Rate

Kisah 3

Other Series 805

2 kisah sebelum ini terjadi pada ketika aku masih di tadika. Tetapi dua tadika yang berbeza. Ayah aku bekerja sebagai seorang penjawat awam. Memang lumrah kami sekeluarga berpindah- randah.

Selepas itu, sebaik sahaja aku tamatkan zaman tadika, aku memasuki sekolah rendah. Hmm.. sekolah rendah. Pada waktu itu,aku amat popular kerana jawatan yang ayah aku pegang.

Jadi,memang ramai yang mengenali aku. Sehinggakan ada lagi yang membenci dan dengki terhadap aku. Dari aku tadika sehingga aku di universiti memang aku tak habis-habis jadi bahan dengki orang.

Aku malas hendak membuka cerita zaman sekolah rendah. Hanya waktu yang paling aman buat aku adalah 2 tahun akhir bergelar pelajar sekolah menengah. Pada waktu itu,Allah anugerahkan aku dengan rezeki yang paling keramat iaitu tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience