“TAK sangka hari ini hari last kita ada di sini. After this, kita tak jumpa lagi,” sayu suara Azza menuturkannya.
“Who says we can’t meet again? Kita ada di luar negara pun selama 4 tahun je. Lepas tu kita kembali ke Malaysia semula,” pantas Ariana mencelah.
“Anna, I will miss you. Ara,Nis, I will miss you too,” mereka berpelukan sesama sendiri. Ketika mereka bermandi air mata, tiba-tiba telefon bimbit kepunyaan Ariana berbunyi. Ariana segera mengangkat panggilan itu.
“Assalamualaikum,” sapa Ariana.
“Waalaikumussalam, Ariana jom keluar,” ajak lelaki itu. Ariana mengerutkan dahinya. Siapa pula ni?
“Who are you?” tanya Ariana. Yang anehnya, lelaki itu tertawa. Sah! Yang menelefonnya sekarang ialah orang gila!
“Akulah! Haikal!” Haikal berkata setelah tawanya reda. Ariana mengerut keningnya. Macam mana pula lelaki ini boleh tahu nombor aku?
“Jom keluar,” ajak Haikal lagi. Mamat ni tengah pening ke apa? Kenapa pula tiba-tiba jadi baik pula ni? Gila!
“Ermm.. Yelah! Nasiblah perut aku sedang lapar ni. Kalau tak, kau keluar makan seorang. Kita keluar lepas Isyak. Pukul 8:45, okey?”tanya Ariana.
“Okey, aku tunggu di lobi,” balas Haikal.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
Ariana menekan butang mereka. Dia menghalakan pandangan ke arah kawan-kawannya yang tersenyum-senyum ke arahnya. Arani menjongketkan keningnya tanda dia masih lagi berteka-teki siapakah pemanggil itu. Nampaknya gadis yang sedang berada agak jauh daripadanya tidak mendengar apa-apa tentang perbualannya. Hanya Nisrina dan Azza sahaja yang mencuri dengar. Bertuah betul! Aku sumbat dalam perigi baru tahu!
“Somebody,please accompany me?” Ariana merayu dengan matanya yang sengaja dikecilkan.
“Nope!I don’t want!”kata putus dari Nisrina dan Azza membuatnya hampir tercekik. Kejam betul rakan-rakannya ini. Dipandangnya Arani. Opps! Dia terlupa yang Arani masih tak tahu apa-apa.
“What happen girls?”tanya Arani. Dia bingung sebenarnya.
“Begini, tadi Haikal call aku. Dia ajak aku keluar dalam 30 minit dari sekarang. And, I need someone to accompany me,”terang Ariana. Hatinya berharap agar Arani setuju dengan permintaannya ini.
“Pergi je la sendiri. Aku malas,” jawapan Arani membuatkan dia hampir hendak menghantukkan kepalanya ke dinding. Tension!!!
“No! Aku tak nak pergi sorang-sorang!” bantah Ariana keras.
“Pergi jelah dengan abang kau, dia kan masih stay sini,” selamba sahaja Azza, Arani dan Nisrina berkata serentak. Ariana mengeluh kasar.
“Okay then,” Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Aizriel.
“Hello, my boyfriend! Tolong Ann boleh tak?” tanya Ariana.
“Hello, my girlfriend! Nak tolong apa? Menyamar jadi kekasih adik?” tanya Aizriel selamba.
“Kalau pertolongan itu, nanti bila ada orang tergila-gilakan Ann. Now, abang tolong temankan adik makan malam. Yang lain, tak nak! Malas katanya!” ujar Ariana.
“Okey, pukul berapa?” tanya Aizriel.
“30 minutes from now,”
“SATISFIED?” tanya Haikal kepada Ikram, Daiyan dan Akif.
Mereka mengangguk-anggukkan kepala mereka.
“Suka sangat! Nanti kita orang pergi mengintip date kau orang. lepas tu, kita orang tangkap gambar. Letak dalam blog! Fuh! Meletop 40 carta Era!” ujar Akif. Haikal memandang selamba ke arah Akif.
“Tu radio, lah. Ini blog! Computer!” ujar Daiyan pula.
“Rasanya, tak payah kut. Sebab gerenti kawan-kawan dia ikut,” balas Haikal.
“Aku dah call Azza. Dia dah beritahu kat yang lain. Jadi, kau orang berdua aje!” balas Ikram.
“Huh! Mentang-mentanglah aku kalah dalam pertarungan. Kau orang buli aku eh?” kata Haikal lemah.
“Kau dah janji en?” ujar Daiyan.
“Ya! Ya! Aku pergi! Kepohlah kau orang ni!”
“ABANG! Thanks for coming. Jom!” Ariana menyapa Aizriel lantas menarik lembut lengan Aizriel. Aizriel hanya mengikut.
“Assalamualaikum,” sapa Ariana lalu terus duduk. Aizriel duduk di sebelahnya. Haikal merenung jam tangannya lalu berkata..
“Lambat 5 minit!” ujar Haikal lalu merenung wajah Ariana yang selamba. Dia sempat mengerling ke arah Aizriel. ‘Padan muka kau orang! Aku tabik lah dengan minah ni! Dia boleh tarik abang dia ikut. Fuh! Berkorban giler abang dia dekat dia!’ ujar Haikal di dalam hati.
“Mak Etun, Mak Esah, ada aku kisah?” Ariana menayangkan muka selamba beruknya. Ops! Silap! Selamba orangnya! Dia bukannya beruk pun nak cakap selamba beruknya.
“Fine. It’s okay. Waiter!”
DAIYAN dan Akif bersandar lalu mengeluh. Tidak seperti yang mereka harapkan tampaknya! Pening! Pening! Macam mana dia boleh muncul pun tak tahu? Menganggu rancangan betullah Aizriel ni!
“Kenapa? Plan tak jadi ke?” tanya Ikram.
“Aizriel tiba-tiba muncul. Tak diduga betullah!” rungut Akif.
“Tu tandanya abang sayang adik. Dia tak akan ikut cakap kau orang punya,” balas Ikram semula.
“It’s alright! Aku ada plan baik punyer!” kata Daiyan tiba-tiba. Dia menjongket keningnya.
TELEFON milik Aizriel berdering. Aizriel memandang sekilas lantas bangun. Ariana memandang ke arah Aizriel lantas menjongket kening.
“Sorry, ada call. Abang keluar sebentar,” ujar Aizriel lalu berlalu. Ariana hanya menjongket bahu lantas makan semula. I don’t care!
“AUNTY, tengok tu! Mereka tengah makan bersama! Ish! Perempuan tu memang gatal betullah! Kekasih orang pun nak rembat!” Eryna mendengus geram. Puan Sri Sofiah hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata anak saudaranya itu. Dia memang menginginkan anak saudaranya itu untuk menjadi menantunya bukan gadis itu. Entah siapa-siapa, nak kahwin dengan anak aku. Boleh blah!
“It’s okay, sayang. Tengok apa yang akan aunty buat dekat perempuan gatal itu,” Puan Sri Sofiah melangkah ke arah anaknya. Dia menampar pipi gadis itu.
“Oi! Perempuan! Kau ni memang tak tahu malu la! Kekasih orang pun kau nak rembat! Kau perempuan jenis apa hah?! Senang-senang kau nak perhabis duit anak aku!!!” tengking Puan Sri Sofiah kepada Ariana. Ariana terkedu. Dia tak mengerti. Kekasih orang? Kikis duit anak orang? Ingat aku tak ada duit ke apa? Dipandangnya Haikal dengan mata yang merah umpama biji saga!
“Mama! Mama buat apa kat sini?” kata Haikal lembut.
“Oh! Kamu tanya kenapa mama ada di sini!? Hey! Kalau mama tahu kamu nak bercuti dengan betina ni mama tak akan benarkan kamu keluar rumah! Entah perempuan mana yang kamu bawa ke hulu ke hilir! Patutlah kamu tak bagi Eryna ikut rupa-rupanya ini rancangan kamu ya?!” tengking Puan Sri Sofiah.
“I’m sorry for disturbing. But, Haikal bukan kekasih saya. Tetapi, lelaki itu. Jom, abang. Kita pergi,” ujar Ariana lantas menarik lengan Aizriel.
Haikal tersenyum sinis ke arah Puan Sri Sofiah. ‘Mama.. Mama...’ kata dia di dalam hati.
“Kenapa mama? Terkedu ke? Tadi kami bertiga, tapi bof dia dapat panggilan. So, dia keluar sebentar. Tiba-tiba, mama serang kita orang. Pleaselah mama, mama tak ingat ke kepada Tan Sri Mansur. Tadi itu anak dialah,” ujar Haikal tenang.
Muka Puan Sri Sofiah sudah merah. Lantas dia berjalan pergi. Ah! Malunya aku! Serang silap orang! Urgh!
Dia mendapatkan Eryna.
“Sayang silap oranglah. Tadi itu bukan kekasih Haikal. That girl dah ada kekasih,” ujar Puan Sri Sofiah tenang. Dia memandang lembut wajah Eryna.
“Eh, betul ke? Maknanya, Eryna tersilap oranglah ni! Jadi, Haikal itu masih single eh?” tanya Eryna. Matanya bersinar apabila Puan Sri Sofiah mengangguk.
“WHAT happens dear?” tanya Aizriel kepada Ariana. Ariana hanya tersenyum tipis lantas meraba pipinya yang masih terasa sakit.
“Entahlah, mama Haikal tiba-tiba aje tampar Ann. Sakitlah, abang!” manja suara Ariana memanggil abangnya. Aizriel hanya tersenyum lantas menggosok lembut pipi adiknya itu.
“Sakit eh? Kesian adik abang ni. Dapat penampar free hari ini,” ujar Aizriel.
“Abang ni! Macam suka aje adik kena tampar!” bentak Ariana.
“Abang paling benci akan orang yang menyakiti orang yang abang sayang. But, abang tak boleh buat apa-apa. Takkanlah abang nak marah mama Haikal kan? Dia tua daripada abang. Sebaya mommy. We must respect her!” jelas Aizriel.
“Yelah! Yelah!”
“KESIANNYA dekat Ann. Dapat penampar free je!” ujar Akif sambil menggelengkan kepalanya.
“Aku peliklah. Macam mana mama Haikal boleh muncul eh?” Daiyan mengurut belakang tengkuknya. Peliknya!
“Mungkin ada urusan di sini kot?” ujar Ikram pula. Daiyan dan Akif hanya menganggukkan kepalanya. Maybe! Boleh jadi, kan?
Share this novel