Aku hidup bahagia dengan Syifa tanpa Shamim selama setahun.Namun,Shamim muncul semula dengan membawa seorang anak sebaya Syifa dan merayu supaya aku menerimanya kembali.Hati isteri mana yang tidak sakit tetapi dirinya tetap suami.Aku akur dan menerima anaknya.
Airmata mulai menitis lagi apa bila Shamim ceritakan kisah hidupnya setelah menghilangkan diri.Isterinya meninggal ketika melahirkan anak mereka,Haikal.Aku merasa bersyukur kerana Syifa masih mampu melihatku sehingga kini tidak seperti Haikal yang langsung tidak pernah melihat ibunya.MasyaaAllah!besar sungguh rahsiaMu Ya Allah.
Kami hidup bahagia seperti sediakala.Namun,Shamim mula menjadi kasar dan mengabaikan kami.Selalu beralasan dan balik lewat malam.Apabila ditanya pasti akan ditengking.
Hinggalah satu saat aku memeriksa handphone Shamim dan mendapati dia berhubungan dengan Kiesya teman baikku sendiri sejak di bangku sekolah.Ya Allah ujian apa lagi Kau turunkan padaku,aku tidak kuat.
Sejak mengetahui hal ini,aku menjadi seorang yang pendiam dan kuat memendam tapi kuat menangis di belakang.
Aku terkilan dengan Shamim.Lelaki yang tidak punya perasaan kasihan melihat anak.Sedikit pun pun tidak memikirkan anak.Aku tetap sabar.Tiap solatku,aku memohon agar diberi petunjuk dan ditegakkan hak sebgai isteri.
Share this novel