Ku buka jendela seluas yang mungkin. Terasa angin menampar lembut pipiku.
"Seronok juga duduk rumah." komenku lalu tertawa kecil. Mana tak nya,harini kan hari cuti.
"Mama, Ain kan dah besar. Dan 25 pun, boleh tak kalau Ain nak kerja?"soalku kepada mama.
Mama menoleh laju ke arahku.Dia diam sejenak. Alaihai mama, jangan lah diam macam tu. Derita dah hati ini.
"Tak boleh"jawab mama tanpa riak.
"Tapi ma, Ain kan dah besar. Dah tiba masanya Ain berdiri atas kaki sendiri" keluhku. Eleh, berdiri atas kaki sendiri konon.
"Ain pergi tanya papa sekarang" arah mama.
"Okey" sahutku perlahan.
"Papa" panggilku lembut. Mestilah kena cakap lembut dengan orang tua kan,takut apa yang dihajat tak kesampaian. Jahat kau Ain!
"Hah? Ada apa jumpa papa ni?"soal papa.
"Ain nak kerja boleh?"
"Ain dah tanya mama ke belum?”
"Dah tapi mama tak bagi" jawabku jujur.
"Kalau macam tu papa bagilah Ain kerja. Lagipun Ain dah besar, mestilah kena berdikari" nasihat papa.
Lebar senyuman ku kala itu. Yes Ain! Kau dah boleh kerja lepas ni. Yahoo!
"Jangan nak gembira sangat Ain. Kalau papa dengar Ain buat hal, papa takkan benarkan Ain kerja sampai bila-bila" ugut papa.
Amboi papa, tak kesian dekat anak sendiri ke?
"Okey papa. By the way, thank you so much. I love you papa!" teriakku sambil memeluk tubuh gempal papa.
"Ain? Jauh menung" sapa mama.
"Eh mama? Lama ke dah masuk bilik Ain?" tanyaku.
"Sempat lah juga tengok Ain sengih memanjang. Dah macam kerang busuk dah mama tengok" usik mama.
"Ish, apa lah mama ni. Takda lah, Ain cuma teringat mama denga papa" jelasku.
"Teringat apanya Ain oi?"soal mama pelik.
"Takda lah. Mama tak benarkan Ain kerja end up papa benarkan juga Ain kerja"jelasku satu persatu.
"Tu je ke? Ingatkan dah ada orang istimewa dalam hati Ain tu" usik mama.
"Eh takda lah mama. Siapa lah sukakan Ain ni kan. Rupa tak seberapa. Begaya pun tak pandai" kataku merendah diri.
Sebenarnya aku tahu aku cantik tapi bab bergaya tu memang kelaut lah nampaknya.
"Ain cantik apa cuma gaya tu sahaja yang kurang menarik" komen mama.
See? Mama pun cakap macam tu.
Sememangnya, Ain Ayana si double A memang cantik sejak azali lagi.
Share this novel