Selesai sahaja aku mencuci pinggan kotor,Aku terus berlari menuju kebilik pengantin.Bukannya mahu kacau daun.Okey,Aku cuma mahu jumpa lelaki itu.Bila salamku disambut dari dalam,Aku terus membuka pintu bilik tersebut.Lagipun pintunya tak berkunci.
"Cari...apa cik.."Tegur lelaki itu sebaik saja keluar dari bilik air.Namun pertanyaan itu aku biarkan tak berbalas.Mataku sibuk mencari kak Liya dan abang irwan.Nampaknya mereka belum masuk bilik lagi.Aku membalas pandangan lelaki itu,Terlupa apa pertanyaannya sebentar tadi.Ahh ..pedulilahh...
"Awak..pengapit ipar saya..kan.."Melihat dia mengangguk,Aku tersenyum.
"Kenapa.."Balasnya dengan kening yang terangkat dua.
"Tak..sebenarnya..."Belum sempat aku menghabiskan kata kata.Pintu dibuka dari luar.Aku dan Azrif sama sama memandang kearah pintu.
Kemunculan Kak liya dimuka pintu,Membuatkan aku dan azrif sedikit terkejut.Melihat wajah kak liya,Sepertinya dia lagi lebih terkejut dari kami berdua.
"Lahh...kat sini rupanya adik..puas akak cari tadi...ehh apa yang azrif dan ain buat kat sini"Aku diam.Pandanganku alihkan kearah lelaki itu,Mengharapkan satu jawapan dari mulutnya.Namun hampa melihat lelaki itu juga seperti aku.
Terpaksalah aku yang buka mulut.
"Aahh..kebetulan adik pun cari akak tadi..tu yang adik kat sini..Tup tup ain jumpa dia ni.."Lantaklah jawapan,Aku berharap sangat yang kak liya janganlah banyak tanya.Gugup punya pasal,Aku pun sudah lupa apa sebab aku jumpa lelaki ini.
"Yekah...lahh.. yang adik cari akak kat bilik ni kenapa..Akak ada kat bilik ibu.."Aku tersenyum,Cuba menutup malu...Aduii..
mana aku tau kak liya ooiiii....
"Adik tak tahu..kak liya ada kat bilik ibu.Tu sebab adik tanya azrif..Kan azrif.."
Aku terpaksa mengaitakan nama lelaki itu.Melihat pandangannya yang pelik kepada aku.Aku cumba berlagak selamba.Aku tahu dia pasti tahu yang aku tak ada tanya pun soalan tu.,Dan aku juga sudah tahu yang kak liya tidak ada didalam bilik.
"Aaah..dia ada tanya azrif tadi...tapi belum sempat azrif bagitau..tup kak liya dah muncul..."Fuhhh..Lega dengar jawapan dari lelaki itu.Kak liya tersenyum senang mendengar jawapan reka dari azrif.
Aku perasan pandangan lelaki itu tajam kearahku.Marahkah lelaki itu?.Tapi selepas melihat dia tersenyum kearah kak liya,Aku berasa sedikit lega.
"Kak liya..Beg pakaian abang irwan..azrif dan bawa naik tadi..azrif letak kat sebelah almari.."Aku juga turut sama menoleh kearah beg besar yang terletak disebelah almari.
"Terima kasih azrif..dah tolong akak.."
"sama sama..oh ya kak..abang irwan ada belikan patung teady bear,Tapi azrif tak jumpa dia letak kat mana." Aku sekadar menjadi pendengar,Lagipun aku tahu apa yang mereka bualkan.
"Lahh...takpalah irwan biar kak cari nanti patung tu..Maaflah susahkan irwan saja.."Azrif tersenyum manis.Aku pula sedari tadi asyik merenung wajah kacak lelaki itu.Tidakkah dia persaan akan renungan aku tu?.Atau lelaki itu buat buat tak tahu,Yalahkan bangga wajahnya menjadi pemerhatiaan setiap wanita.
Oopss..Termasuk aku.Dah gatal sangat ke cik ain..hehehe...
"Hey...Ain..."Bila kak liya memanggil namaku,Terus aku tersedar dari lamunanku sebentar tadi..Alamak tertangkap aku merenung wajahnya.Kelam kabut aku memandang kearah lain.Apalagi terus kak liya ketawakan aku,MALLUUU....
NYYYAAAA....
"Kak azrif gerak dululah ya.."Dengan sisa ketawa yang ada kak liya menjawab.
"ha..ha yalah azrif..hati hati memandu"
Sebelum berlalu pergi sempat lagi lelaki itu menoleh kearahku sambil tersenyum sinis.
Makkaiii...Mana aku nak letak muka ni...!!!
Kak liya pula tak henti henti ketawa aku.Haiii ada ni makan selipar nanti..
"Sudah sudahlah kak liya...malu ain tauu.."kak liya menarik nafas sebelum memandang wajah rajuk ku.
"yalah yalah...Tau pun malu,Yang ain pandang dia semacam tu kenapa.Akak tengok azrif tu okey je..Ain je yang perasaan lebih..ha..ha...ha.."Mula dah ketawa kak liya.Sabarlah...Ainnie..
Kak liya menuju kearah kantil.
"Kak...azrif tu dah ada teman wanitakah"
Tanyaku,sewaktu melabuhkan punggung diatas kantil bersama kak liya.
"Kenapa ain sibuk nak tau ni..Tadi kenapa tak tanya terus kat azrif kan senang.."Kak liya ni,Agak agaklah ain nak malukan diri ain sendiri.
"Bukan apa..Ain cuma nak tau.Lagipun malulah ain nak tanya soalan tu,Ain ni kan orang lain dihidupnya."Aku sedar,Aku ni pasti tergolong antara calon bukan pilihan azrif.Yalahkan aku pun bukannya cantik sangat apalagi ada ciri ciri wanita idamannya.Hehehe tau tau aku..Betulkah?.
"Ain..ain..Hmm..kalau ain nak tau azrif tu dah ada seseorang.Kalau tak silap akak bulan depan azrif tu akan bertunang dengan Wannie."Apa..,Bertunang alahaiii melepaslah kau ain.Patutlah lelaki itu jenis yang bukan mudah jatuh cinta,Apatahlagi mahu menduakan kekasihnya.Oo..tuhan ..
rupanya lelaki itu seorang yang setia.Hm
untunglah siapa pun jodoh lelaki itu.
Semakin membuak buak aku ingin tahu tentang lelaki yang bernama Azrif ni.Tapi melihat kak liya menguap beberapa kali.
Lain kalilah aku bercerita dengan kak liya.
"okeylah kak...Ain keluar dulu lah ya..kak rehatlah..Raja sehari kan mesti penat.."Melihat anggukkan kak liya.Aku terus berdiri dan berlalu dari situ.Takpa banyak lagi masa ain.Hmm...
Sebaik saja aku melangkah keluar dari bilik pengantin itu.Aku disapa oleh seseorang yang aku memang tidak kenali sama sekali.
"Haii...Saya zetty adik kepada abang han..Awak ainnie kan.."Aku terkaku,Siapa gadis ni?.Dan macam mana gadis ini megenali aku?.Yang paling aku tidak tahu siapa pula lelaki yang bernama Han?..Aduii pening kepala kalau macam ni..
"Ya..Saya ain.."Melihat gadis itu tersenyum,Aku juga turut membalas senyuman tersebut.Yalah tidak mahu dikatakan sombong pula.Lagipun gadis itu seperti seorang yang peramah.
"Macam mana..Zetty kenal saya?.."Tanyaku sebaik saja kami berjalan beriringan menuju kearah dapur.Tambahan pula sekarang para tetamu sudah mula berpulangan.Suasana juga mula sunyi.
Yang membuatkan aku pelik,Kenapa gadis ini belum balik?.Hehe bukannya hendak menghalau okey.
"Oo...pasal tu...Pasti Ain tertanya tanyakan..."Balas gadis comel itu.Sambil menuangkan air kedalam gelas kaca.Aku pula sekadar memerhatikan setiap gerak geri gadis itu.Adik Siapalah ni?.Manalah orang tua kepada gadis ni?.Haiii ain,Makin difikir makin serabut kepala aku ni.
"So...Zetty..ni tinggal kat mana?.Tiada pun ain nampak zetty sejak majlis tadi?"
Dia ketawa dan ketawa.Haii dah kenapa budak ni.Kelakar sangatkah soalan aku tu?.Ke otak diwayar gadis ni sudah putus.
"Ha..ha..Ain..Ain..Oopss Kak Ain..Manalah akak nampak kalau mata akak tu asyik melihat tempat lain.."Ni yang aku bingung,Dia kenal akukah?.
"Maksud zetty..?"Tanyaku inginkan kepastiaan.Malas hendak berselindung lagi.Dia menarik nafas sebelum memulakan perbualan.Aku pula yang tak sabar mendengar cerita dari gadis itu.
"Sebenarnya,Saya tidur kat sini malam ni.Sebab abang saya terpaksa balik kampung melawat nenek.Ibu dan ayah masih dilondon bercuti."Zetty menarik nafas dalam dalam sebelum menyambung semula ceritanya.
"Kak ain dan saya adalah sepupu kira macam sepupu tiga kali,Abang ada pesan tadi yang zetty boleh tumpang tidor kat bilik ain..hehehe.."APa...Pandai pandai abang si zetty ni,Dahlah aku tidak kenal siapa abang kepada budak ni?.Tak faham aku.Aku capai gelas diatas meja dan terus minum.
"Ehehh..Belum tidor lagi perwan dua orang ni.."Aku terkejut dengan kehadiran kak rita yang tiba tiba keluar dari tandas.
"Kak rita..Zetty tumpang tidor kat sini malam ni,Abang Han adahal nak settle kat kampung.."Kak rita tersenyum.Kaya betul dengan senyuman.Aku diam.Malas hendak menyampuk perbualan diantara mereka.
"Elok sangatlah tu zetty..Kesian abang kamu tu penat ulang alik nanti..nak hantar kamu balik..Ain tak kisahkan adik sihan ni tidor kat bilik ain?."Aku menggangguk tanda setuju,Lagipun ada baiknya tidor berteman,Boleh juga aku ajak si budak zetty ni berborak panjang.
"Ain tak kisah..kak...Ain okey je"Zetty tersenyum manis.Diikuti dengan kak rita.Tengok tu kaya betul dengan senyuman kak ritaku ni.
"Jangan tidor lewat sangat..Ain..Zetty..Tak baik..."Pesan kak rita sebelum hilang dari pandangan.Aku memandang kearah zetty.Sepertinya gadis itu,Sedang sibuk membalas mesej dari seseorang.Ahh lantaklah,Buat apa kau nak jadi penyibuk ain.
"Kak..Zetty penatlah..Kita tidor jom.."Aku angguk.Rasa kesian pula dengan gadis itu,Penat barangkali melayan sipenghantar mesej yang tak henti henti itu.Kesiann...siapalah sipenghantar yang tak reti bahasa tu.
"Zetty..tolong akak kejap matikan lampu dapur"Tanpa berlengah,Laju saja zetty mematikan suiz lampu tersebut.Kami dengan segera berlalu dari situ.Nampaknya tak dapatlah aku nak berborak dengan budak ni.
Keesokan harinya,Aku diberitahu oleh kak Rita yang abang sizetty akan datang menjemput adiknya pada sebelah petang.Baguslah boleh juga aku jumpa siapa sebenarnya abang sizetty tu.
Manalah tahu ada ciri ciri buat bakal suamiku.Ha ha ha..Amboiii gatal juga aku ni ya..Dalam sibuk aku berangan-angan,Aku disergah oleh Kak Rita yang kebetulannya lalu dihadapan aku.
"AINNIE..."Makaiiii..Terkejut aku dibuatnya.Aku pandang kekanan,Tak guna punya Kakak.Kalau ada serangan jantung dah lama nyawa ni melayan.Melihat wajah pucatku Kak rita terus ketawa sambil melabuhkan punggungnya disofa bersebelahan dengan aku.
Amboiii!..Ingat aku ni bahan lawak ke apa?!.Sabarr...Wahaii Hatiii...
"Kak Rita ni dah kenapa..Nasib baik Ain tak ada serangan jantung tadi.."Melihat aku marah,Cepay cepat kak Rita memujukku.
"Okey...okey akak minta maaf..aKak cuma gurau je..jangan marah ya Cik Ainku sayang.."Aku ketawa,Lucu melihat wajah ala ala comel dari kak rita.Tahu juga kak rita ni bergurau.Kalau dulu jarang aku nampak kak rita ni bergurau senda seperti sekarang.Mungkin kak rita sudah menerima kenyataan sepenuhnya.Syukurlah ada perubahan.Aku tersenyum bahagia.
Doa kami sekeluarga untuk kak Rita takkan pernah putus.
"Apa yang Ain fikirkan,Sampaikan akak yang lalu ni pun ain dah tak nampak".Pertanyaan kak rita membuatkan aku bertambah sedih,Kecewa dan Sakit hati.Kalau boleh aku tak mahu lagi mengingati lelaki itu.
"Ain..Sebenarnya suka dia kak..Ain juga sudah lama menyimpan persaan ni sejak dari tingkatan satu,Ain kenal dia dari kak Liya.."Aduku kepadanya tanpa berselindung lagi.Memang benar,Aku sudah jatuh cinta pada pandangan pertama.Memang sukar dijangkakan.Aku pun tak tahu,Tapi yang pasti aku memang sudah jatuh hati pada lelaki tersebut.
Dan aku sembunyikan persaan ni selama lima tahu,Tapi hari ini aku akan luahkan semuanya pada kak Rita.Sebab ianya takkan lagi menjadi rahasiaku.Dan sebab yang kedua lelaki itu bakal menjadi milik orang.Siapalah aku?,Untuk mendandingi gadis bertuah itu.
Kak Rita seakan terkejut mendengar luahan hatiku,Tak lama selepas itu,Kak rita ketawakan aku sampai mengalirkan air mata.Ya aku tahu kak Rita pasti tidak percaya apa yang baru aku luahkan tadi.Aku tahu sesiapa pun yang mendengarnya pasti takkan percaya.Yalahkan siapalah yang mahu percaya kisah cintaku ni.
"Woww...Akak tak percayalah yang Ain ni sebenarnya seorang yang setia,siapa kah lelaki itu Ain.."Tanyanya,Setelah menenagkan diri sambil mengelap airmata yang mengalir dipipi.
"Lelaki tu sebenarnya pengapit abang irwan..Azrif."Balasku lemah.Kak Rita terdiam sebaik saja aku memberitahu nama lelaki tersebut.Aku pandang kekanan.Makaiii..Takkanlah kerana nama, Sebaris nama kak Rita terus terkaku tidak bergerak langsung.
"Kak...Kak...Kak Rita..."
"Ain kena beritahu dia..yang ain suka dia.."Ehh..Sedar saja itu ayat yang keluar dari mulut kak rita.Macam mana aku tak terkejut.Kak rita kalau boleh sudah lama aku luahakan persaan cintaku ni kepada lelaki itu.Cuma yalah aku takut kalau cinta ku ni ditolak mentah mentah.Malau tau....
"Kak rita ni..Kalau ya pun nak bagi nasihat bole tak bagi nasihat..yang berfaedah sikit..."
"Hey.. nasihat akak ni..berfaedah apa..kalau ain sudah luahkan nanti..manalah tau si azrif tu, Suka juga kat ain.."Amboiii kak beria ia benar mengiakannya.Aku diam seketika.
"Ain..Akak minta maaf..Akak takada niat nak jadikan bahan jenaka cerita ain tu.."Aku tersenyum.Mungkin kak rita terasa dengan perubahanku tadi.
"Taklah kak..Ain tak marah pun..Tapi kan kak,Dia tu sombong jahat pula tu"
"Ain..Ain..Akak tak fahamlah dengan Ain ni, Bilang suka haiii akak tak taulah jenis cinta ain ni"He..he..Kak rita pula yang pening dengan kisah cintaku ni.
"Kak...lelaki itu sebenarnya sudah menjadi milik orang,Perlukah ain rosakan kebahagiaan orang lain kak.."Aku takut,Aku takut menjadi penghalang kebahagiaan orang.Aku pasti wanita itu juga tidak mahu sesiapa menjadi penghalang hubungan mereka.
Kak rita menarik nafas,Lalu menarik kedua dua tanganku dan menggengamnya erat seakan memberi aku semangat.
"Ain..Ain kena ingat, Jodoh,Ajal dan maut itu ditangan tuhan.Kalau betul azrif tu jodoh ain,Tak kira macam mana halangan sekali pun ia tetap akan datang kepada ain.Apabila sampai masanya..Ain kena ingat tu"Aku mengganguk.Akan ku ingat pesan kak Rita.
"Yang penting,Ain kena serahkan semuanya pada takdir"Kak rita melepaskan satu keluhan kecil.
Tak lama selepas itu,Kehadiraan zetty mengakhir perbualan aku dan kak rita.
"Kak Rita bolehkah zetty bawa kak ain jalan jalan, Sebelum abang Han datang ambil zetty.."Aku dan zetty tersenyum melihat anggukan dari kak Rita.
"Yalah..nanti akak bagitahu ibu..Ain dan Zetty jangan pulang lewat sangat.."Pesannya sebelum berlalu meninggalkan kami diruang tamu.
"Zetty...nak bawa akak kat mana ni"Tanyaku,Manalah tahu budak ni nak bawa aku ke tempat yang tak sepatutnya.Bukan boleh percaya sangat budak sizetty ni.
"Zetty nak bawa akak beli baju,Sebab zetty tak mahu abang yang belikan.."Oo..tu je ke budak sizetty ni nak aku kawankan dia.Atau sebaliknya.Takpalah ain,Mungkin betul apalah salahnya.Boleh juga aku cuci mata.Tak baik buruk sangka.
"Okeylah...Sekejap akak nak ambil beg kat dalam bilik"Aku terus berlari menaiki tangga dengan langkah yang laju.Tidak mahu membuatkan sizetty terlalu lama menantikan aku.Lima belas minit berlalu,Aku terus menuju kearah zetty yang sudah menantikan aku dari dalam kereta.
Tanpa membuang masa,Zetty terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Aku lebih suka mendiamkan diri,Melihat zetty terlalu tekun memandu membuatkan aku melayan perasaanku sendiri.Angin yang masuk melalu tingkap belakang menambahkan lagi suasana yang nyaman.
Sepanjang perjalanan,Kami dihiburkan dengan lagu Biarlah rahasia yang dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza.Lagu
ni seakan sama dengan kisah cintaku.
Dalam aku sibuk melayan persaan sedih ,Nada dering telefon milik zetty,Berbunyi dengan nyaring membuatkan sesiapa saja mendengarnya pasti sakit telinga.Apa punya nada deringlah.Terkejut aku.
"Sorry..kak ain..Hello..Aaah dah nak sampai hubby kat mana"Adakah aku tersilap dengar perkataan hubby tu.Jadi betulah tekaanku sizetty ni ada niat lain bukan saja saja dia mengajak aku keluar.
Selesai saja memberi salam.Zetty membuat pusingan U dan parking kearah taman tema bunga.Aku toleh kearah dia.
"Zetty kata nak singgah kat kedai..kenapa zetty berhenti kat taman ..siapa yang zetty tunggu.."Rasa tak sedap hati pula,Apalah yang dirancangkan oleh sizetty ni.
"AH..Tadi Mila call..nak ikut zetty beli baju,Dia bilang dia kat taman.Kak ain tak kisahkah."Aku senyum.Oo..Hubby tu rupanya perempuan.
"Taklah..akak tak kisah sangat kalau menunggu.Masalahnya zetty tu yang tak boleh lama keluar."Melihat gadis itu mengeluh,Aku terus diam.
"Sebenarnya abang zetty tu seorang yang garangkah"Tanyaku,Setelah lama mendiamkan diri.Sekadar ingin tahu.Zetty mengganguk lemah.Mungkin betulah abangnya tu seorang yang garang dan tegas.
"Aaah..Dulunya abangHan bukan macam tu,Tapi sejak dia dikecewakan oleh perempuan tu.Serta merta abang zetty berubah menjadi singa."Sampai macam tu sekali perubahan abang sizetty.HMm ni mesti kes cinta tiga segilah ni.
Melihat zetty melayan persaan sendiri,Terus aku matikan niat hendak bertanya lebih lanjut.Lagipun zetty bukan seorang yang suka berkongsi rahasia, Peribadinya kepada orang lain.
"Maaf kak ain...zetty sebenarnya..Tak berapa suka berkongsi rahasia .peri.."Aku dah agak tu yang akan keluar dari mulut sizetty.Cepat cepat aku potong sebelum dia menghabiskan kata katanya
"Eh..Akak faham..Akak juga minta maaf kalau pertanyaan akak menyinggung persaan zetty.."Kami sama sama tersenyum.Alahaiii lambat lagikah kawan sizetty ni.
"Mila ni jadi lagikah ikut aku..Lambatnya..
ni aku tak suka menunggu sebenarnya ni.."
Runggut gadis itu,Setelah hampir 30minit menantikan kawannya yang belum muncul muncul.Aku pun pasti marah,Kalau berada ditempat sizetty tu.Yalah siapalah yang suka menunggu.
Ketukan dicermin menyedarkan aku dan zetty yang hampir terlena.Kami sama sama memandang kekanan.Tingkap cermin pun dibuka dari dalam.
"Sorry late.."Aku senyum.Tak ada gunanya nak marah.Yang penting orang tu dah ada kira okeylah.Dengan segera mila masuk kedalam kereta.
"Lain kali..tepati masa.."
"Sorrylah..zetty.."Bila keadaan mula tenang,Barulah zetty menghidupkan semula enjin kereta.Dan meluncur laju ke jalan besar.
Tepat jam 2petang,Kami akhirnya sampai juga kerumah.Tubuh badan terasa sakit semacam.Tidak sangka kawan sizetty tu cerewet rupanya dalam memilih barang,Mahu sejam kami mengelilingi pusat beli belah.Penatnya....
Aku terus rebah baring disofa ruang tamu,Terasa malas pula hendak berjalan.Ah biarlah aku menikmati dulu
pembaringanku ini.Lega rasanya...
Kak liya yang baru turun dari tangga hanya mampu menggelingkan kepalanya melihat aku.Aku pula buat buat tidak tahu renungan tajam dari kak liya.Beg yang ku campakkan diatas lantai dipandang sepi.
"Ain..kalau iya pun penat sangat..Tak bolehkah simpan elok elok barang tu!.."Marahnya,Lalu memunggut satu persatu barang yang bertaburan diatas lantai.Maaf..kak Liya..
"Ain penat sangat..."Aku menarik nafas sebelum membetulkan dudukku.
"Kawan sizetty tu,Cerewet sangat kak liya...Habis satu pusat beli belah kitorang keliling.."Aduku kepadanya.Melihat kak liya ketawakan aku.Aku terus baring semula sambil menutup mata berpura pura tidor.
"Yang gatal sangat ikut orang tu jalan dah kenapa"Balasnya,Sekali lagi aku membetulkan dudukku.
"Ain tak sampai hatilah kak liya menolak tawaran sizetty tu.."
"Hmm...Kalau begitu takpayah lah ain nak kesalkan lagi..Benda dah jadi.."Aku mengeluh lemah.Ya benda dah jadi ain..
"Kak...Liya"Panggil zetty yang baru tiba dari pintu utama dan diikuti oleh mila.Syukurlah mereka tak dengar perbualan aku dan kak liya.
"Apa"Sahut kak liya,Dan duduk bersebelahan dengan ku.
Belum sempat zetty membalasnya,Bunyi hon yang kuat dari luar rumah mengejutkan kami semua.Pasti abang sizetty!.
Kak liya,Zetty dan mila terus bergegas keluar menyambut kehadiran tetamu tersebut.Aku pula,Menyambungkan semula pembaringan yang terganggu sebentar tadi.Terasa malas mahu mengaitkan diri dengan mereka,Telifon yang tiba tiba berbunyi,Sedikit mengejutkan aku.
Dengan segera aku mencapai telifon bimbitku yang berada diatas meja.Dan terus menekan butang hijau.
"HELLO.."
"Helloo..Ni cik ainnie binti imran ke"Aikk..siapa pula sipemanggil ni?.Ke ni dari syarikat bank yang mencari ayah.
"Ya..ni saya..kenapa ya cik"
"Ni aku lah wei...Haira..Tak kenalkah ha..ha..ha"Tak guna punya kawan.Mati mati aku ingatkan bank yang menelifonku.
"Kenapa baru telifon sekarang.." Tanyaku.Namun gadis dihujung talian itu masih lagi dengan ketawanya.Kalau depan mata sihaira ni,Dah lama aku tumbuk main main pula dia.Haira yang masih lagi dengan ketawanya.Aku biarkan.Ketawalah haira puas puas.Takpa..
"Okey...Okey..Aku sebenarnya ada hal penting nak cakap kat kau ni.."Balasnya sebelum menyambungkan ketawa semula.Haira...Haira...Tak habis habis ...
"Dah...dah..lah tu aira oiii..Aku off kang telifon ni baru tau..."
"He..he..sorry...Cik ain...Hah..kau busy kah esok.."Hmm...Tak juga sebenarnya.Apalah yang sihaira nak cakap sebenarnya.
"Tak boleh cakap kat telifonkah haira.."
"Tak..boleh..Kita mesti face to face..ni penting ain.."Untuk seketika,Aku terdiam.
Esok aku memang takada apa nak buat.
Okeylah..Aku pun nak tau juga apa benda yang si haira nak bincangkan sebenarnya.
"Nanti aku sms kau..malam ni"
"Okey...Sms tau ain.."Pesannya,Sebelum mematikan panggilan.Aku menarik nafas dalam.Telefon aku letak semula diatas meja.Kepala pula tiba tiba pening,Aduhhi..
"Ain...Ain bangun ain..Kenapa ain tidor diatas lantai ni.."Dalam keadaan separuh sedar,Perlahan lahan aku membuka mata.
Kak Liya,Kak rita dan siapa lelaki itu?
Pandanganku mula kabur,Bayangan kak rita,Kak liya dan lelaki itu sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.
Yang aku tahu,Mataku sudah tertutup rapat,Aku sudah tidak dapat mendengar lagi suara dari kak rita.
Share this novel