau.

“Benda kecik je Fiq. Aku pun bodoh bagi paper oral aku tu kat dia.” Aku menggeleng.

“Dia tak mengaku langsung ke weh?”

“Tak. Dia ada jumpa aku. Dia minta maaf tapi dia kata dia tak mengaku dia kata mungkin tersama idea. Tapi, entahlah.” Balas aku.

“Sensei cakap apa?”

“Ha, yang nilah berita terkini. Esok pagi pukul 8.30 aku kena jumpa sensei kat bilik dia untuk buat ujian sekali lagi. Dan, Zul pun ada sekalilah. Ni aku tengah hafal text aku dan buat ulang kaji. Aku okaylah.” Aku ambil buku dari tangan Fiq dan bangun. Fiq pandang aku.

“Jujurlah kan, dari kenyataan kau tadi pasal aku suka Zul. Aku agak kecewalah. Maksudnya semua jantan yang aku tolong tu, termasuk kau. Aku sukalah? Murah gila aku. Dah lah bye.” Aku terus pergi.

Keesokan hari, sebelum aku masuk bilik sensei aku baca ada mesej dari kawan baik aku.

(Sebelum kau masuk bilik sensei pun aku dah tahu kau dah berjaya. Sebabkan kau ramai budak kelas kita lulus oral. Tuhan memberkati kau, my best friend.)

Aku senyum. Aku jadi lebih bersemangat. Tak tahu ke kau, selama ni kaulah pemangkin aku selain family aku.

Bila aku keluar dari bilik sensei. Aku terkejut Fiq tunggu di depan pintu bilik sensei dengan senyuman sambil menggaru-garukan kepala dia.

“Confirm lulus.”

Aku angguk.

================================

Laju aku jalan menuju ke Fiq. Geram aku dengan dia. Fiq perasan aku dan menghampiri aku. Aku tarik tangan dia.

“Kau ni bodoh ke?”

“Apa masalah kau ni? Tiba-tiba je.”

“Perempuan tu gunakan kau je. Kau je tangkap cinta. Eh, bodoh. Dah berapa kali kena tipu baru nak sedar ni?”

“Macam mana kau tahu perempuan tu nak gunakan aku? Weh, come on. Kitorang dah official kot. Saja tak bagitahu semua orang. Termasuk kau.”

Aku terpanar.

“Oh, oh… okay. Sorry.” Aku terus blah.

Nak dekat satu semester jugaklah aku rengang dengan dia. Tegur bila jumpa je.

==================================

“Ni perempuan yang ke berapa dah kena tipu? Tak pepasal aku kena stay sini dengan kau.”

“Tak ikhlas tak payahlah.”

“Eleh, sentap.”

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Fiq tergelakkan aku.

“Kau memanglah Fiq. Aku nak kena pergi library kot. Dorang dah tunggu aku ni.” Geram je aku dengan dia.

“Apa aku nak buat ha kalau tak de kau kat sini? Kita lagi dua sem je. Lebih kurang setahun. Fuh, sakit kepala aku.”

Fiq tunduk dan minum air Neslo kegemaran dia. Aku pandang luar. Aku suka hujan. Aku senyum.

“Kalau takde aku. Aku rasa kau dah repeat paper, frust menonggeng, mungkin gagal dalam hidup.” Aku gelak kuat.

“Celakalah kau.” Fiq tergelak.

“Okay aku ada teori hujan. Nak dengar tak?”

Aku buat muka malas tapi layankan jelah.

“Lagi lebat hujan, lagi cepat hujan akan reda.” Kata Fiq.

“Ya ke? Mana kau belajar?”

“Teori sendirilah.”

Dia galak gelak dan hujan semakin lebat dan lama.

Dalam hati aku berkata, sebenarnya teori hujan tu seperti ini. Waktu hujan adalah waktu yang terbaik untuk berdoa. Dalam doa aku, ada kau. Dan mungkin, hujan nak aku terperangkap dengan kau kat sini.

================================

Laju aku berlari menuju ke perpustakaan. Beg aku letakkan di loker. Tiap satu per satu rak buku aku lalu mencari sahabat baik aku.

“Shit! Mana dia ni?”

Rak di hujung menjadi tumpuan aku. Nah, kan betul dia tengah duduk kat situ sambil belek buku dan membuka laptop. Aku duduk depan dia dan bersila.

“Kena sampuk dengan hantu library ke?” Pertanyaan aku dia tak jawab. Dia buat bodoh. Eleh, nak tunjuk baru putus cintalah tu.

“Buatlah apa kau nak buat Fiq. Dah berapa kali kau putus cinta aku dah hadap. Dah tak heran dah. Dan dah berapa kali aku datang kat kau berlari macam ni. Sampai kita nak habis belajar dah. Kau ada lebih kurang 3 bulan je nak buat perangai macam ni. Sebab nanti kita dah terpisah.” Aku gelak dan sebenarnya sedih.

Fiq pandang aku dan mengeluh.

“Dah dekat 3 tahun kita kat sini. Takkan sorang pun lelaki kau tak pernah crush atau suka?”

Soalan Fiq macam kilat. Aku kawal air muka. Itu paling penting. Aku gelak.

“Hidup aku ni ada wawasan. Nak belajar je. Crush kat buku je.”

Fiq mengeluh dia rapatkan kedudukan dengan aku. Yang buatkan aku gugup.

“Qis nak get back tapi aku tak tahu. Ya, aku memang rindukan dia. Tapi, rindu yang hmmm… okay macam ni rindu tu tak semestinya cinta. Ha macam aku rindu kau. Aku rindu gila dengan kau tapi…”

“Tumpang lalu nak ambil buku kat situ.” Ada seorang pelajar masuk ke kawasan itu. Aku bangun.

“Fiq, kita duduk kat depanlah. Semaklah sini.”

Ya Allah, kecewanya aku.

================================

Perlahan aku menuju ke tangga kecemasan untuk menjawab panggilan.

“Aku okaylah. Kalau tak okay aku takkan datang. Okay nanti kita cakap lagi. Bye.” Aku lepaskan nafas berat. Lemahnya semangat aku bila terngiang-ngiang Fiq akad nikah pagi tadi. Kini, majlis persandingan pulak nak kena hadap.

Belum sempat aku nak buka pintu, ada seseorang membukanya terlebih dahulu.

Taufiq.

“Kau buat apa kat sini?” Fiq menjenguk di belakang aku.

“Aku jawab call. Nisa call.”

“Kenapa sampai ke sini?”

“Eh, biarlah.” Bengang pulak aku. Fiq tersenyum.

Fiq tutup pintu dan bersandar di tepi pintu.

“Handsome tak aku?”

Aku gelak dan menggeleng. “Handsome. First time aku tengok kau handsome.” Aku memegang tombol nak keluar dari situ. Fiq menahan pintu. Aku terkejut.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau.”

“Cakap kat luarlah. Panaslah sini.” Muka aku yang panas sekarang ni.

“Cah, even aku dah kahwin. Kau tetap kawan baik aku tau. Aku selalu ada untuk kau. Kau boleh je cari aku macam selalu. Kita boleh je lepak macam biasa. Yang ubah aku adalah status aku bukan friendship kita.”

Bodohnya lahai dia ni.

“Kau kalau dah kahwin, segala-galanya adalah bini kau. Dialah kawan baik kau, dialah girlfriend kau, tunang kau, isteri kau. Perempuan mana yang suka tengok ada perempuan lain datang kat laki dia. Kalau aku, aku taknak. Jadi, aku akan hormati isteri kau.”

“Maksud kau apa?”

Boom!

Bunyi petir kedengaran. Aku pandang tingkap cermin di luar.

Hujan.

Pintu dibuka. Terjegul wajah isteri Fiq. Qis.

“Kat sini awak. Jomlah, kita ambil gambar dalam bilik dulu.”

Qis tersenyum pada aku dan menarik tangan Fiq. Aku melambaikan tangan ke arah Fiq. Wajah Fiq berubah sambil menggeleng. Pintu kecemasan tangga tertutup.

Aku buang pandang ke tingkap luar yang masih hujan lebat.

Kali ini doa aku lain sikit. Aku nak dia bahagia. Lalu, hujan pun tak perangkapkan aku dengan dia.

Perasaan ini macam putus cinta. Tapi, macam mana nak putus kalau bercinta pun tak. Faham tak?

Share this novel

Goodbye lullaby
2020-03-11 17:34:27 

gk ada niat mau bikin lagi gitu?

thalia efe
2020-03-11 17:32:33 

yah sayang banget kalo babnya cuma sedikit,padahal ceritanya bagus loh:(

Arjuna Juna
2020-03-11 17:27:16 

kok sedih ya bacanya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience