Pindah Duduk Kampung

Family Series 1659

Ya, hari Isnin hari pertama aku masuk ke SKSP. Ramai budak situ tengok tengok aku (macam aku ni retis pulak dok interview). Lepas tu aku naik masuk pejabat. Guru besar sampai panggil aku dia bawak aku pergi kelas. Memula ingat dia garang.. rupa nya comel je dia tu nama dia Cikgu Karim ayah angkat aku.

"Kamu sebelum ni sekolah dekat mana?" Dia tanya.
Aku pun jawab ah "Sekolah dekat bukit rimau lepas tu pindah senawang"
"Ayah mana?" Aku diam jap.. lepas tu aku cakap "Ayah dekat shah alam kerja"

Lepas tu sampai kelas kerekter sebenar dia keluar comel je wey macam cikgu tadika!!!

"Assalamualaikum~ cikgu ado kosong tak? Ni ado pelaja baru ha" kata Cikgu Karim

Semua pandang aku cam happy dapat student baru.

Tapi bila cerita pasal cikgu karim ni. Rindu pulak dekat dia. Haih dah lost contact. Dia baik. Dia dapat pikat hati aku sebagai seorang pelajar dan buat aku semangat. Waktu dia pergi haji. Aku pelajar yang menangis bila tengok bilik dia kosong. Aku tertunggu tunggu bila cikgu nak balik ni!!

Selalu wassap dia tnya khabar. Tiap tiap hari lepas balik sekolah tanya dia "cikgu bila nak balik" "cikgu bila nak balik" rindu sangat dekat dia. Aku anggap dia tu macam ayah aku sendiri tau. Manja je cikgu tu. Rindu nya lah dekat cikgu.

Time upsr dia tak ada tak happy aku. Selalu nya time exam dia ronda kelas lepas tu dia berhenti kat meja aku. Tanya soalan kacau kacau aku. (Bukan menggatal tapi itu cara kami bergurau antara dia seorang guru dan aku seorang pelajar.. tapi tak la melebihi cara gurau tu ada batasnya)

Dia tu cikgu paling baik dan cikgu yang aku dapat bermanja sepanjang aku sekolah.. sebelum ni sekolah tak pernah ada yang macam tu..

Keputusan upsr aku pun tak de la bagus sangat aku dapat 3B 2D 1C tapi dia tetap happy untuk aku. Yer aku tau aku ni pelajar teruk aku bukan nye banyak belajar tapi aku banyak tertekan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience