Bab 2 ~ Dengarlah Cerita Ina!

Other Series 1921

Hari itu adalah hari minggu. Setelah selesai menunaikan solat Asar, Ana terus bersiap memakai pakaian sukan. Dia sudah berjanji dengan kawan- kawannya sebelum ini untuk bermain bola jaring di padang. Ana duduk di birai katilnya seketika sementara menunggu Ina bersiap. Ketika duduk di birai katilnya itu, pandangan Ana tiba-tiba tertumpu ke arah katil Idah .

"Eh, mana Idah? Ina ada nampak tak?" soal Ana kepada Ina yang sedang memakai tudung di hadapan cermin.

" Entahlah Ana! Dari tadi Ina dah perasan yang ldah tak ada di katilnya," balas Ina sambil memandang seketika ke arah katil Idah.

"Pelik ni. Sebelum ini, kalau petang-petang begini dialah yang paling beria-ia mengajak kita turun padang. Ke mana pula dia pergi ya?" bisik Ana perlahan.

Tanpa membuang masa, Ana terus bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke muka pintu .

"Ina dah siap?"
"Sekejap, tengah cari stoking ni," balas Ina.

Tidak lama kemudian, mereka turun ke padang bersama-sama.

Malam itu...

"Ina! Ina ada nampak ldah tak?" soal Ana kepada Ina yang ketika itu sedang berbaring di atas katil bersebelahan dengan katil Idah.

"Tadi ada di katil ni hah, tengah melayan lagu. Lepas tu, Ina tengok dia keluar sambil membawa MP3," balas Ina .

"Hah, Idah melayan lagu? Ya ke ni, Ina? Ana tak percayalah. Idah tu mana suka layan lagu," kata Ana kehairanan.

"Betul, Ana! Idah memang tengah layan lagu tadi," kata Ina.

Ana tidak membalas. Cuma mengangguk dan tersenyum. Namun dalam fikirannya masih berlegar dengan persoalan. Kenapa ldah tiba-tiba suka mendengar lagu?

"Ana!" panggil Ina.

Ina turun dari katilnya lantas berjalan mendapatkan Ana yang masih tercegat di sisi katil ldah.

"Ya, kenapa?"

"Ina ada satu rahsia nak beritahu kepada Ana," kata Ina sambil berbisik ke telinga Ana.

"Eh, kenapa nak berahsia pula? Bukan apa, Ana risau kalau daripada berahsia, jadi mengumpat pula. Tak baik macam tu," ujar Ana.

" Alaa, lecehlah Ana ni! Ina bukan nak mengumpat lah. Ina uma nak beritahu Ana tentang perubahan yang berlaku pada Idah," ujar Ina perlahan.

"Perubahan? Perubahan apa tu?"
Ana mula tertarik dengan kata-kata Ina lalu dia mendekatkan telinganya ke mulut Ina.

"Biar betul apa yang Ina cakap ni?" soal Ana.

"Betul, Ana! Buat apa pula Ina nak berbohong," balas Ina.

"Tapi kan, kenapa tiba-tiba je boleh jadi macam tu? Ana kehairanan.

"Manalah Ina tau. Mungkin ada sebab tertentu," teka Ina.

"Eh, Ina... Tak baik buat andaian melulu," tekan Ana.

"Ina tak bermaksud begitu. Tapi bila seseorang tu berubah, pasti ada sebabnya, kan?"

Ana terdiam. Dalam diam, dia mengakui kebenaran kata-kata Ina itu. Tetapi, mengapa ldah tiba-tiba berubah? Mengapa Idah tiba-tiba sukakan lagu dan mula menyanyi?

"Kenapa Ana diam? sergah Ina apabila melihat Ana tidak memberi sebarang reaksi.

"Ana memikirkan kata-kata Ina itu. Ada benarnya," jawab Ana.

"Jadi, apa kita nak buat, Ana?"

"Kita tengok jelah dulu apa yang Idah akan buat. Harap-harapnya dia akan buat perkara yang baik," kata Ana.

Ina hanya mengangguk tanda faham.

"Mungkin..." kata-kata Ina terhenti apabila seseorang memberi salam.

"Eh, Shima! Masuklah..." pelawa Ana. "Shima kacau kamu ke?" tanya Hashimah sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Tak adalah. Kami cuma berbual- bual kosong je. Shima ada sesuatu nak beritahu kami ke?" soal Ana.
Hashimah mengangguk.

"Tapi boleh tak kita cakap berdua di luar?" pinta Hashimah.

Ana memandang Ina tetapi Ina menunjukkan kerutan di mukanya, tanda dia tidak mengizinkan Ana beredar dari situ.

"Okey. Baiklah!" kata Ana.
"Tapi..." kata-kata Ina terhenti di situ.

"Nanti kita sambung ya! Sebentar je," ujar Ana.

Ina menarik muka masam. Dia seolah-olah tidak suka dengan tindakan Ana itu. Tanpa membuang masa, Ana mengekori Hashimah keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience