1

Family Series 5177

Azan subuh telah pun berkumandang,saat itu jugalah aku bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan zuriat.Walaupun ia adalah idaman semua sang isteri,aku tetap bersedih saat menatap wajah cahaya mataku buat kali yang pertama.Dimanakah ayahnya berada disaat dirinya pertama kali melihat dunia ? airmata kegembiraan juga kesedihan mengalir ingin ku bendung namun jatuh jua.
Nur Syifa Afina nama yang telah syamim siapkan sebelum dia menghilangkan diri.Aku tetap tidak membantah.

Ya Allah Kau kuatkanlah aku saat aku tidak mampu berdiri semula.Kau kuatkan lah aku untuk membesarkan Syifa.Walaupun telah 3 bulan Shamim menghilangkan diri,aku tetap tabah membesarkan zuriat kami.Setitik rasa benci pun tidak pernah ku berdendam pada Shamim.Aku tahu segala apa yang dia lakukan di belakangku namun aku hanyalah isteri,siapalah aku hendak melawan perkara yang tidak di haramkan hukum Islam.

2 bulan lepas,Shamim menikah lagi dengan gadis kampung yang liar berumur 19 tahun.Aku sebagai isteri tidak pernah membantah mahupun melarang.Dirinya sebagai suami mempunyai hak untuk menentukan dirinya.Setelah sehari berkahwin,Shamim berpindah ke apartment barunya di Damansara dan tinggal bersama isteri barunya.Aku tetap redha kerana Allah tetap menyebelahiku.

Sejak itu aku tidak lagi mendengar khabarnya,sungguh aku rindu panggilan manja daripadanya.Ya Allah,aku rindu.Kadangkala aku seperti tidak waras kerana tekanan.Aku takut keadaanku akan mencederakan Syifa,aku meminta ibu untuk tinggal bersamaku untuk menenangkan aku disamping membantu menjaga Syifa.

Aku menjadi tertekan,aku sering ketakutan.Aku tidak pernah keluar rumah,apatahlagi untuk mengambil angin di luar.Langsung tidak! Aku lepas tangan dalam menjaga Syifa.Aku biarkan ibu menjaganya sementara aku dengan duniaku sendiri.

Semakin lama aku semakin teruk.Ibu bimbang dan membawaku ke pakar psikik.Doktor mengatakan aku mendapat gangguan mental yang begitu teruk dan aku mungkin akan meruyan.Ibu meminta doktor untu merawatku.Aku ditahan di wad seminggu untuk dipantau dan diberi rawatan.Seminggu pun berlalu dan aku mempunyai perubahan.Rawatan diteruskan lagi walaupun kos yang tinggi demi kesembuhan aku dan kebaikan Syifa.

Aku dirawat hampir 4 bulan,alhamdulillah aku sembuh berkat doa ibu.Aku telah dibenarkan balik dan dipantau dua kali seminggu.Aku rindu Syifa.

Setelah apa yang ku lalui,aku sedar Shamim tidak lagi memerlukan aku di sisi,namun cinta di hati masih lagi segar dek kerana usia perkahwinan ya baru mencecah 3 tahun.Walau apapun yang terjadi,aku redha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience