HAIKAL keluar dari bilik air dengan memakai tuala hingga paras lutut. Dia memandang Ariana dengan pandangan tidak percaya. Tidak menyangka yang gadis itu akan memakai singlet dan seluar panjang ja! Budak ni dah kena hasut dengan benda apa? Tiba-tiba je pakai baju macam tu! Depan aku pula tu! Aku kan..eh! Aku suami dialah! La! Terlupa lagi!
Hish! Budak ni mesti nak goda aku. Mentang-mentang aku ni handsome. Haikal berjalan ke arah Ariana beserta senyuman yang menggoda.
“Ariana...” fokus Ariana terhadap kerjanya terganggu apabila Haikal memanggil namanya. Ariana mengalihkan pandangan ke arah belakang.
“Kau nak goda aku ke?” kata Haikal sambil mempamerkan senyuman yang menggoda.
“Tak pun.. But this is my style at home. I hope you don’t care. And, please wear your clothes and pergi solat,” kata Ariana selamba. Namun, hatinya tetap merasa getar apabila melihat lelaki itu yang hanya mengenakan kain tuala.
“Malu ke?” kata Haikal lalu duduk di sebelah Ariana.
“Apa nak dimalukan? Bukannya aku tak pakai baju pun,” ujar Ariana selamba.
“Kau pakai baju ke? Tengok pakai singlet je pun.. Jangan salahkan aku kalau aku terkam kau!” ujar Haikal selamba.
“Tak, aku tak akan salahkan kau. tapi, aku salahkan nafsu kau! Pantang nampak perempuan cantik!” ujar Ariana selamba lantas masuk ke bilik air. Nak mengelakkan diri dari Haikal sebenarnya!
SELEPAS solat Isya’, Ariana mencapai jubah berwarna hijau yang telah diseterika olehnya sebentar tadi lalu memakainya. Kemudian dia mengambil tudungnya lalu dipakai dan di pin.
Sementara Haikal mengambil baju melayu berwarna biru muda lalu dilemparkan ke arah Ariana yang sedang memeriksa kedudukan tudungnya itu.
“Seterika!” arah Haikal.
“Ek eleh mamat ni! Macamlah tak boleh buat sendiri! Semua nak harapkan orang!” rungut Ariana.
“Kau isteri aku! Ikut jelah apa yang aku cakap! Jangan melawan! Ni tidak, melawan je kerjanya. Memang nenek kebayanlah minah ni!” ujar Haikal.
“Kau tu! Datuk kebayan?!” marah Ariana pula. Muka Haikal memerah.
“What? Sememangnya aku ni dah tua ke?” tanya Haikal.
“Sememangnya aku ni dah tua ke?” ujar Ariana pula. Haikal mengetap bibir.
“Apa-apa ajelah nenek oi! Janji kau seterika baju aku,” ujar Haikal. Ariana mendengus. Dia mengambil seterika lalu menyeterika baju Haikal. Apalah nasib? Dia suami, aku isteri. Ikut jelah cakap dia..
“KAKAK!” Husna menerpa ke arah kakak iparnya itu. Siapa kata kakak iparnya tak cantik! Malah, lebih cantik daripada perempuan plastik tu!
“YA ALLAH, Husna! Terkejut akak!” Ariana mengurut-urut dadanya lalu dipaut bahu adik iparnya itu.
“Hehe! Akak! Abang Carl ada buli akak tak?” tanya Husna.
“Buli! Ya! Dia buli akak! Baju melayu dia pun nak suruh orang seterika. Seterikalah sendiri! Bukannya tak boleh buat,” balas Ariana.
“Akak! Sebenarnya abang tu lansung tak pandai seterika baju! Baju kerja dia, baju sekolah dia, baju melayu dia semuanya Mak Mah seterika! Teruk betullah abang tu!” kutuk Husna.
“Siapa teruk?” pertanyaan dari Haikal membuatkan Husna terdiam. Tak sampai beberapa saat dia mula tersenyum kembali.
“Abanglah, siapa lagi! Suka buli orang! Kesian kakak ipar Husna kena buli dengan abang!” Husna memeluk Ariana.
“Amboi! Bukan main berkepit dia dengan kakak dia ye? Belajar tak lagi! Minggu depan nak periksa?” tanya Haikal.
Husna terus menarik Ariana masuk ke biliknya dengan mukanya yang masih cemberut
“Tengok abang tu! Tak pernah beri peluang kat Husna lansung. Husna nak duduk dengan akak tapi dia paksa orang pergi belajar,” Ariana hanya tersenyum apabila melihat gadis itu berbicara.
“Exam Husna lagi seminggu, kan? Jom belajar! Tapi, sebelum tu Husna ambil apa?” tanya Ariana.
“Husna ambil business! Akak belajar business juga, kan? Tolong ajar Husna!” pinta Husna. Ariana hanya bersetuju. Apa salahnya menolong adik ipar belajarkan? Erk.. Adik ipar?!
TEPAT jam 11 malam, Ariana masuk ke biliknya. Dia menguap. Dia membuka tudung dan menanggalkan jubahnya lalu tidur di atas katil bersebelahan dengan Haikal yang nyenyak tidur. Dia berpaling menghadap Haikal. Tiba-tiba, Haikal memusingkan badannya lalu memeluk dirinya, dia cuba melepaskan diri tapi pelukan itu makin erat dikunci.
“Duduk diam-diamlah! Bantal peluk aku dah tiada. Mereka ambil! Jadi, sebab kau sendiri yang offer jadi bantal peluk aku. So, kau duduk diam,” kata Haikal sambil menutup mata.
Terkejut Ariana mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Haikal.Oh no!
“Don’t hug me! Aku bukannya bantal! Aku orang! Lepaslah!” Ariana cuba melepaskan diri dari pelukan Haikal.
“Kalau kau tak duduk diam, aku cium,” ugut Haikal.
“Ek eleh.. Macamlah ber..”
Cupp!
Satu kucupan hinggap di bibir Ariana.
“Siapa suruh kau tak duduk diam,” kata Haikal selamba. Manakala, muka Ariana dah memerah.
“Oh no! My first kiss!!! Tak guna punya datuk kebayan!!” jerit Ariana di telinga Haikal. Haikal terkejut namun tangannya masih memeluk tubuh Ariana. Ariana mendengus.
“Kau ni kan! Lebih baik kau diam ataupun kau akan menyesal!” ugut Haikal keras. Ariana terkaku di dalam pelukan Haikal. Ugutan Haikal masih terngiang di telinga Ariana. Lelaki! Semuanya mata keranjang! Pantang nampak perempuan berdahi licin!Ariana mendengus dan menutup kelopak matanya.
‘Huh! Macamlah berani sangat! Rupa-rupanya kena sikit pun dah takut! Huh!’ perli Haikal.
ARIANA terjaga daripada tidur apabila terdengan bunyi azan. Namun dia tidak boleh bangkit kerana tangan Haikal masih mengunci pergerakannya.
“Haikal! Haikal! Bangunlah! Aku nak mandilah!” rungut Ariana. Tiba-tiba Ariana mendapat satu idea. Dia menghembus telinga Haikal. Tiba-tiba, Haikal mengucup pipi Ariana dan terus bangun.
Ingatkan nak perkena Haikal. Rupa-rupanya Haikal perkena dia. Ceit! Kureng punya Haikal.
‘AKU ni betul ke kena kahwin paksa? Rasa macam tak je! Padan muka dia! Siapa suruh pakai baju luar alam lagi. Daripada bersopan elok pakai macam tu. Mana tak aku terpukau,’ air jatuh melimpahi tubuh Haikal.
‘Aku ni! Dah jatuh cinta ke? Tapi..tak mungkin! Mana boleh dalam beberapa jam je aku boleh jatuh cinta dengan dia! Tak patut lansung!’ Haikal menidakkan perasaannya.
‘Detak jantungku, berdebar tak menentu apabila melihatnya. Kenapa mesti begini? No! Ini tak mungkin! Memang taklah kan! Dia musuh aku! Takkanlah aku nak jatuh cinta dengan dia kan? Mustahil!’
Share this novel