Cinta SMKA

Short Story Series 1014

Dijah Tasnim Wani
Raihan Alias Aiman

Tasnim ,Khadijah dan Hazwani adalah antara murid yang telah dihantar ke kem kolaberasi antara Sekolah Agama,antaranya ialah SMKA (P)Sharifah Rodziah dan SMKA (L) Sultan Muhammad.Empat tahun mereka di Sharifah Rodziah dan inilah kali pertama mereka akan berjumpa dengan spesis yang dikenali sebagai lelaki.

a) Khadijah x Raihan

Khadijah dari dulu lagi tidak suka bergaul dengan lelaki.Bukan apa ,dari dulu lagi dia bersekolah dengan perempuan sahaja .Ibu bapanya juga tidak memberi dia bergaul dengan lelaki.Tetapi dinding yang menghalangnya daripada bergaul dengan spesis tersebut runtuh apabila seorang lelaki bernama Raihan sentiasa cuba berbual dengannya .Tertarik terhadap lelaki mesra tersebut dia dapati contact nombor rakan baharunya itu telah diletak 'Crush'.

b) Tasnim x Alias

Tasnim membenci golongan lelaki sejak hari pertama sekolah rendah.Golongan tersebutlah yang sentiasa menyakat dan mendengkinya.Alias pula banyak kenalan perempuan dari sekolah rendah ,itu pun dia tidak dapat gelarkan mereka kawan rapat.Alias tertarik dengan perempuan pendek dan tembam bernama Tasnim apabila dimasukkan dalam satu kumpulan.Sikap pemurah terhadap ahli kumpulannya (perempuan jer) membuatkan Alias lebih tertarik.Selepas beribu kali cuba befriend dengan Tasnim akhirnya berjaya itu pun kerana Tasnim berhutang pada Alias

c) Wani x Aiman

Wani ni lain sikit,dia seorang yang pemalu.Dia tidak berani bergaul dengan perempuan lain tetapi dia kelihatan mesra dengan ahli kumpulan yang berlainan jantina dengannya.Mungkin kerana Wani adalah satu-satunya anak perempuan daripada sembilan.Tetapi dia tidak pernah menyebut sebarang perkataan terhadap seorang ahli kumpulannya ,Aiman.Seorang pendiam yang sentiasa kelihatan letih telah menarik perhatian Wani .Sikap Aiman yang pendiam itu berubah apabila dia ditakdirkan berpasangan dengan Wani.Wani tidak pernah ada masalah berbual dengan lelaki tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan pun.Akhirnya Aiman juga yang yang mula bercakap.Mereka mula bergelak ketawa.Kedua-dua murid tersebut semakin rapat dan akhirnya menjadi rakan yang teramatlah rapat.

Dua tahun kemudian:-

Dejah ,Tasnim dan Wani berpisah.Ketiga-tiga daripada mereka mengambil keputusan untuk sambung belajar di tempat berlainan.

Dejah di London
---------------------------
Sedang dia berjalan-jalan di kawasan kampusnya langkahnya terhenti.Dihadapannya seorang lelaki yang cukup dikenalinya juga terhenti.

"Raihan?"

"Dejah?"

Mereka melihat sesama sendiri,salji juga mula turun.Mukanya yang merah mengalahkan tomato melihat lelaki tersebut dikelilingi salji yang turun .Lelaki pertama yang dia pernah berapat dengan sedang berada dihadapannya.

Tasnim di Mesir
--------------------------

Tasnim lebih gemar menggunakan masa terluangnya di kafe berdekatan kampusnya.Sedang dia menekan butang tertentu pada keyboard laptopnya suara seorang lelaki menarik perhatiannya.

"What would you like to order mis---"

Tasnim melihat lelaki tersebut,matanya terbeliak.

"Alias..."

Alias terdiam sebelum membalas dengan senyuman.

"Hi Tasnim.Hutang kau belum selesai lagi."

Hutang Tasnim terhadap Alias dua tahun lepas.Nostalgic pulak.

Wani di Universiti Malaya
----------------------------------------

Wani membuat keputusan untuk sambung belajar di Malaysia sahaja.Sedang dia melihat suasana di tasik titiwangsa dia hanya dapat memikirkan tentang dua orang rakannya di London dan di Mesir itu.

"Hi,"

Tasnim melihat dibelakangnya.Di situ berdiri seorang lelaki ,lelaki itu tidak lain tidak bukan Aiman.Dia memandang Wani dengan ekspresi yang letih tetapi juga kelihatan gembira .

"Awak ni,lama tau saya tunggu sini,"

Mereka mula melangkah sambil tangan mereka saling mengurangkan beban pada kedua-dua bahu mereka.

"Kiranyakan sekarang saya kena panggil awak abang ke?"

Wani melihat muka suaminya yang mula bercampuran ton merah dan pink.

"I'll take that as a yes,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience