Gerai Dani

Short Story Series 1014

Dani sedang duduk di gerai kuihnya berdekatan SMK Batu Gajah.Teringat pula dua tahun lepas ,saat dia mengambil keputusan SPM ...seorang diri.Waktu itu arwah ibu bapanya baru sahaja ditimpa kemalangan.Walapun dia gembira kerana mendapat full A hatinya tetap berasa berat.

'Setakat SPM je kau fikir kau boleh pergi kerja mana-mana ke?'

Dani ,anak sulung kepada empat ini memikirkan tentang apa yang patut dia buat selepas itu.Akhirnya dia membuat keputusan untuk berkerja dan melupakan impiannya untuk sambung belajar.

Current time...

'Harapan aku sekarang hanya pada Hadi ,Ya Allah tolonglah umatmu '

Memikirkan tentang adiknya Hadi yang akan menduduki ujian yang sama diambil oleh Dani dua tahun lepas ,tetiba sampai sebuah motor .Seorang lelaki sama umur dengannya menurunkan dua kotak daripads motornya dan meletakkan di atas meja gerai kepunyaannya itu.

"Karipap dan Nasi lemak dah siap dibungkuskan kat dalam tu ,"

"Datang-datang dah nak bermula menjual,bagilah salam dulu,encik Irwan"

Baru beberapa bulan Dani berkenalan dengan mamat ni.Suatu hari Irwan tiba-tiba ingin membantu dengan business kecil kepunyaan Dani itu.

Petang itu(sebab I malas okeyh)

"Nah awak,"

Dani menghulur duit kepada Irwan.Irwan hanya melihat objek yang terletak pada tangan wanita itu.

"Apa ni?"

Dani menggeleng.

"Duit awaklah.Susah payah bantu saya ,paling kurang saya boleh buat pun bayar hutang saya pada awak,"

Irwan senyum dan menolak tangan Dani ,membuat tangan wanita itu jatuh kesisinya.

"Awak ,saya buat ni semua sebab saya nak bantu awak."

"Tapi saya rasa bersalah sebab saya tak dapat bantu awak.Yelah,saya ni kais pagi makan pagi,kais petang makan petang"

Irwan memandang kearah tiga orang remaja yang cukup dikenalinya.Dia memandang kearah Dani semula.

"Kalau macam tu,saya terima duit tu,"

Dani senyum .Baru sahaja dia mahu mengangkat tangannya,tangannya ditahan.

"Dan duit tu saya nak bagi pada Dani Insyirah.Duit tu gunalah untuk beli pakaian baru untuk diaorang"

Dia menunjuk kearah tiga orang remaja yang berpakaian sekolah yang lama.Kasut mereka pun koyak rabak.

Dani melihat adik-adiknya ,sebuah senyuman terukir pada mukanya.

"Terima kasih Wan,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience