Luahan

Family Series 1659

Aku seorang pelajar bermasalah bila tiba nya satu perkara yang tak pernah aku alami iaitu Umi dan Ayah aku bercerai.

Akhir tahun 2015, di kampung aku Kampung Seri Pilah, Negeri Sembilan. Malam yang gembira untuk aku dan maman (gelaran untuk abang aku) bermain bersama saudara. Masa tu ada pak long dan uwan (uwan tu nenek) sebagai saksi pada malam tu.

Tengah syiok main dengan dia orang dengar umi dan ayah menjerit marah marah bergaduh. Aku terkejut lah. Apahal do memalam bertekak macam tu?

Tengok tengok ayah start enjin kereta dia terus pecut keluar dari kawasan rumah tu.

Esoknya, maman buat muka benci dekat umi aku pun tak tau kenapa. Tapi benci sebencinya. Terus dia buat keputusan petang tu dia nak balik shah alam.

Aku duduk kampung dengan umi. Malam itu la yang aku dapat terkanan pertama.

"ayah kau tu sajo yo lah macam tu. Tak guno ayah kau tu" kata uwan

Aku hanya mengiakan dan senyum sebab bagi aku itu tak ada apa la kot.

Bila lepas sebulan macam tu ayah call cakap "adik siap siap lah ayah nak ambil kita pergi melaka. Bagi tahu umi tau"

Aku happy. Happy sangat. Biasa lah budak budak kan kalau berjalan mesti suka. Tapi bila aku bagi tahu umi dia cakap "Adik kalau nak pergi pergi la. Umi tak ikut. Tapi nanti adik balik sini balik tau jangan ikut ayah balik"

Okay lah aku janji nanti aku balik semula. Tapi bila pergi melaka. Ayah aku bawak aku berjalan jalan kesana kemari. Tiba masa untuk aku pulang.

Aku cakap dekat maman "man nanti kita balik tau adik nak jumpa umi" tapi bila ayah aku tak hantar aku aku menangis lah. Aku dah janji kat umi yang aku akan balik. Tapi ayah tak hantar.

Kawan, aku menangis bila tulis cerita ni semula. Jujur aku menangis.

Waktu sampai rumah aku dekat jalan kebun. Aku tak boleh tidur fikir macam mana umi dekat kampung? Mesti umi tengah tunggu aku tapi aku tak balik.

Aku sebersalah sangat. Aku takut nanti umi ingat yang aku tak nak duduk dengan dia... aku menangis nak balik tapi ayah aku tak bagi aku balik.

Aku tak pernah berjauhan dengan umi. Jadi itu kali pertama berjauhan sampai la masuk nya sesi persekolahan 2016.

Ya allah, buka sekolah selalunya umi kejut aku bangun pagi dia siap kan aku betul kan tudung gosokkan baju siap kan makan cium aku sebelum pergi sekolah tunggu orang jemput aku untuk pergi sekolah. Tapi.. tapi itu kali pertama mula sekolah tanpa dia. Kawan kawan yang lain semua mak abah dia ada. Tapi,aku call umi dan hanya bercakap dalam fon. Aku call

"Hallo umi" kata aku
Umi pun balas "adik dah siap ke nak pergi sekolah? Adik dekat mana?" Suara dia sebak korang.
Aku jawab "dah siap. Adik dalam kereta nak pergi sekolah" aku nak menangis tapi aku tahan sebab itu hari pertama aku bersekolah tanpa dia dan aku tak nak orang tahu yang aku sedih.
"Nanti lepas balik sekolah cerita dekat umi ye apa adik buat dekat sekolah" setiap hari lepas balik sekolah aku mesti akan cerita apa yang aku buat dekat sekolah dekat umi.

Kawan, malam ni sambil tulis novel... aku sedih sangat bila kenang semula.. itu baru berjauhan aku tak boleh bayangkan jika dia betul betul jauh dengan aku dan aku tak dapat jumpa dia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience