Rate

Kisah 2

Other Series 805

Selepas beberapa episod duka aku ketika di tadika, aku mungkin terlalu muda ketika itu. Tidak menyedari bahawa kewujudan aku tidak disenangi semua orang. Tetapi, aku mampu untuk tutup sebelah mata mengenai perkara itu.

"Khairin, kau bagi buku sticker tu kat aku,kalau kau tak bagi putus kawan." Wah. Selamba beruk budak permpuan setadika ugut aku. Aku pandang buku sticker aku. Lepas itu,aku pandang muka dia balik.

Buku itu kepunyaan aku. Kakak aku yang hadiahkan. Jauh dalam benak fikiran aku, aku terfikir, "Nabilah,kau bagi buku ni kat perempuan tu,nahas kau kakak kau akan kerjakan.Tapi,kalau aku tak bagi,dia nak putus kawan..Arghh!!! acaner ek? Aku rasa lebih baik aku tak layan budak tu. Ramai lagi ni yang nak jadi kawan aku."

Akhirnya,aku tidak melayan karenah budak itu. Aku abaikan ugutannya. Lepas itu aku sedar dia menangis. Tetapi aku tak endahkannya. Aku berlari dan terus turut serta ikut kawan lelaki aku bermain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience