Bab 68

Romance Completed 1280357

Selepas bersarapan bersama sama ibu mertuanya, Nurlisa bergerak ke Arau seawal 6 pagi. Dia mematikan telefonnya, hatinya masih berbalam apabila meningatkan berkenaan ig Sharifah Sakinah.
Melihat segala perli laku Sharifah Sakinag, hatinya terlalu sakit, Allah sahaja yang tahu. Dia sudah neutralkan hatinya, tapi sakitnya teramat sangat.
Setiap kali di sakiti, setiap kali juga dia ingin pergi jauh, tetapi wajah suaminya tidak membolehkan dia pergi. Dia juga tidak tahu sampai bila, dia juga tidak pasti dengan apa yang harus dilakukan.
Entah bila lah bodohnya akan pergi daripada dirinya.
~Ameena/Danish, today is my travelling day and I off phone ya today. Tomorrow will call you for udpates~
Sebelum bertolak dia menghantar text kepada Ameena dan Danish, untuk memberitahu tentang perjalanannya dan seterusnya dia mahu megelak daripada Syed Arman.
Hatinya berdarah dan lukanya bertambah dalam, untuk hari ini , dia seperti sedar tentang kebodohannya, selama 6 tahun ini.
Dia perlu jauhkan diri, jauhkan rasa dengan Syed Arman, dia perlu berbuat begitu. Walaupun ibu mertuanya beria ria memberi cadangan untuk dia bersemuka dengan Syed Arman, tetapi dia perlu melihat kesan kepada dirinya dan orang sekelilingnya.
Dia tidak mahu normal biasa di dalam hidupnya akan bertukar kerana tekanan daripada keluarga Syed Arman dan Sharifah Sakinah. Dia banyak berfikir, dia tidak mahu Syed Arman membuat keputusan di dalam ingatan yang tidak berasas dan pastinya keputusan tidak mungkin berpijak kepadanya.
Sebab yang paling besar adalah tiada saksi yang semasa mereka bernikah, dia ada sijil nikah, tetapi 6 tahun dulu dan mungkin tiada yang mempercayai.
Tiada….


**********************************

Tepat pukul 6 pagi, Syed Arman Sudah terpacak di parking kereta di kondo yang di diami Nurlisa. Dia tidak dapat tidur semalaman kerana teringatkan Nurlisa. Dia perlu berjumpa dengan Nurlisa, semoga kata kata maafnya menjadikan perjalanan Nurlisa selamat sampai ke destinasinya.
Syed Arman mematikan engine keretanya. Dia membuka sedikit tingkap dan bersandar di kerusinya di dalam kereta mewahnya. Dia tidak mahu menapak keatas, dia tidak mahu mengganggu Nurlisa, cukuplah mereka bertemu di bawah.
Syed Arman tertidur di dalam keretanya, apabila terjaga dia melihat jam sudah menunjukkan 7.45 pagi, tetapi kereta Nurlisa masih di situ.
Dia pantas mendail mobile Nurlisa, tetapi hanya voice mail yang menjawab dan pastinya Nurlisa mematikan teleponnya.
Syed Arman gelisah, masakan Nurlisa belum bangun, sedangkan dia sepatutnya sudah bertolak, atau gadis itu mungkin plan untuk bertolak lambat.

Syed Arman bersoal jawab dengan dirinya.
Tetapi…
Danish memberitahunya, Nurlisa akan bertolak pagi, selepas subuh. Sebab itu dia terpacak disini untuk berjumpa Nurlisa.
Syed Arman mendail mobile Danish, untuk meminta kepastian.
“Cik Lisa dah bergerak Boss, dia text I selepas subuh tadi, dia kata akan off phone and esok baru on balik, sebab esok ada meeting, today is her travelling day,” itu jawapan Danish dan Syed Arman kebingungan.
Kenapa kereta Nurlisa masih disini?
Dia terus mendail mobile Ameena. Setiausahanya sangat dingin dengannya semenjak dia menukarkan Nurlisa ke Arau.
“I tak sure pulak dia bertolak dengan apa or siapa? Dia cuma inform I dia dah bertolak, esok baru dia on phone sebab ada meeting, Kalau boss ada apa apa pasal project, boleh refer to Danish. Nurlisa dah siapkan semua update project and share with Danish,” itu jawapan Ameena.
Syed Arman terus membuka instagramnya dan ingin melihat ig Nurlisa dan Eusoff, dia menandaikan Nurlisa pasti bersama Eusoff.
Panas hatinya bertandang lagi, dia seperti ingin meletop apabila melihat kemesraan mereka di instagram. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia tidak boleh melihat Nurlisa memandang lelaki lain, apatah lagi di dekat oleh lelaki lain.
Syed Arman melihat story terbaru yang di post oleh Nurlisa pada jam 12 pagi.
Di dalam ig story itu, Nurlisa mengengam tangan seseorang, seperti lelaki dengan caption;
“Tidak sabar untuk sampai kesana, kerana di sanalah bermula semuanya”
Syed Arman beberapa kali melihat gambar itu, entah kenapa dia pasti itu tangan Nurlisa, tetapi siapa lelaki itu, adakah Eusoff?
Dadanya panas, dia terasa ingin menjerit untuk melepaskan amarahnya.
Dia terus scroll ig Eusoff dan melihat ig story yang terkini.
Post yang di update setengah jam yang lepas, yang terlihat gambarnya sedang menikmati coffee Starbucks bersama Nurlisa dengan caption;
“Jaga diri princess, I akan menyusul”
Syed Arman menghempaskan teleponnya ke tempat duduk penumpang, dia keluar daripada kereta dan menyepak tayar keretanya. Dia sudah tidak boleh terima semua sakit hatinya.
Fikirannya ligat berfikir, hatinya sudah tidak keruan.
**********************************

Nurlisa sampai ke rumahnya tepat jam 6 petang, itu pun setelah dia berhenti solat, membeli sesuatu untuk di makan dan peralatan mandinya.
Dadanya sebak memandang rumah peninggalan ayah, dirumah ini lah dia mendapat tahu dibesarkan, dimanjakan, dimuliakan oleh keluarganya.
Nurlisa mengambil kunci di peti besi dan mula membuka pintu pagar elektrik itu, airmatanya merembas keluar,
“Mak, ayah, adik baik, adik rindu mak dengan ayah,” dengan bacaan bismillah, Nurlisa membua pintu dah memasuki rumah yang sudah 6 tahun di tinggalkan.
Untuk beberapa hari, Nurlisa tidak bercadang untuk keluar dari rumahnya, dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Kebetulan pagar rumahnya tinggi, jadi susah untuk mereka di luar nampak pergerakannya.
Dia tiada mood untuk bertegur sapa, mungkin selepas beberapa hari dia akan kerumah ibubapa Haiqal dan Pak Leman. Dia perlu berjumpa mereka kerana mereka yang banyak menjaganya selepas kematian kedua orang tuanya.
~Abang, ni 2nd number adik. Adik guna 2 phone sekarang. Adik ada kat rumah kita ni, adik baru sampai, adik ada outstation kat Arau, tak sure berapa lama. Adik plan kita buat birthday Eiman kat Langkawi la abang, lama dah tak pergi sana. Adik ada urusan penting kat sini, adik mungkin lambat balik KL. Kalau abang setuju, adik akan book hotel kat homestay kat Langkawi. Salam untuk kakak abang ~
~Kaklong, ini 2nd number adik, adik guna dua phone sekarang. maaf sebab adik dah lama tak chat kaklong, adik nak cakap yang adik sayang kaklong, dari dunia sampai akhirat. Adik nak cakap yang kaklong jaga adik dengan baik, kaklong jaga abang long dengan baik, kaklong jaga Eiman dengan baik. Alhamdulilah, adik ok, ada banyak perkara yang adik nak cerita dengan kaklong. Now adik kat Arau sebab outstation, lepas habis kisah kat sini, adik akan balik sana terus. Adik plan nak buat birthday Eiman kat Langkawi, nanti kaklong discuss dengan abang long ya, apa apa chat adik~
Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Nurlisa ke dapur untuk memasak nasi untuk di makan. Selepas sampai ke rumahnya, dia menghabis masa selama sejam untuk menikmati persekitaran rumahnya, memeriksa kesemua bilik dan kesemua ruang.
Dia seperti melihat ibunya memasak di dapur, ayahnya menyiram pokok bunga ibunya, abangnya menelaah pelajaran. Dia sangat rindukan saat saat itu, yang tidak mungkin datang lagi.
Rumahnya bersih, dijaga rapi untuk agency yang di lantik abangnya. Rumah peninggalan ayah dan ibunya mempunyai 5 bilik, rumah ini adalah hasil rekaan ayahnya dan dibina di atas tanah yang di beli daripada penduduk kampung.
Di tingkat bawah ada 3 bilik, dan di atas pula biliknya dan abangnya, ayahnya juga membina ruang tamu yang luas di atas, untuk dia dan abangnya bersantai. Setiap bilik mempunyai bilik air kecil, dan rumah yang dibina ayahnya cukup selesa untuk mereka berempat.
Sudah 6 tahun rumah ini di tinggalkan, tetapi masih bersih terjaga rapi. Dia sudah memberitahu agensinya semalam tentang kedatangannya. Contract penjagaan rumah abangnya bersama agensi masih berjalan seperti biasa, mereka perlu membersihkan seminggu sekali, walaupun dia berada dirumah.
Dia masih teringat tentang adik iparnya, sangat memahami apa yang dia terjadi, memahami lukanya walaupun tidak banyak yang dia ceritakan.
“Kak Lisa, Am ada extra phone, tapi phone redmi lah, kalau kakak nak guna, boleh ambik. Kalau apa apa, senang Am nak contact akak, nanti kalau susah nak call akak, ibu pulak yang risau,” Ammar Ziyad menyuarakan pendapatnya apabila Nurlisa menceritakan akan mematikan teleponnya esok, untuk dia santai semasa memandu.
~Amm, akak dah sampai ni, dalam sejam yang lepas. Lambat sampai sebab akak stop banyak tempat, dah lama tak drive jauh, lagipun first time bawak kereta ibu, jadi kekok sikit. Salam kat ibu, cakap terimakasih sebab bekalkan banyak lauk. Akak tengah masak nasi ni. Esok lah akak call ibu untuk borak. Akak nak rehat dulu, Am pun jaga diri~
Selesai menikmati makan malam, Nurlisa terus kebiliknya. Dia berhajat untuk mencari diarinya yang hilang, tiada di dalam kotak yang dibawa Haiqal dulu.
Diari itu menceritakan kisah permulaan dia bersama suaminya, kisah romantik mereka, Didalam diari tu juga tersimpan Salinan sijil pernikahan dan gambar mereka di dalam kereta selepas sah menjadi suami isteri.
Seingatnya, diari itu sudah dibawa pulang daripada rumah agam itu, dan dia pasti tiada satu pun barangnya tertinggal dirumah agam tu, dia sudah mengambil kesemuanya.
Selepas hampir sejam mencari, dia tidak menjumpai diari itu, dia sudah mencari di setiap rak buku di biliknya.
Akhirnya Nurlisa ketiduran, setelah penat memandu hampir 12 jam. Esok adalah cabaran baru kepada dirinya.


***********************************

Syed Arman memasuki pejabatnya pada pukul 2 petang, setelah dia berjaya tenangkan dirinya. Kerana marahkan Nurlisa yang pergi dengan seribu muslihat, dia hampir terlupa tentang appointmentnya dengan Doktor di hospital Prince Court.
Sehingga Sharifah Sakinah menelefon dan memberitahu tentang kelewatannya. Dia bergegas ke hospital dan berjumpa dengan Sharifah Sakinah di sana.
Wanita yang bernama Sharifah Sakinah itu merakam setiap perjalanan Syed Arman ke bilik Doktor di tingkat du aitu.
Syed Arman tahu Sharifah Sakinah upates semua kisah mereka berdua, kekadang banyak cerita yang diadakan, supaya terlihat mereka pasangan yang sangat romatik, pasangan yang sepadan, padahal hanya mereka berdua yang tahu.
Semasa didalam perjalanan ke hospital tadi, Syed Arman mengarahkan Ameena mangaturkan mesyuarat di Arau, pada Rabu, tetapi mendapat tentangan daripada Syed Awaludin.
Syed Awaludin mengarahkan mesyuarat akan di adakan pada Isnin depan, sekaligus melihat banglo yang dibeli untuk menjadi pejabat Yayasan Endah.
Syed Arman sebal kerana dia perlu menangung amarah kepada Nurlisa sehingga Isnin depan. Dia perlu bersemuka dengan Babahnya, kerana paling tidak dia perlu segera berjumpa dengan Nurlisa.
Dia tidak tahu kenapa, tetapi seluruh badannya tidak dapat menerima Nurlisa tidak berada dekat dengannya.
Seluruh jiwanya memberontak, dia merasa amarah yang teramat sangat, dia ingin melihat sejauh mana Nurlisa dapat pergi daripada dirinya.
Syed Arman akan berbuat apa sahaja yang perlu untuk mendapat keizinan daripada Syed Awaludin.
Sudah 2 bulan dia mengelak daripada bercakap dengan Babahnya. Dia tiada hati untuk berbincang dengan mereka, apatah lagi Syed Adam yang tidak menceritakan kebenaran tentang dirinya.
Semasa dia di London, beberapa kali Syed Awaludin menelefonnya, tiada satu pun panggilan yang dia jawab, rasa benci pada Babahnya kembali menghiasi hatinya apabila dia teringat Kembali kisah silamnya.
~Abang, aku nak buat meeting Project Tahfiz kat Arau on Thus or Fri. Babah tak agree meeting esok . So pls inform Babah, dia agree or tak, aku tetap aku buat. No need Babah or your attendance. We can manage it~
Itu text yang Syed Arman menghantar kepada Syed Adam sejam yang lepas. Dia tidak peduli, dia harus berhitung dengan Nurlisa.
Biar Nurlisa tahu dia siapa, jangan pernah berniat untuk mempermainkan dirinya.
“Ameena, masuk office I sekejap,” Syed Arman mengarahkan Ameena dengan suara yang keras. Dia tidak sudah tidak mahu peduli apa yang ada di fikiran Ameena.
“Plan calendar meeting for Project Tahfiz on Friday, kat Arau. Venue meeting kat my family banglo. Time 10.30am. Danish pun kena ada sana, with 2 engineers from Endah Contruction” Syed Arman mengarah Ameena yang berada di depannya.
“I akan tinggal kat hotel, please proceed with hotel reversation with all staff yang ikut,”
“You pun kena ada sekali ya, no excuses”
“You boleh pergi,”
Tanpa banyak tanya, Ameena mengangguk faham dan meninggalkan Syed Arman. Dia tidak faham, tapi dia perlu faham jugak. Esok awal pagi dia perlu call Nurlisa untuk memberitahu tentang rancagan meeting ini.
Syed Arman sudah merancang perjalanannya ke Arau. Dia akan bertolak malam nanti dan pagi esok dia akan membuat surprise untuk Nurlisa.
Tapi apa yang harus dia nyatakan kepada Sharifah Sakinah. Wanita itu pasti melompat sekiranya dia memberitahu perlu ke Arau.

Bagaimana dia harus mengelak daripada memberitahu Sharifah Sakinah?
Dia buntu, hidupnya terlalu payah.

**********************************************

Nurlisa mengerjakan solat Subuh dan mula menghidupkan telepon utamanya. Beberapa minit, telepon tidak berhenti berbunyi, ada text dan message whatapp yang masuk.
Dia meninggalkan telepon dan menapak ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuknya. Semalam dia sudah memberli roti dan planta untuk membuat roti bakar. Untuk makan tengahari nanti, dia akan mengoreng nasi lebihan semalam.
Selepas selesai mengambil breakfast, Nurlisa membuka laptopnya dan mula bersiap untuk berkerja.
Jam baru menunjukkan pukul 7.45am.
Perlahan dia mengambil teleponnya untuk memeriksa semua message dan panggilan masuk.
Melalui message, dia melihat missed call daripada Syed Arman hampir 20 call. Dia hairan, apa lagi keperluan Syed Arman dengannya.
~Princess, I dah tahu you otw to Arau. Teha called me, sebab we need to confirm gambar to release and nak buat banner. Pls call me back Princess~
~Cik Lisa, Syed Arman nak buat meeting on Friday kat Arau. I rasa Syed Awaludin and Syed Adam ikut sekali, sebab nak tengok site terus. Syed Adam ask me to proceed on Friday. Tapi mereka semua akan tinggal kat hotel. Venue meeting at Family Banglo. And Syed Adam ask Cik Lisa pergi dulu banglo, prepare apa yang patut for meeting. Food nanti agensi akan settlekan. Only Cik Lisa make sure banglo tu bersih, sebab Syed Awaludin ikut sekali. Itu yang Syed Adam pesan~
~Sorry Cik Lisa, semua kelam kabut, Cik Lisa sabar ya, semua ini sementara, semua akan ok nanti~
BERSAMBUNG

Share this novel

Roz Zana
2021-03-27 03:55:27 

nape la lisa ni bodoh tahap gaban sgt...menyampah betul laaaa

SAIDS
2021-03-22 16:05:28 

dari dulu sedar kebodohan dia tapi tak serik² bagi muka pada syed Arman . Asyik klah dgn kata jiwa dia. eishh

YAZNI-ERNIE
2021-03-01 22:45:33 

nite dear. dh abis weekend ni. bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience