Mira asyik termenung ja dalam kelas kawannya tahu apa yang difikirkan mira jadi mereka berfikir untuk mengajak mira berbual “ weii, mira bila nak bagi no telefon kau dekat abg senior, tadi kau tau tak dia bagi kucing kat aku masa nak gi tandas dah la aku takut kucing... dia kata kalau aku tak bagi no telefon kau kat dia harini dia akan bagi 10 ekor doreamon kau tau takkk!! cepatla bagi aku takut la mira!!”. kata Fatin dengan penuh perasaan geram dekat abg senior yang meroyan tu bukannya dia takut dengan senior tu tapi dia takut kena hantar 10 ekor doreamon setakat seekor pun dah lari 100 meter inikan pula 10 ekor memang boleh demam sebulan dibuatnya.“ serabutla aku dengan kau ni tak abis-abis takut dengan kucing bukan dia gigit kau pun ala setakat 10 ekor jer kut... jangan risaula pasal kucing doreamon tu”. bidas mira pulak dia tahu bahawa Fatin akan balas balik jadi dia cuba mengelak dengan mengemas buku dan keluar kelas untuk ke tandas. Fatin dengan tidak puas hati dengan tindakan mira yang cuba mengelak dia mengikut jejak mira ke tandas.“miraaa...miraa...miraaaa!!!” mira hanya mengendahkan panggilan nama yang dipanggil oleh Fatin walaupun dia tahu Fatin ni kalau menjerit memang sakit telinga dibuatnya mungkin masa dia kecil-kecil telan mikrofon kut. gedebushhhh!! terlanggar tiang pulak...
Share this novel