Bab 20 Perbincangan

Drama Completed 216234

Hari ini sabtu Izara tidak datang ke bengkel Pak Ngah hari ini. Kerana Wan dan Mak Su Haziq ingin datang ke rumah untuk bertemu dengan Kamal ayah Izara. Untuk berbincang tentang urusan Izara dan Haziq. Wan dan Mak Su datang ke rumah Izara selepas sembahyang Zohor. Dalam pukul 2.00 petang.

Di hati Izara jangan nak kata berdebar-debar melihat Wan dan Mak Su sampai. Ayah dan ibu tiri Izara yang yang menyambut ke datangan mereka. Izara hanya berada di dapur membantu apa yang patut. Selepas Wan dan Mak Su masuk ke dalam rumah. Ibu tiri Izara pergi ke ke arah dapur yang sudah ada Izara didapur.

"Zara tolong masukkan kuih-kuih ni dalam bekas. Air tu kamu dah buh ais belum?" Kata ibu tiri Izara.

"Tak buh ais lagi la air ni. Ibu nanti dah siap ni nak Zara hantar dekat depan ke?." Soal Izara pada ibu tirinya itu.

"Nanti kamu hantar dulang air je dekat depan. Lepas selesai berbincang nanti barulah hidang makanan ni. Ibu nak pergi dengar ayah kamu tu berbincang dekat depan. Dah siap buh ais dalam bekas air tu,nanti kamu hantar la dekat depan" Kata Ibu tiri Izara sambil kakinya melangkah kembali ke ruangtamu.

Melihat ibu tirinya sudah berada di ruangtamu bersama ayah,Wan dan Mak Su. Izara pun melakukan apa yang di suruh oleh ibu tirinya tadi. Selesai meletakkan ais di dalam bekas air minuman. Izara meletak gelas dan jag air pada dulang. Dan Izara pun segera membawa dulang air tersebut ke ruangtamu untuk dijamu pada tetamu.

Dengan perasaan gugup Izara tetap meletakkan dulang air tersebut diatas meja. Sambil di perhatikan oleh Wan dan Mak Su. Izara perasan dirinya di perhatikan oleh Wan dan Mak Su. Izara memadang pada Wan dan Mak Su smbil memberikan senyuman manis.

"Ni la anak perempuan saya Izara" Kata Kamal pada Wan dan Mak Su.

"Muda lagi orangnya" kata Wan sambil tersenyum.

Setelah meletakkan dulang air Izara pun segera masuk kembali ke dapur.

Izara hanya memadang dari dapur sahaja apa yang di bincangkan oleh mereka yang berada diruangtamu. Tapi izara tidak la terdengar sangat apa yang telah di bincangkan oleh mereka. Hampir setengah jam juga la Kamal dan wakil dari pihak Haziq berbincang. Selepas itu ibu tiri Izara bangun dari duduknya dan berjalan ke arah dapur.

"Macam mana hasil berbincangan tu,ayah setuju tak?" Tanya Izara sambil memadang pada ibu tirinya itu.

"Nanti lepas keluarga Haziq tu balik barulah Izara boleh tahu. Sekarang ni tolong bawakan pingan dan bihun goreng tu dekat depan untuk jamu tetamu makan." Kata ibu tiri Izara.

"Iya lah". Kata Izara dengan muka agak masam kerana tidak tahu keputusan dari ayahnya.Sambil tangan Izara mula mengambil bekas bihun goreng dan pingan untuk di bawa ke ruangtamu.

" Muka tu senyum la sikit. Nanti keluarga Haziq tu tak berkenan pula tengok muka Zara yang masam ni"Kata ibu tiri Izara bila melihat muka Izara berubah masam mencuka.

"Jadi maknanya ayah setuju la ni dengan keputusan keluarga Pak Cik Haziq" Kata Izara pada ibu tirinya itu dengan teruja.

"Setuju la...Dah cepat tolong ibu letak makanan ni semua dekat depan tetamu" Kata ibu tiri Izara sambil tersenyum.
Izara segera membantu ibu tirinya itu membawa makanan yang sudah siap di masak oleh ibu tirinya. Untuk di jamu pada dua orang tetamu yang datang. Selesai meletakkan makanan tersebut di ruangtamu, Izara kembali semula ke dapur.

Selesai menjamu makanan yang di hidangkan oleh keluarga Izara. Wan dan Mak Su mengundurkan diri ingin pulang. Melihat Wan dan Mak Su sudah keluar dari halaman rumah. Izara segera mengemas bekas makan yang ada di ruangtamu.

Selesai Izara mengemas apa yang perlu,Kamal memanggil Izara anaknya itu. Kamal memberitahu butiran tentang perbincangan yang telah di setujukan oleh kedua pihak kepada Izara. Hantaran dan mas kahwin sudah di tetapkan. Duit hantaran pihak lelaki akan bagi bila selesai urusan borang nikah nanti. Izara juga kena ambil khursus kahwin dulu.

Kamal juga memberitahu Izara tidak ada majlis besar. Hanya ada majlis pernikahan yang sederhana sahaja.

Izara mendengar apa yang di katakan oleh ayahnya itu dengan khusyuk. Hati Izara agak gembira kerana ayahnya setuju dengan permintaan pihak lelaki inginkan.

"Kamu tu nanti dah jadi isteri orang jangan la buat perangai tak senonoh pula. Lepas ni kena rajin bantu ibu kamu."Kata Kamal pada anak gadisnya itu.

"Iya lah" Kata Izara dengan senyuman yang lebar.

"Selepas Zara nikah , 3 hari lepas tu Zara kena iku suami Zara tinggal di Selangor. Kerana ayah Haziq tu tak berapa sihat. Harap Zara pandai-pandai la bawa diri dirumah keluarga Haziq nanti" Kata Kamal sambil berjalan meninggalkan Izara yang termenung mendengar kata-kata ayahnya itu.

Izara tak pernah terfikir akan tinggal bersama orang tua Pak Cik Haziq di Selangor. Selama ni Izara fikir lepas kahwin dengan Pak Cik Haziq dia tetap tinggal di sini dan tetap bekerja di bengkel Pak Ngah. Haziq akan datang ke kampung 2 minggu sekali seperti selalu.

"Macam mana ni,dah nikah kena tinggal dengan keluarga Pak Cik Haziq. Adui takut la pula...Macam mana la nanti penerimaan keluarga Pak Cik Haziq terhadap aku." Bisik hati Izara.

"Kak Zara termenung apa ni?. Mesti dah tak sabar sangat nak kahwinkan." Kata adik bongsu Izara yang tiba-tiba muncul.

"Hei,kau tu budak lagi mana tahu apa tentang kahwin ni. Pergi la main game macam abang kau tu" Kata Izara sambil membuat muka tak suka.

"Henfon adik rosak la,kak zara nak pinjam fon kak Zara sat" Kata adik bongsu Izara.

"Maaf tak bole! Sebab kak Zara nak guna la. Nanti rosak bukan kau boleh ganti pun" Kata Izara.

"Kedekut!" Kata adik bongsu Izara sambil berjalan pergi meninggalkan Izara.

Izara pula melangkahkan kakinya ke arah biliknya. Masuk ke dalam bilik Izara mengambil telefon pintarnya. Lalu mencari nama Pak Cik Haziq. Izara ingin kepastian betul ke apa bila ia sudah sah menjadi isteri Pak Cik Haziq ia kena tinggal di Selangor.

Di Selangor adalah tempat di mana ibu kandungnya tinggal. Izara tak pasti adakah tempat tinggal ibu kandungnya berhampiran dengan rumah orang tua Haziq. Kalau boleh Izara tidak mahu bertemu dengan ibunya itu. Kerana pasti akan timbul masalah nanti.Kerana dirinya akan berkahwin di usia muda. Tidak seperti abangnya yang telah menyambung pelajaran peringkat lebih tinggi.

Ibu kandungan Izara agak berpelajaran dan bekerjaya. Tidak seperti ayahnya yang tidak belajar tinggi hanya setakat SPM saja. Izara sedar sebab itu ayahnya selalu marah pada Izara kerana selalu tidak ambil peduli dengan pelajaran. Kerana ayah Izara merasa tidak berjaya mendidik Izara seperti mana bekas isterinya telah mendidik anak sulung mereka.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience