Aku melihat penampilanku dicermin meja solek kak rita.Aku hanya memakai baju berwarna biru dipadankan dengan jeans warna biru laut.Aku juga memakai tudung selendang yang berwarna hitam.Cukup ringkas dan simple.
Aku tolehkan pandangan kearah kak rita,Dia hanya memakai baju kurung berwarna pink.Ditambahkan dengan corak bunga yang berwarna warna.Memang cantik sesuai dengan kak rita yang berwajah kematangan.
Tudung yang menghias wajah tu,Menambahkan lagi keseriaan wajah tersebut.
Kak rita membalas pandanganku.Hairan melihat aku merenungnya dari tadi.Aku hanya tersenyum manis.Tapi hanya jelingan yang aku dapat dari kak rita.hehehe
"Hah...apalagi tercegat kat situ ain.... pergilah tolong ibu kat dapur."Arahnya sebelum berlalu kebilik air.Aku menarik nafas.Kenapa malam ni?
"Kak...rita kenapa malam ni diorang sanding..kenapa tak malam esok"
Bukan apa,cuma persediaankan belum sepenuhnya.Aku cuma takut je tak jadi persandingan itu.Pandailah kau ain.
"Jadikah tak jadikah yang ain sibuk ni apasal..yang kahwin tukan kakak ain juga.Doalah baik baik..ni tak banyak sangat soalan..Dah pigi cepat tolong ibu"
Dengan muka yang sedih aku keluar juga dari bilik kak rita.Bila langkah ku yang terakhir kak rita memanggil semula.
"Jangan lupa..jumpa sekejap pengapit abang ipar ain.."Arahnya,Sebelum sempat aku menoleh.Dengar tidak dengar aku hanya mengangguk tanda setuju.Buat apa aku nak jumpa pengapit abang ipar aku?.Ohh baru aku teringat.
Tadi petang ibu ada suruh aku ambilkan beg pakaian abang iparku dari pengapit-
nya.Bila aku tanya ibu,Kenapa beg pakaian suami kakak tempat pengapit itu?Bilang ibu pengapit itu dan abang ipar ku adalah sepupu tiga kali.Dan aku hanya mengang-
guk tanda faham.
"sekejap lagilah...Aku cari pengapit tu.."
Aku terus berlalu menuju kedapur.Belum sempat aku mengelak,Aku dilangar seseorang yang tergesa gesa macam dikejar hantu.Tanpa meminta maaf lelaki itu terus berlalu menuju kebilik pengantin.
Amboiii...mamat tu tak ada rasa bersalah langsung.Nasib baik hengsem kalau tak dah lama aku tumbuk wajahnya itu.Ehh beranikah cik ain.Hehehe Manalah aku berani,Biarkanlah..Aku maafkan.
Puas aku mencari bayangan mira,Rupanya gadis itu sedang sibuk mengatur persiapan persandingan yang akan bermula sekejap lagi.Dengan pertolongan orang ramai,Akhirnya siap juga palamin untuk persandingan dua mempelai.Rajin budak itu.Untunglah siapa yang kahwin dengan dia.Sudahlah rajin baik pula tu.Dialah sepupu yang paling aku rapat diantara yang lain.
Kerusi yang sudah tersusun cantik itu,Sudah dipenuhi dengan para tetamu dari pengantin pihak lelaki .Tidak terkecuali juga jiran jiran disebelah dan dibelakang rumah.Mira menghampiri aku sebaik saja dia melihat aku mengambil tempat duduk disebelah erin.Adik kepada mira.
"Ain..kau dah jumpakah pengapit abang ipar kau...fuyooo hemgsem tau.."Tanya mira sewaktu duduk disebelahku.
"Belum.."Jawapku sepatah.Erin hanya menjadi pendengar perbualan aku dan kakaknya.Lagipun gadis comel itu,Tak berminat tentang cinta.Kononnya.Mulanya aku tak percaya,Lama kelamaan memang erin jenis yang kuat pendirian.Mungkin satu hari hati gadis itu akan terbuka juga.
"Kak Ain dah buatkah apa yang untie Liya suruh".Mira juga turut memandang sama kearahku.Kenapa dengan semua orang ni.Nak sangat aku jumpa pengapit tu,Aku ni pun satu,Kalau aku jumpa awal awal pasti aku ada jawapan untuk soalan ini.Hanya gelengan diberikan.
"Kalau auntie liya tau..kak ain belum ambil pakaian tu dari abang Azrif..habislah kak ain kena marah dengan auntie.." Aku tolehkan pandangan kearah Erin.Dia tahu nama pengapit itu.Siap ada perkataan abang lagi tu.Maknanya erin memang kenallah dengan pengapit itu.Hmmm bagus...Elok sangatlah biar aku suruh erin yang ambilkan.Hahahah
Mira dan erin memandang aku dengan seribu kepelikkan diwajah.Aku tersenyum penuh makna,Buat buat tak tahu pandangan kurang mengerti dua adik beradik tu.
"Apalah yang sedang dirancangkan tu.."sindir si adik diikuti dengan sikakak.
"Entah..harap harap benda baik..ye kan dik.."Aduiii...dua ekor ni.
"Rin,kau boleh tolong aku tak.."Tanyaku,Dengan wajah yang dibuat buat comel.
Namun pertolonganku dibalas dengan
jelingan maut.Amboiii..Kita Minta tolong pun tak boleh.
"Yalah...Kalau tak sudi takpalah.."Buat buat merajuk pun tak jadi.Memang pendirian kuat si erin ni.Aku bertukar posisi pula kearah mira.Belum sempat aku berkata kata,Gadis itu terus berlalu tinggalkan aku dengan adiknya.Apa punya sepupulah.Yalah!Biar aku selesaikan sendiri.Takpa mira...hmm
Tepat jam sembilan malam,Majlis pun berjalan dengn lancar.Kedua mempelai disandingkan dan dihiburkan dengan pelbagai lagu yang dinyanyikan dari keluarga terdekat.Sedari tadi pandanganku hanya kearah pengapit yang sibuk dengan tugasnya.Sedikit pun pandanganku tidak menganggu lelaki tu.
Dia tahukah aku merenung dia,Dah dekat 15minit.Dialah lelaki yang langgar aku tanpa rasa bersalah.Dan dia juga lelaki yang selama ni aku cari.Oopss..Maksud aku,Setiap tahun aku dan keluargaku beraya dirumah lelaki tu.Tapi tak pernah pula aku nampak lelaki itu.
Aku tahu semuanya dari erin,Supaya takada salah faham diantara dia dan pengapit tersebut.Tu yang dia cerita semua kat aku dari A sampai Z.
Selama ini,Kak liya selalu bagitahu yang auntie raudah ada anak lelaki. Mulanya aku tak percaya.yalahkan jarang auntie raudah tu bawa anak anaknya jalan bersama.Tak sangka Syarhan Azrif tu anak kepada auntie raudah.
Dulu aku sering tertanya tanya,Siapalah anak auntie raudah tu.Macam manalah wajah lelaki tu.Akhirnya takdir mempertemukan juga aku dengan azrif
Kenalkah lelaki itu dengan aku?.Perlukah
aku kenalkan diriku dengan dia.Ain inilah masanya.Habis majlis nanti aku akan face to face dengan dia.Ya pasti!!...
Share this novel