BAB 1

Romance Completed 7167

“Argh aku bosan betullah dengan tempat ni. Macam dah tak ada tempat lain dia nak bawa aku. Punyalah main banyak tempat, tempat ini juga jadi pilihan Azfar.

Bukan Azfar tak tahu yang aku tak gemar datang ke sini, tapi tetap juga dia datang ke sini. Kalau siang hari takpe ni dah malam-malam, seram sejuk jadinya, tu belum masuk unggas dan nyamuk datang hinggap sengat badan. Stress!

Dilihatnya Azfar cuma diam, langsung tak buka mulut. Tadi katanya ada hal mustahak dan memilih untuk jumpa di tempat ni, bila dah sampai batang hidung mamat tu tak pula kelihatan, lambat datang pulak dia ye.

Geram betul Amira melihat Azfar yang sedari tadi duduk di atas bangku simen hanya hanya berpeluk tubuh buat tak tahu.

Bersandar sudah,berdiri pun sudah,bersandar pada Azfar dan kepala di bahu Azfar pun sudah.

Bila lagi masa Azfar akan buka mulut.Azfar pandang sekali saja sama Amira,itu pun raut wajah Azfar macam marah dan serius,ada sikit macam wajah bengang dan macam tidak suka pun ada juga.

Kalau cuma mahu duduk berduaan dan saja mahu jumpa untuk bertentang mata,baik dari tadi bagi tahu saja,bukan mahu marah pun.

Lagi suka sebab tidak juga buat dada berombak kencang.Amira sudah tidak tahan sama Azfar.Diam tanpa bicara apa guna membuang waktu terus macam ini.Bosan dan Azfar ini macam lagi suka macam ini.

Macam saja tadi baru lepas gaduh.Apa jadi sama Azfar ini.Baru pertama kali macam ini.Amira bersandar dan pejam mata.

Timbul butir kecewa dalam dirinya terhadap Azfar hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience