Bab 28

Romance Completed 1281374

Nurlisa masih tidak dapat memulihkan hatinya, apabila melihat Syed Arman makan menggunakan tangan, sangat mirip seperti Syed Arman yang ada di dalam hatinya. Nurlisa merasakan dia berada di awangan awangan, kakinya tidak jejak ke bumi.
Nafasnya keruannya kembali mengambil tempat, kembali memberi ruang kepada peluhnya mencipta keringatnya. Dia tidak keruan, dadanya sudah hampir pecah.
Matanya memandang Syed Arman yang sedang makan tidak berkelip, tidak berketip sedikit pun. Syed Arman makan menggunakan tangan apabila sudu yang dibekalkan oleh Mak Zah cuma satu. Demi sayangnya kepada Nurlisa, dia sanggup makan menggunakan tangan, walhal dia cukup tidak suka makan menggunakan tangan ketika di luar rumah.
Syed Arman perasan dengan perubahan Nurlisa, kerana anak mata Nurlisa memandang tepat ke wajahnya, tidak berkelip. Dia cuba tidak mengendahkan kerana dia tahu Nurlisa cuba untuk mengawal kesakitanya. Dia tahu Nurlisa dalam kepayahan, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu mengurangkan beban di hati Nurlisa.
Syed Arman menyuap nasi lemak laju ke mulutnya, sambil mengunyah, dia cuba menyibukkan diri dengan membaca buku motivasi di meja diskusi itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk membuatkan Nurlisa selesa.
Kalau mengikut kata hatinya, ingin sekali dia memeluk Nurlisa kemas, membawa ke dada dengan erat, tapi dia tahu dia berada di pejabat, bukan di rumah Nurlisa. Dia memberanikan diri untuk memandang Nurlisa, cuba memberi nafas kepada kepayahan Nurlisa. Tiada tujuan lain selain dari memberi ruang oksigen kepada gadis yang berada di dalam mindanya.
“Sayang, kenapa tak makan, that day kata nak makan banyak nasi lemak ni…,” Syed Arman cuba untuk berkasih sayang dengan gadis manis itu.
“Sayang ok tak tu? Sekejap lagi air sampai, I dah minta dorang belikan,” suara Syed Arman kedengaran sangat perlahan di telinga Nurlisa. Tanpa Syed Arman tahu Nurlisa sudah tidak berada di sini lagi, dia sudah melayang ke zaman bahagianya.
Ya, Nurlisa sudah kembali ke zaman itu, zaman dia bersama sama suaminya di meja makan di rumah agam itu. Zaman yang penuh tragis, tapi dia sangat bahagia.
Nurlisa bangun dari kerusinya, kakinya melangkah ke arah Syed Arman yang duduk bertentangan dengannya. Beberapa langkah, dia sudah berada di sebelah Syed Arman. Tangannya menarik kerusi di sebelah jejaka berhidung mancung itu, berbibir seksi itu.
Nurlisa duduk di sebelah Syed Arman, kelihatan dengan jelas Syed Arman terkejut dengan perlakuan Nurlisa. Tetapi Nurlisa kelihatan sangat selesa dengan keadaan begitu.
Syed Arman menunggu dengan debar apa yang akan dilakukan oleh Nurlisa…
Dia menjadi lebih terkejut apabila Nurlisa menarik buku bacaannya dan meletakkan di tepi. Tangan Nurlisa memegang mukanya dan memaksa untuk memandangnya.
Syed Arman seperti di pukau..
“Abang, Sofea dah cakap berapa kali, kalau makan jangan sepahkan, nampak tak dah kena buku, pas tu bibir abang penuh dengan sambal tepi ni, jangan lah comot. Abang bukan budak budak,” suara itu kedengaran sangat manja, bukan manja yang sedikit, tapi manja yang penuh dengan gula.
Syed Arman terkesima.
Nurlisa mengambil tisu dan mengelap bibir Syed Arman. Jari Nurlisa memegang bibir Syed Arman lembut, mengusap penuh kasih sayang, tisu itu di sapu dengan sangat perlahan dan lembut, tidak terasa langsung kekasaran.
Syed Arman hampir pengsan dengan perlakuan Nurlisa…
Nurlisa meletakkan tisu di atas meja itu dan kedua tanganya memegang muka Syed Arman. Dia membelai wajah Syed Arman itu dengan penuh kemanjaan.
Nurlisa tersenyum bahagia.
“Abang, Sofea bahagia sangat, Sofea sayang abang, dunia sampai akhirat. Nyawa Sofea untuk abang, jiwa Sofea juga untuk abang,” habis ucapan itu, bibir Nurlisa sudah melekat dia bibir jantan Syed Arman. Kelembutan bibir Nurlisa dapat dirasa dan merusuk ke jiwa Syed Arman.
Jiwa berahi Syed Arman sudah memuncak, dia terasa kelembutan bibir Nurlisa. Bau Nurlisa membuat dia tidak keruan.
Tangan Nurlisa memeluk leher Syed Arman kemas. Kedudukan mereka sangat dekat, separuh dari punggung Nurlisa sudah berada di atas peha Syed Arman.
Syed Arman dapat merasa pelukan kemas Nurlisa.
Demi meyedarkan Nurlisa, walaupun Syed Arman berharap Nurlisa akan berada dalam dalam keadaan begitu, tetapi Syed Arman ingat, setiausahanya akan masuk bila bila masa untuk menghantar air yang dipesanya. Dengan itu dia harus berbuat sesuatu.
Syed Arman mengosok belakang Nurlisa dengan penuh kelembutan, agar Nurlisa tidak hanyut lama dalam dunia dia.
Tetapi ... belaian tangan Syed Arman itu memberi makna yang lain kepada Nurlisa.
Nurlisa merasakan kasih sayang Syed Arman yang tiada sempadan. Syed Arman sudah mati akal, bibir Nurlisa masih melekat kemas dibibirnya, lembut dan penuh ghairah.
Nurlisa masih begitu, merasakan sangat kasih dan cinta kepada suaminya.
Pertemuan bibir itu lama, sampaikan Nurlisa dapat merasakan desahan nafas Syed Arman.
Nurlisa mengigit lembut bibir Syed Arman, memberi rasa kepada bibir itu. Perbuatan Nurlisa itu menghayalkan Syed Arman. Selepas beberapa ketika, Nurlisa melepaskan wajah Syed Arman dengan kepuasan yang amat sangat.
Dia bahagia.
“Abang tu dah kenapa? Sofea kiss abang pun abang keras jer, terkejut la tu..Sofea dah tahu la nak kiss abang dulu, tak perlu abang yang kiss dulu,” suara itu sangat manja. Wajah mereka dekat, Syed Arman dapat melihat peluh menitis dari dahi Nurlisa.
Syed Arman tahu Nurlisa tidak berada di dalam dirinya, kerana peluh itu memberi jawapan.
Syed Arman bangun dan mendudukkan Nurlisa di kerusi di sebelahnya, dia tidak boleh mengambil kesempatan dalam keadaan Nurlisa sekarang, walaupun jiwa jantannya memberi arahan untuk membalas kucupan itu. Apatah lagi dia dapat merasakan bibir basah itu melekat lama, penuh kelembutan.
Syed Arman mengambil air mineral di meja Nurlisa dan meletak di tangannya. Syed Arman menyapu air ke muka Nurlisa lembut dan perlahan, dia tidak mahu Nurlisa terkejut. Dia bimbang Nurlisa akan menangis ataupun malu dengan perbuatanya.
Syed Arman dapat merasakan tangan Nurlisa mengosok pipinya yang basah. Matanya memandang tepat ke arah Syed Arman. Ketika itu Nurlisa menyedari sesuatu, tentang kedudukan dirinya, tentang tudungnya yang kembali senget.
Nurlisa seperti terkejut, reaksinya memberi jawapan kepada Syed Arman
“Boss, kenapa I bertukar kerusi, tadi bukan I duduk depan you ke?’” soal Nurlisa cemas, seperti dia menyedari kesuatu yang pelik.
Sebelum sempat Syed Arman menjawab pertanyaan Nurlisa, kedengaran pintu pejabat di ketuk. Dengan dua kali ketukan, Syed Arman memberi kebenaran masuk, itu pun selepas dia sempat mengemaskan bibirnya yang ada kesan lipstick berwarna nude itu.
“Assalamualaikum Tuan Syed Arman dan Cik Nurlisa, ini saya bawakan air. Tadi Boss pesan minuman kat café. This is fresh milk for Cik Nurlisa dan tea panas for Tuan Syed,” kata wanita muda itu seraya meletakkan air di atas meja itu.
Wanita itu tersenyum memandang Nurlisa. Tetapi senyuman itu sedikit janggal dan tidak selesa.
“by the way, biar saya kenalkan diri saya, saya Ameena, Tuan Syed Arman’s secretary. Before this saya kat Account Dept, secretary to Finance Chief Officer,” kata Ameera sambil menghulurkan tangan kepada Nurlisa.
Nurlisa tersenyum menyambut huluran tangan Ameena. Tidak pula Syed Arman mencerita tentang secretarynya.
Cantik dan seksi, detik Nurlisa dalam hatinya
“Saya Nurlisa, sorry sebab boss susahkan you pulak pasal air ni.., anyway thanks sebab belikan air,” ujar Nurlisa sopan dan lembut. Ameena memandang Nurlisa tidak berkelip dan membuatkan Nurlisa tidak selesa.
Syed Arman tidak mengendahkan pengenalan mereka. Dia buat tidak kisah.
“Cik Lisa, let’s habiskan our breakfast. We have another 20 mins,” kata Syed Arman seraya mengucapkan terima kasih kepada Ameena. Apabila merasa tugasannya selesai, Ameena melangkah pergi.
Selepas memastikan pintu ditutup, Syed Arman mengambil air dan menyuapkan ke bibir Nurlisa. Sambil menunggu Nurlisa minum, dia mengambil tisu dan mengelap pipi Nurlisa yang sedikit lembap.
Nurlisa rasa selesa dengan perbuatan Syed Arman.
“Boss, something happened ke tadi? Sebab I rasa macam lost pulak, I ada buat something weird ke?,” jujur soalan itu tetapi Syed Arman hanya mengeleng
“Takde lah, semua ok jer. Sayang lupa tadi sayang memang duduk situ. Banyak sangat fikir la tu,” Syed Arman cuba menutup cerita romantic sebentar tadi. Walaupun Syed Arman tidak berniat untuk berbuat begitu, tetapi jiwanya penuh dengan gelodak, rama rama di dalam hatinya juga berterbangan.
“Boss, I tak nak makan dah…” suara manja itu keluar lagi
“Dah kenyang dah….,” kata Nurlisa seraya bangun dari kerusinya. Kelihatan Nurlisa sedikit penat, mungkin melawan kesakitan sebentar tadi.
Syed Arman faham dengan situasi Nurlisa, dia terus menolong Nurlisa mengemas meja itu dan meletakkan nasi lemak di sudut pantry kecil di pejabat Nurlisa itu. Ya..pejabat itu dilengkapi dengan semua kemudahan, bilik air kecil, pantry kecil, sudut membaca dan sofa yang selesa yang berwarna putih. Semuanya putih dan membuatkan Syed Arman merasa amat selesa.
Dia memandang Nurlisa yang kembali membetulkan tudungnya. Di hatinya mulai risau, dia bimbang sekiranya peristiwa sama yang berlaku ketika Nurlisa keseorangan, apa akan terjadi kepada Nurlisa.
Dia juga harus mengambil tahu apa yang membuatkan Nurlisa trigger yang membuatkan dia terus tidak menjadi dirinya. Dia juga tidak melihat Nurlisa membawa ubat atau apa apa yang boleh membuatkan dia tidak bertindak di luar akal fikirannya.
Syed Arman bertekad untuk mencari hari lapang untuk bertanya dengan Nurlisa. Dia harus tahu apa yang sebenarnya berlaku, supaya dia senang untuk menolong Nurlisa.
Masalah siapa orang yang di panggil abang itu?
Kenapa Nurlisa boleh memberi kucupan kepada orang itu?
Apa hubungan Nurlisa dengan orang itu?
Janganlah di akhir cerita nanti, Nurlisa itu isteri orang, dia boleh mati angau kalau Nurlisa sudah berpunya.
Syed Arman bertekad, kisah silam Nurlisa harus di ambil tahu.
“Sayang, I nak ambik my tab and phone. Later kita pergi sama sama to meeting room,” kata Syed Arman sambil memeluk bahu Nurlisa lembut, Nurlisa harus tahu yang Syed Arman sangat sayangkan dia.
Tanpa menunggu jawapan dari Nurlisa, Syed Arman bergerak dan menutup pintu perlahan.
Syed Arman tersenyum bahagia, badai itu pasti, tapi dia akan mencari jalan untuk berbaik dengan badai itu, dia nekad.

Mereka sudah berada di bilik meeting itu 10 minit sebelum meeting bermula. Mereka masih menunggu CEO untuk memulakan mesyuarat.
Kelihatan Syed Arman sangat gentleman dan kacak di mata staffnya. Dengan memakai kemeja putih dan berseluar panjang grey, dia kelihatan seperti model.
Yang menjadi lebih macho apabila mata Syed Arman tidak berhenti dari memandang Nurlisa. Walaupun ketika itu Nurlisa kelihatan sibuk menaip sesuatu di teleponnya. Wajah Nurlisa serius dan begitu tekun dengan urusan teleponnya.
Ameena memerhati tingkah laku bossnya, secara kasarnya dia dapat mengagak bossnya sudah jatuh hati dengan Nurlisa, kerana mata bossnya tidak pernah melepaskan pandangannya pada Nurlisa. Tetapi yang menjadi kehairanan, Nurlisa seperti biasa, tidak teruja dengan bossnya.
Gadis cantik seperti Nurlisa pasti ramai yang mengidamkan, gerutu hati kecil Ameena.
Ameena leka memerhati Nurlisa pula. Gadis berkulit putih yang mempunyai wajah yang menarik, wajah melayu yang menjadi Idaman setiap orang. Hari ini Nurlisa berbaju kurung Pahang, berwarna hijau lumut, dengan tudung shawl berwarna cream. Kelihatan sangat anggun dan persis model di pentas peragaan.
Walaupun berbaju kurung, Nurlisa sangat seksi, matanya besar dan galak, bibirnya juga menjadi Idaman setiap wanita. Dia tidak perlu bermakeup tebal, tapi kecantikannya tiada bantahan lagi.
Ameena memerhati dirinya sendiri. Jauh umpama langit dan bumi, gerutunya sendiri
“Cik Lisa, saya dan email last update for event. Some changes on the menu and dewan layout. Cik Lisa view dulu, Event Manager Hotel just email me the details,” suara Danish memecan kesunyian. Nurlisa mengangguk memandang Danish sambil tersenyum.
“Danish, our guest dah final kan? We reserved one table to CEO right? We need to update CEO nanti. And we need one more table for us,” ujar Nurlisa sambil memandang Danish. Danish membalas senyuman Nurlisa.
Danish kagum dengan cara Nurlisa berkerja. MC 2 hari tidak menjauhkan dia daripada kerja. Semua task ada di dalam benaknya.
Semua percakapan untuk menjadi perhatian Syed Arman dengan penuh minat. Dia sedikit cemburu kerana Danish mendapat senyuman Nurlisa, senyuman yang manis pulak tu…
Dalam menunggu CEO di bilik meeting itu, telepon Nurlisa berdering nyaring. Deringan itu mengejutkan Nurlisa yang leka menaip sesuatu di laptopnya. Tanpa berlengah dan tidak mahu menganggu yang lain, Nurlisa pantas menekan button hijau dan terus menjawab dengan suara yang sangat perlahan.
“Waalaikummusalam abang, Lisa tengah meeting. Nanti Lisa call abang balik,”
“Aah, Lisa lupa sangat, will do it now, wait there abang, give me 5 mins,”
“Sorry, thanks abang, miss you too,”
Suara perlahan Nurlisa itu sangat jelas di telinga Danish dan Syed Arman, kerana mereka berada di sebelah kiri dan kanan Nurlisa. Mereka berpandangan sesame sendiri, kehairanan kerana perkataan “miss you too” sangat jelas dan terang
Nurlisa pantas membuka emailnya dan menghantar email kepada agency bagi memberi kebenaran untuk Haiqal untuk memasuki rumahnya di Arau. Kerana banyak peristiwa berlaku, Nurlisa hampir terlupa tentang janjinya kepada Haiqal.
Perlakuannya mendapat perhatian Syed Arman dan Danish. Mereka seperti terkedu apabila ada insan yang dipanggil abang dan seperti mereka sangat mesra. Danish seperti perasan yang Syed Arman seperti cacing kepanasan. Riak cemburu amat jelas dimatanya.
“Assalamualaikum semua, maaf sedikit lambat sebab ada conference call tadi dengan Branch Jakarta. Sekolah Tahfiz kat sana hampir siap dah, alhamdulilah,” kata Mr CEO sambil menarik kerusinya. Mereka yang berada di bilik mesyuarat itu bangun tanda memberi hormat kepada CEOnya. Mereka tersenyum mengangguk mengiakan berita yang dibawa oleh CEOnya.
“Tuan Syed Alawaludin akan join kita sekejap lagi, kebetulan Mr Chairman ada sini, dia ada meeting dengan CFO, semua boleh duduk” Syed Adam meletakkan laptop di atas meja itu. Dia perasan Syed Arman memandangnya sambil tersenyum, di sebelahnya pula si gadis manis itu.
Sah, hati adiknya sudah tiada di situ, hatinya sudah berpindah ke hati Nurlisa. Kelihatan gadis itu tersenyum padanya, sambil menaip sesuatu di laptopnya. Seketika kemudian kelihatan Nurlisa menunjukkan sesuatu di laptopnya kepada Syed Arman sambil matanya memandang kepada Syed Arman.
Mereka saling mengangguk dan tersenyum.
Manis, bagai pinang dibelah dua, sama padan, kata hati Syed Adam.
“Cik Nurlisa dah sihat? I dengar you mc for 2 days,” tegur Syed Adam ingin mematikan angau Syed Arman. Dia ingin mengusik adiknya
“alhamdulilah Tuan Syed, dah sihat sikit… dah excited nak kerja ni,” jawapan ikhlas itu memberi kebenaran, kerana dia tahu Nurlisa begitu taksub pada kerjanya.
Syed Adam tersenyum, bau perfume YSL adiknyanya memang mengundang bauan ke seluruh bilik itu.
Nurlisa juga sudah terbiasa dengan bau itu, malah biliknya juga mempunyai bau yang sama. Sudah beberapa hari dia tidak menyembur bauan itu di bilik, semenjak dia tidak berapa sihat.
Mereka memulakan mesyuarat setelah Tuan Syed Awaludin menyertai mereka. Syed Arman yang mengetuai meeting itu dan semuanya berjalan lancar. Semua task dah finalise and mereka cuma perlu berkampung di hotel itu seawal pagi Sabtu itu.
“Alhamdulilah, semuanya in place. Thank semua for today. Jumpa on Saturday ya, Arman dan Nurlisa boleh stay sekejap, we need to discuss something,” Syed Adam menamatkan meeting mereka dengan senyuman.
Setelah yang lain beredar, Syed Arman menutup pintu.
Di bilik meeting itu hanya dia, Nurlisa, Babah dan abangnya. Syed Arman berdebar, sangat berdebar, dia risau takut takut Babahnya masuk campur tentang urusannya dengan Nurlisa. Dia memandang Babahnya meminta simpati
“Ok..kita sambung ya, Babah nak say something dulu, before Adam sambung,” ujar Syed Adam sambil memandang Syed Arman
“Sorry Cik Lisa, ini meeting family, jadi Cik Lisa kena jadi family jugaklah, tak apa kan?” Syed Awaludin bersuara dan perkataannya itu membuatkan Nurlisa tersentak.
Nurlisa memandang tepat ke arah Syed Arman. Dengan pantas Syed Arman mengeleng kepalanya sambil membulatkan matanya. Dia tahu apa pertanyaan Nurlisa walaupun tiada suara yang keluar.
“Maksud saya, kalau bersama Adam dan Arman, normally saya akan convert to family meeting, saya Cik Nurlisa perlu biasanya dengan perkatan Babah, Arman dan Adam, takper kan?,” Syed Awaludin cuba memahamkan Nurlisa kerana Nurlisa mula menjeling Syed Arman
Nurlisa tahu Syed Awaludin ingin menjadikan suasana tidak kekok pada dirinya
“Eh..takper Tuan Syed, saya ok, boleh panggil saya Lisa…,” balas Nurlisa lembut dan sopan. Dia berasa serba salah dengan keramahan Syed Awaludin, Chairman Endah Holdings ini.
“Ok Lisa, cantik nama tu. Arman, no need to worries, Babah tak susahkan Lisa. Babah akan susahkan Arman nanti, Adam..pls continue,” arahan itu sangat tegas dan dalam masa yang sama penuh dengan kasih sayang
“Thank babah, Arman dan Lisa, project Arau ni Babah dah agreed nak pass to Arman and Lisa, to handle from start to end. Ini Rumah Tahfiz yang pertama under our project di Malaysia, jadi abang nak Adam dan Lisa buat betul betul. By next week, our Arkitek from Endah Construction akan transfer to Yayasan Endah. Ada 2 orang and they will assist Arman dan Lisa. Next week Adam and Lisa need to start from design and layout,” Syed Adam menerangkan satu persatu.
“Abang dengan Babah dan settlekan pasal tanah and contactor. Kita buat direct award to Mega Holdings. Mega akan start discussion on the price and related after you guys submit the project plan. Abang dan Babah percaya Arman and Lisa boleh buat. Ini project amal kita. Saham untuk kita semua nanti. Semoga ramai tahfiz kita boleh tolong nanti,” Nurlisa semakin respect dengan family Syed Adam.
“Nanti Lisa boleh start colloberate dengan Tahfiz from Turki atau Mesir, Lisa boleh pergi visit them untuk belajar dengan mereka. Perlu untuk kita belajar daripada mereka yang sudah berjaya,” kata kata Syed Adam itu menikam jiwa Nurlisa, kerana suasana perbincangan ini seperti sebuah keluarga.
Ya…ini bapa mertuaku, abang iparku.. Lisa cuba mengawal kesedihannya.
“Ok Babah, habis my update session, simple and padat. Thanks Babah sebab terima cadangan Adam untuk serahkan project ni to Arman dan Lisa. Adam boleh concentrate dengan project lain,” suara Syed Adam seperti sangat gembira.
Syed Arman memandang abangnya dengan penuh kasih sayang. Dia tahu abangnya sangat sayangkannya.
Syed Awaludin hanya tersenyum dan menepuk bahu Syed Arman mesra.
“Babah nak Arman dan Lisa work as teams dan Babah nak project ni berjaya. Babah percaya Arman dan Lisa akan make it successful. Babah tunggu saat tu…” balasan kata kata daripada Syed Awaludin itu hampir membuat Nurlisa menitis air mata.
Kalau lah mereka tahu aku siapa, tak mungkin mereka akan melayan aku begini, detik hati Nurlisa.
Status aku seperti langit dan bumi, jauh dan tak mungkin boleh sama, hati kecil Nurlisa berkata sedih.
“Saya tak tahu nak cakap apa, but thanks sebab percaya pada saya. This is new for me, tapi insyallah saya akan work hard for success. Thanks again,” Nurlisa menuturkan kata dengan sedikit getaran. Dia teruja tetapi dalam masa yang sama terasa jauh.
“Arman pun sama, terimakasih for Babah and Abang. Arman masih baru walaupun tahu sedikit sebanyak sebab selalu tolong abang selama ni. Abang kena tolong Arman, Babah pun..sebab Arman will ask for help nanti. Arman nak Babah dan Abang sama sama involve dengan idea and advice. But Arman promise to make sure everything will be in place,” suara macho lelaki itu kedengaran sangat manja. Nurlisa menoleh Arman sambil tersenyum malu. Dia tahu Arman begitu teruja.
Mesyuarat habis di situ dengan lembaran kehidupan baru terbuka luas buat Arman dan Nurlisa
Bersambung…
Gadis manis itu termenung bila meningati peristiwa malam tadi. Dia hampir di rogol oleh tuannya apabila tuanya mabuk teruk. Dia cuma mahu menolong membasuh muntah yang bertaburan di lantai bilik atas itu. Baunya juga sangat meloyakan.
Kata kata tuannya semasa mabuk sangat menyentuh jiwanya. Dia dapat merasakan kedukaan tuanya. Dia juga dapat merasakan tuanya dalam kesakitan jiwa yang amat sangat.
Dia tertekad, dia harus menolong tuannya walaupun apa pun jalannya. Diam mahu melihat wajah handsome itu tersenyum. Dia belum pernah melihat senyuman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience