Rate

1

Romance Series 4815

Lumrah hidup perempuan. Punyalah banyak baju yang dibeli, tapi bila nak jalan aje pening nak pilih baju. Why Why Why ?!

"Aurora! Kenapa lambat sangat nih! Mama rasa kalau masak batu pon dah cair agaknya!"

Aurora turun tangga.

"Mama kalau buat contoh .. Tak nak kalah. Batu jugak umpannya"

"Lama sangat adik ni. Mama ingat adik bukak kilang tenun sutera dalam bilik"

Aurora hanya senyum senget sambil mencium pipi mamanya, Puan Afidah. Dia cepat-cepat capai kunci kereta mamanya sebelum mamamnya membebel lagi.

"Pergi dulu Ma. Love U."

Afidah hanya menggeleng melihat anaknya kesayangannya. Ya. Itula satu-satunya anak yang dia ada selepas dia disahkan tidak boleh mengandung lagi. Oleh kerana itulah dia sangat menapis lelaki yang hendak berkawan dengan anaknya. Tidak dinafikan, kawan-kawannya amat meminati Aurora kerana sifatnya yang 100% copy akan dirinya. Suka memasak. Suka membasuh kain. Suka mengemas rumah. Senang cerita Aurora sangat sempurna untuk dijadikan isteri. Namun Aurora masih single sekarang bukan kerana dirinya tetapi kerana Aurora sendiri yang masih mahu hidup di bawah ketika ibu bapanya. Bagi Aurora dia masih belum sedia hidup dengan orang lain selain ibu bapanya.

"Abang!" jerit Afidah.

"Iye Fida. Abang turun ni ha" .

"Macam mana anak nak rajin dah kalau ayah nya pun sama je bangun lambat".

"Allahu. Baru pukul 9 la Fida. Hehe. Adik mana?".

"Amboi. Elok sangat la tu bangun lewat. Adik keluar cari baju. Esokkan dia nak interview dekat company HD."

"Ooooo. Halim tahu tak adik nak datang esok?"

"Fida dah bagi tau Hasmah tadi."

"Adik tu sampai bila tak nak jadi peguam. Lulusan tinggi. Penat abang hantar dia ambik law. Tuptup nak ambik job setiausaha"

"Biarlah dia bang. Asal dia nak kerja je Fidah dah syukur."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience