Bab 1~Ke Mana Im dan Luqman Menghilang?

Other Series 1921

Ana berasa tertarik apabila melihat sehelai baju kurung Kedah yang dipamerkan dalam kedai pakaian itu. Dia terus mencapai baju itu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Dia membelek baju itu dengan penuh minat. Senyuman turut terukir di bibirnya apabila kotak fikirannya teringatkan ibunya di kampung. Baju kurung Kedah bercorak bunga-bunga kecil itu sememangnya menjadi pakaian kesukaan ibunya. Tidak lama lagi, ibunya akan menyambut hari lahir. Kebetulan pula hari lahir ibunya jatuh pada hari cuti persekolahan. Ana, Ibrahim, dan Luqman akan pulang ke kampung pada cuti persekolahan itu nanti. Ana ingin menyambut hari lahir ibunya bersama-sama. Setelah membelek belek baju kurung Kedah r itu, Ana baju itu amat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibunya

"Cantik tak baju ini, Ina?" tanya Ana sambil tersenyum memandang Ina yang berdiri di sebelahnya.

"Mmm Cantiknya!" puji Ina sebaik sahaja terpandang baju kurung Kedah yang sedang dipegang oleh Ana itu.

"Ana nak hadiahkan ibu baju ni Apa pendapat Ina?" tanya Ana sambil mengerlingkan matanya ke arah Ina. "Sesuai sangat tu. Cantik!" puji lna lagi.

"Tak lama lagi ibu Ana akan menyambut hari lahirnya. Ana nak hadiahkan baju kurung Kedah ini kepada ibu Ana," kata Ana lagi.

Ina mengangguk tanda memahami. "Cukup ke duit Ana nak beli baju ni?" tanya Ina pula.
"Cukup. Baju ni bukan mahal pun. Lagipun ada sale tu," balas Ana.

"Mmm... Betul ke Ana nak belikan untuk ibu Ana? Haa... Ni mesti kes rindu ni," usik Ina.

Ana hanya tersenyum dan kemudian dia mengangguk tanda mengiakan kata-kata Ina.

Lagipun bukannya selalu Ana belikan hadiah untuk ibu. Apalah sangat harga sehelai baju ini kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu kita," ujar Ana

"Ana rasa, tentu ibu Ana gembira sangat apabila menerima hadiah ini," kata Ana lagi sambil membayangkan wajah ibunya yang sedang tersenyum kegembiraan.

"Tentulah. Kalau Ina masih ada ibu, Ina pun akan beli baju ini untuk ibu Ina. Tentu ibu Ina gembira. Tapi sayang kata-kata Ina terhenti di situ.
Ana segera memandang wajah Ina. Wajah Ina berubah. Dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya tetapi Ana dapat mengesannya. Ana tahu, Ina berasa sedih mengenangkan arwah ibunya. Lantas tangan Ina dipegangnya.

"Janganlah sedih, Ina! Nasib kita sama je," pujuk Ana.

Ina hanya menyapu air mata yang membisu sambil pipinya air mata yang mengalir di pipinya.
"Jomlah! Ana nak bayar baju ni, " kata Ana sambil menarik tangan Ina ke kaunter bayaran.

Ana melemparkan senyuman ketika menyerahkan baju tersebut kepada jurujual di kaunter bayaran. Jurujual perempuan yang bertudung kuning itu membalas senyuman Ana. "

"Adik beli baju ini untuk siapa?" tanya jurujual tersebut sambil menyambut baju itu dari tangan Ana. Untuk ibu," jawab Ana ringkas "Mmm... Tentu adik sayang sangat dengan ibu adik, betul tak? teka jurujual tersebut "Tentulah!" jawab Ana sambil mengangguk.

"Wah, adik ni memang anak yang baik! Alangkah bertuahnya ibu adik mendapat seorang anak yang baik seperti adik ini," puji jurujual itu.

Ana tidak membalas kata-kata jurujual itu.Sebaliknya, dia tersenyum lebar mendengar kata-kata pujian itu.

"Sebagai seorang anak, kita mesti menyayangi ibu kita.Pengorbanan ibu terhadap kita sangat besar dan tidak ternilai harganya.Ibu yang telah bersusah payah melahirkan kita.Ibu jugalah yang bersusah payah membesarkan kita.Sempat jurujual itu menasihati Ana.

Nasihat jurujual itu menyebabkan Ana terbayangkan ibunya dan sekali gus kesusahan yang terpaksa dilalui ibunya selama ini untuk membesarkan mereka tiga beradik. Lebih-lebih lagi selepas pemergian ayah tersayang. Rasa terharu terpamer di mukanya.

"Ana!"
Lamunannya terhenti apabila satu suara menegurnya. Bayangan wajah ibunya hilang serta merta. Lantas, dia memandang ke arah Ina.

Apa yang Ana menungkan?" soal Ina kehairanan.
"Emm... Tak ada apa-apalah!" balas Ana sambil tersenyum .

"Tu... Baju yang Ana beli tu!" kata lna sambil memuncungkan mulutnya ke arah jurujual itu.

Segera mukanya ditoleh ke arah jurujual yang berdiri di hadapannya. Jurujual itu sedang menghulurkan baju yang sudah siap dibungkus dalam beg plastik itu kepada Ana. Tersipu-sipu Ana menyambut huluran plastik berisi baju d itu. Sehelai wang kertas berwarna merah dihulurkan kepada jurujual tersebut.
"Terima kasih, dik! Datang lagi

"Sama-sama. Kami pulang dulu," balas Ana sebaik sahaja menerima baki duit untuk baju kurung Kedah tersebut.

Ana melangkah keluar dari kedai itu. Dia berjalan beriringan dengan Ina

"Ana!" tiba-tiba Ina bersuara.

Rasa cemas mula menyelubungi dirinya Langkahnya juga turut terhenti. Ana memandangnya penuh kehairanan.

"Kenapa, Ina?" soal Ana dengan dahi yang berkerut.

"Im dan Man..."

Kata-kata tersebut sekali gus membuatkan darah Ana berderau. Baru dia teringatkan kedua-dua adiknya yang ada bersama mereka.

"Macam mana ni Ina? Mana kita nak cari Im dan Man ni?" Rasa cemas mula menguasai diri Ana.

"Bertenang dulu, Ana! Tarik nafas," Ina cuba menenangkan Ana.

"Okey, kita masuk semula ke dalam. Kalau tak jumpa, kita cari satu pusat membeli-belah ni," cadang Ina.
Dia turut risau tentang keadaan Ibrahim dan Luqman.

"Harap tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada mereka,' bisik Ina dalam hati.

" Ini semua salah Ana. Ana yang terleka. Kalau tidak, Im dan Man tak hilang," suara Ana kedengaran seperti mahu menangis.

"Sudahlah tu! Mari kita cari lm dan Man," na terus menarik tangan Ana lalu melangkah masuk semula ke dalam kedai pakaian.

Mereka tidak menjumpai Ibrahim Luaman dan di dalam kedai pakaian itu.

Ina memberi cadangan agar mereka mencari di kedai-kedai yang mereka singgah sebelum ini.Dari satu kedai ke satu kedai, namun kelibat Ibrahim dan Luqman masih belum kelihatan.Kaki mereka sudah lenguh untuk berjalan.Dalam hati Ana, tidak henti-henti dia memanjatkan doa kepada Allah SWT agar kedua-dua adiknya selamat.

" Macam mana ni, Ina?" kedengaran suara Ana bercampur baur antara penat dan cemas

"Mari kita rehat sebentar di situ," cadang Ina sebaik sahaja dia ternampak sebuah kerusi rehat tidak jauh dari pintu masuk pusat membeli belah tersebut.

Ana terus melabuhkan punggungnya. Penat tidak terperi. Ditambah dengan rasa cemas yang teramat, cukup membuatkan semangatnya pudar. Tiba-tiba dia teringat berita-berita yang tersiar di media cetak dan media elektronik tentang kanak-kanak yang hilang atau menjadi mangsa culik.

"Nauzubillahi min zaalik," ucap Ana perlahan.

Air matanya menitis laju mengenangkan kesilapan yang dilakukan. "Sabar ya, Ana. Ina percaya lm dan Man masih lagi berada dalam pusat membeli belah ni. Ana, bersabar ya," pujuk Ina sambil mengeluskan tangannya ke bahu Ana.

Ana mengangkat mukanya apabila mendengar nasihat Ina. Kemudian, Ana mengangkat kedua- dua belah tangannya perlahan-lahan.

"Ya, Allah Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun. Engkaulah Tuhan yang Maha Bijaksana. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui perkara di langit dan di bumi. Ya Allah... Aku bermohon kepada agar memberi kekuatan dan semangat kepadaku dalam menghadapi saat-saat yang cemas seperti ini. Ya, Allah Engkau ndungilah kedua-dua adikku daripada segala perkara yang buru Pertemukanlah aku dengan adik-adikku semula. Ya Allah... Kepada-Mu aku berserah. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Amin...' doa Ana di dalam hatinya.

"Kak Ana !"
Ana terperanjat. Segera dia menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Suara tersebut amat dikenalinya. Dari hujung bangunan pusat membeli-belah itu, Ana dapat melihat Ibrahim dan Luqman yang sedang berlari menuju ke arahnya.

"Alhamdulillah," ucap Ana perlahan.

Ina yang berada di sebelah Ana turut mengucapkan Alhamdulillah.

"Kak Ana!" panggil Ibrahim dan Luqman lagi apabila sudah hampir dengan Ana.
Sebaik sahaja Ibrahim dan Luqman menghampiri Ana tanpa membuang masa Ana terus memeluk mereka dengan erat. Tidak dapat digambarkan betapa apabila kedua-dua adiknya selamat kembali ke pangkuannya.

"Man dan Im ke mana tadi?" soal Ana sebaik sahaja pelukan dilepaskan. m dan Man pergi tengok konsert di bawah sana tu jawab Luqman.

"Maafkan kami kerana tak memberitahu Kak Ana sebelum ke sana," kata Ibrahim dengan wajah yang kesal.

Lain kali jangan buat macam tu lagi tau. Kasihan Kak Ana kamu ni Melilau dia mencari kamu!" sampuk Ina.

"Kak Ana sebenarnya bimbang kalau sesuatu yang buruk berlaku ke atas kamu. Maklumlah sekarang ni banyak kes culik," kata Ana sambil menghela nafas yang panjang.

Ibrahim dan Luqman hanya terdiam mendengar kata-kata Ana.
"Sudahlah tu, jom kita balik! ajak Ana.

"Kak Ana tak nak tengok konsert dahulu? Konsert tu belum habis lagi. Best Kak Ana. Ada ramai penyanyi terkenal," kata Luqman.

" Dah lewat lewat ni. Nanti pula kita pulang ke asrama. Tak pasal- pasal, kena marah dengan ibu," jawab Ana sambil melangkah meninggalkan tempat itu.

"Kak Idah pun ada dekat konsert tu. Tentu dia belum pulang. Tentu dia akan menunggu sehingga konsert itu selesai," beritahu Ibrahim sambil mengekori langkah Ana.

Kata-kata itu Ibrahim menyebabkan langkah Ana terhenti. Dia memandang Ina. Ina membalasnya dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu .

"Tak apalah. Yang penting, kita pulang dengan segera. Kak Ana tak mahu lm dan Man hilang lagi," ujar Ana kemudiannya.

Ibrahim dan Luqman tidak membalas kata-kata Ana. Mereka aku dengan kata-kata kakak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience