BAB 3

Romance Completed 7167

“Amira memang pernah marah dan pernah rasa benci sangat sama Azfar,tapi itu dulu dan Amira sedar itu bukan sikap yang baik.Amira sudah lama maafkan Azfar.Amira tahu itu bukan salah Azfar.”Amira rasa bersalah dengar kata-kata Azfar.Hati mudah tersentuh.

“Azfar tidak menyesal dan sedih hati,kalau Sayang masih marah dan benci sama Azfar.Azfar tahu itu semua salah Azfar.”Azfar sudah nekad kata sedemikian bila jumpa Amira dan ada kesempatan seperti ini.

Ini adalah pelung kedua dan jangan sia-siakan.

Bercinta tidak semesti bersatu dan bukan kita yang tentukan siapa akan bersama kita,tapi semua itu ketentuan dari DIA.

DIA yang putuskan dan tentukan.

“Kenapa Azfar terus kata macam ini? Terus salahkan diri Azfar.Azfar harus bersyukur sebab di beri lagi kesempatan dan satu peluang lagi.”Amira tidak suka dengar kata Azfar itu.Tajam pandang sama Azfar.

“Azfar memang bersyukur sangat-sangat sebab di beri lagi peluang kedua itu untuk bersama lagi sama sayang,tapi Azfar tidak boleh menipu diri yang rasa bersalah itu tetap ada dan itu kesalahan yang Azfar lakukan.Azfar tidak boleh menipu sama sayang.”Azfar letak tangan yang genggam erat di paha.Lagi erat sangat dan jauh ke dalam anak mata Amira,Azfar selami.

“Ini kali terakhir Amira dengar dan lepas ini Amira tidak mahu Azfar ungkit lagi hal ini.Yang lepas itu sudah lepas.Itu bukan kesalahan Azfar,kehendak takdir harus seperti itu sama Azfar. Apa sebenar yang kita tidak fikir dan tidak terlintas di fikiran kita,itu yang sebenar DIA sediakan khas untuk kita hadapi. Kalau bukan kerna DIA sayangkan hamba-Nya,dia tidak akan menduga yang di luar kehendak kita. Jalan-jalan yang indah itu bukan ada selalu,sesekali ada gelap-gelita dan duka onak duri penuh ranjau kita akan tempuhi.”Amira pujuk hati Azfar dan harap Azfar boleh terima nasihat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience