Bab 4

Romance Completed 1263976

“Qal, jom lah kita breakfast ni, ayah lambat tadi sebab berborak dengan Pak Dollah tu, dia bercerita pasal surau nak renovate pulak, besarkan belakang surau tu, tempat nak bermesyuarat”, lamunan Haiqal terhenti dengan sapaan ayahnya.
“itu lah tadi, Haiqal pun tunggu jugak, lama sangat ayah pergi beli breakfast”, kata Haiqal seraya mengambil air mineral dari ayahnya. Dia tidak biasa minum manis, malah dia juga tidak akan biasakan badannya dengan makanan atau air yang manis.
“Ayah belikan kuih jer untuk kamu ni, takde mee goreng yang kamu pesan, dah habis dah, padahal ayah sampai awal tadi. Orang sekarang dah makin malas masak kat rumah, semua nak beli kat kedai”, bebel ayahnya. Haiqal hanya tersenyum. Mereka solat berjemaah kat Surau tadi and terus ke kubur untuk meneruskan kerja pembersihan. Biasanya mama akan masak sarapan pagi yang sedap dan lazat. Mama selalu masak mee goreng atau nasi goreng.
“Ayah, Lisa ada kat sana, anak arwah cikgu Azman. Dah lama kita cari dia ayah”, suara Haiqal kedengaran sangat sayu. Wajah Ali Khan terkejut, beliau terus berdiri dan memaling wajahnya ke arah kiri.
“Ayah jangan kesana lagi, kita biarkan dia bersama ayah dan ibunya. Tadi Along dah tegur dia, dah borak sket. Nanti ayah ajak dia balik rumah kita ya, mama dah rindu sangat kat dia. Kalau along ajak nanti, dia segan pulak”, Haiqal bersuara perlahan. Sebak di dada masih bersisa. Bukan sahaja sebak, tapi satu rasa yang sukar di ungkap. Betapa dia lega apabila melihat Lisa di depan mata.
“Alhamdulilah, doa ayah dan mama kamu di dengar Allah, Ayah nak sangat jumpa dia. Nak sangat tanya kesihatan dia. Nak sangat jaga dia seperti ayah dia jaga kamu dulu. Banyak sangat ayah dia tolong kamu masa kamu berlajar dulu. Cikgu Azman sanggup call kawan dia kat Rusia minta jaga kamu, selalu kirim duit belanja kat kamu”, suara ayahnya perlahan, kedengaran sebak.
Haiqal faham duka ayahnya, itu yang selalu diceritakan pada Haiqal. Selepas Lisa hilang tiba tiba, Ayah Haiqal mencari merata rata, malah pernah masukkan gambar Lisa dalam surat khabar, tapi tiada rezeki untuk berjumpa. Kelihatan kelopak mata ayahnya berair, sebak menahan tangis. Bagaimana ayahnya kasihkan Lisa, begitu juga dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience