BAB 6

Romance Series 4611

2 bulan selepas kejadian mira terlanggar abg senior baru itu sudah pun lepas. walaupun sering bertembung tetapi mira buat tidak tahu seperti tidak apa terjadi diantara mereka. Tetapi dalam hatinya dia saja tahu tentang perasaannya terhadap amek kadang-kadang bila terjumpa amek hatinya masih benci terhadap lelaki mungkin dia masih benci terhadap lelaki. “ Wei Mira, Bang Cik nak jumpa kau masa rehat dia tunggu depan kelas kita and dia kata kau tak boleh nak lari ”. kata Fatin yang baru masuk kelas dengan Alia. Mira yang tidak ada mood hanya buat tidak tahu saja apa yang Fatin kata. “ emm ”. jawab Mira dengan nada malas.

**KELAS 5 SN**
Faiz berjalan ke arah amek yang sedang sibuk membuat nota.“Amek, kau nak jumpa mira tak... aku tau kelas dia apa ”. Amek dengan muka teruja dengan perkembangan mira. Bukannya dia tak tahu bahawa gadis yang bernama Amira tu susah nak cakap dengan lelaki dah berapa kali-kali sudah dia menghantar surat untuk berkenalan kepada Mira.Malah, Mira siap membuang surat yang dia bagi tu lagi. Walaupun hatinya kecewa bila Mira membuang suratnya itu, dia tetap berusaha untuk mendapat hati Mira. Bak kata orang baik kejar perempuan yang susah dapat daripada kejar perempuan yang senang dapat. Dengan perasaan seronok amek hanya senyum sambil menganguk tanda setuju. Faiz hanya geleng melihat gelagat kawannya itu yang sedang dilamun cinta.

KKKKRIIINNNGGG!!!!!
Loceng rehat berbunyi. Bangcik and the geng tiba dihadapan kelas Mira selepas loceng berbunyi. Fatin dan Alia perasan kehadiran mereka berbisik pada mira “ wei Mira Bang Cik datang dah tuu”. Mira berdeham tanda dia tidak selesa akan kehadiran mereka itu. sudahnya dia terpaksa berhadapan dengan mangkuk ayun tu.“ Asal kau tak bagi tau aku yang diorang nak datang kalau tak aku boleh keluar kelas awal ”. Fatin memandang tajam kearah Mira. Padahal, dia dah bagi tahu awal tadi sekarang dia dituduh tak bagi tau Mira pasal jebon tu nak datang.“Alahai minah ni, secukup rasa kau ja kata aku tak bagi tau kau padahal awal-awal lagi aku bagi tau kau ja buat tak dengar.” balas Fatin geram melihat gelagat Mira buat muka tak bersalah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience