Rate

2

Romance Series 4814

"Hello. I'm Aurora." sapa Aurora kepada penyambut tetamu di syarikat itu. Berpakaian serba merah hati membuatkan hatinya
bertambah berdebar.

'Gila merah dia ni. Lain macam dengan mata-mata sekali merah. Hantu ke apa ni'

"Hello Miss. I'm Jenny. You have an appoiment with boss right ? You may go to level 7" jelas Jenny.

"Thank You babes", senyum Aurora.

****
Aurora berdiri betul-betul di hadapan bilik CEO HD company yang ditunjukkan oleh Mia, salah seorang pekerja di situ.

'Fuh! Focus Rora. Focus! Try je. Daripada kau jadi lawyer!!'

TokTokTok!!

"Masuk!"

'Garangnya suara'.
Aurora membuka pintu. Dia cuba tersenyum untuk sembunyikan debaran di dada.

Terkejut Aurora bila lelaki itu bersuara. Belum sempat untuk dia duduk.

"Nur Dian Aurora binti Ahmad Bakri. Hmmmm... Nice name"

Hazhan mengangkat kepala untuk melihat siapakah orangnya. Pup! Pennya terjatuh dari genggamannya. Matanya ralit memerhati perempuan dihadapannya. Berbaju kurung Pahang bercorak bunga-bunga kecil berwarna biru laut dipadankan dengan tudung plain berwarna biru gelap menyerlahkan lagi kecomelan gadis yang bernama Aurora itu.

'Kenapa hati aku dupdap dupdap ni. Takkanlah aku ...'

"Errr.. Encik?" gugup Aurora. Rasa seram sejuk bila dia diperhati begitu.

"Sorry. Okay so .. Dian .. or should I call D ? Okaylah D. Kelulusan law. Why you want this job?"

'D? mamat ni nak mati ke main D D pulak. Daddy ke apa? Resdung jugak kau kang aku kerjakan'

"My dad paksa I untuk ambik law. But at the same time I tak minat so I tekad nak kerja ni"

Hazhan ralit memerhatikan Aurora. Dalam ramai gadis dia kenali, baru kali pertama dia merasakan gadis ini mampu membuatnya terkesima. Pelik. Selama ni dia garang dengan pekerja. Tetapi kenapa dengan gadis ini hatinya berdegup kencang.

"Okay approved! Esok datang kerja. Pukul 8 mesti dah ada. Esok I tunjukkan you meja you."

"Really? Like seriously? You terima I kerja?"

Terangkat kening Hazhan bila Aurora menggelarnya 'You'.

'Dia ingat aku BF dia ke main you you'

"Okay esok sebelum subuh I sampai. Ok Sir? Saya boleh balik dah kan. See u when I see u", Aurora terlebih happy sehingga lupa menjaga adabnya ketika interview. Dia terus berjalan ke arah pintu.

"Wait D!"

Terkejut Aurora. Dia pantas menoleh. Peluh mula menyimbah dahinya bila Hazhan bangun dan duduk dia atas bucu mejanya sambil memerhati Aurora atas bawah.

"You know my name?"

"Errr.. No?" , takut-takut Aurora menjawab.

"Okay. You keluar. You tengok dekat pintu bilik I okay? Okay you may go now"

Aurora tersengih malu. Dia berjalan selepas menutup pintu. Langkah terhenti dan dia menoleh ke belakang untuk melihat pintu yang dimaksudkan. Errk! Nafasnya mula sesak.

'OMG! This guy!'

****
Hazhan Iskandar bin Abd Halim

Nama itu terngiang-ngiang di dalam mindanya. Dadanya terasa sesak.

'Kenapa mesti dia. Aduhhh! Macam mana aku nak kerja esok nih. Malunyaaaaa!!!'

**** Flashback 3 tahun lepas

Uuuuuuuu ada sale la dekat kedai tu. Mata Rora mula bersinar melihat banting yang tertulis 80% sale. Dia cepat-cepat berlari ke arah kedai kasut itu. Namun langkah nya terhenti bila dia terlanggar seseorang. Lelaki itu terus menoleh ke belakang sambil membuka spec hitamnya.

"Mata U letak mana. Dalam banyak-banyak jalan, jalan ni jugak U nak lalu!" tengking lelaki itu.

Terkejut Aurora apabila ditengking. Terasa mahu menangis!

"I'm sorry. My bad. Saya minta maaf ye encik. Sungguh saya tak sengaja" pinta Aurora sambil menggenggam kedua-dua tangannya sebagai tanda minta maaf. Aurora cuba untuk senyum seikhlasnya.

"Awak dah buat this coffee tumpah dekat baju I. Now say what dear?! Mata U tu I rasa kena cuci la. U ada pergi carwash tak mintak cuxi sekali mata U? I nak pergi meeting tau tak?!"

'Eh dia ni. Aku debik kang. Carwash untuk kereta la bro. Aku brainwash kau kang'

"Ya Allah! Saya minta maaf. Okeyh encik nak meeting kan. Encik bagi saya number orang yang encik nak jumpa tu. Just give it please" rayu Aurora bila lelaki itu terdiam dan hanya memndang sinis terhadapnya.

Akhirnya lelaki itu memberikan nimbor client nya kepada Aurora. Dengan pantas Aurora menelefon nombor tersebut

'Ini lah sebab kenapa aku tak suka perempuan zaman sekarang. Lembab. Menyusahkan orang!' bebel Hazhan sambil menjeling Aurora yang sedang berusaha menelefon client nya.

"Ok dah settle. Saya dah cakap dengan client awak yang awak lambat sikit sebab awak tertumpah coffee dekat baju. Oh yaa! Ini ada baju kemeja untuk awak. Saya belikan untuk ayah td tapi sebab baju awak dah kotor, awak ambiklah sebagai ganti okey?" senyum Aurora.

Hazhan terdiam. Kenapa perempuan ni langsung tak melenting ?

"Oh ya. Siapa nama awak?!" Tanya Aurora sebelum melangmah pergi.

"Hazhan. Hazhan Iskandar bin Abd Halim"

"Oh encik Hazhan. Lainkali setiap masalah settlekanlah cara elok. Janganlah marah-marah. Makin become worse tau nanti" pesan Aurora sambil mengenyit matanya sebelum berlalu.

Terkedu Hazhan. Terkedu bila diperli. Tambah terkedu bila dikenyit mata oleh Aurora.

'Kenapa nasihat dia sama macam Mommy nasihat? Kenapa dia tak melenting bila dia kena marah? Kenapa dia sama macam Mummy'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience