Episod 2

Romance Series 1043

"Seronok ke cuti haritu?" soal Liana. Sahabat merangkap bos aku.Liana ni pemilik kedai CupCake Roshana, tempat dimana aku kerja sekarang ni.

Daripada aku letih-letih pergi temuduga sana-sini, lebih baik aku kerja dengan Liana.Tak gitu?

"Eh? Haritu aku cuti baru sekarang kau tanya?Pelik" soalku.

"Pelik apanya Ain oi. Kau kan tahu beberapa hari ni kita berdua sibuk. Memandangkan hari ni free sikit, aku tanya lah kau" jawab Liana.Tak nak kalah lah tu.

"Yelah bos.Berbalik kepada soalan kau tadi, sememangnya aku seronok cuti. Nak tahu sebab apa?" sengaja aku nak berteka-teki.

"So sebab apa?"

"Sebab aku tak hadap muka kau yang buruk tu haha" ejekku.Liana lalu menayang muka geram.

"Kau memang nak makan penampar gamaknya" kata Liana serius.Aku terus berhenti ketawa. Erk, seram pula aku dengar. Mana tahu Liana betul-betul tampar pipiku, tak ke naya namanya tu.

"Haha. Tahu juga kau takut. Mengejek orang tak ingat dunia"katanya sambil tersenyum sinis.

"Kau ni jahatlah Liana. Kesian aku yang cantik ni tau"

"Tak payah menagih simpati sangat. Ni hah ada pelanggan pesan cupcake ni. Kalau boleh hantar secepat yang mungkin" arah Liana. Aku hanya mendengar sahaja arahannya. Dia kan bos dan sememangnya aku kan kuli.

"Baik bos. So, nak hantar pergi mana ni?" tanyaku. Kotak cupcake itu ku pegang erat. Jatuh nanti aku juga yang kena bayar. Dengan si Liana ni bukan boleh bawa bincang. Dasar bos kedekut.

"Hantar kat syarikat depan tu je. Selalunya aku yang hantar tapi hari ni aku sibuk so kau lah yang hantar" jelas Liana. Aku hanya menganggukkan kepala.

Sebelum ni memang dia lah selalu hantar pesanan dekat syarikat itu,aku nak hantar dia tak benarkan pula. Bila tempat lain dia okey je bila aku hantarkan. Siap ugut nak potong gaji lagi kalau tak hantar pesanan tu. Ish,pelik si bos merangkap sahabat karib aku ni.

"So, i have to go lah ni?"

"Kau go je lah ngok" arahnya geram.

Aku tertawa kecil. Liana ni bukan boleh percaya sangat. Bila diajak main terus lah nak tayang muka marah. Nasib baik sahabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience